Skip to main content

Julai 2022 - 2

Resepi 'orang lama' kita



minggu lepaeh, dok surf blog blog yang dok ada, terjumpa blog ni http://www.blogger.com/profile/14697882132185638582
di salah satu entry, ada sebut pasai bubuq sora, bila dok teghingat teghingat, rasa telioq pulak nak makan bubuq sora, aku habaq dekat bini aku pasai ada disitu resepi mak teh untuk buat buboq sora. bini aku pun kata nak cuba jgak , pasai kami pun tak peghnah buat buboq sora sebelum.
Bini aku kata dia cuba half dulu laa, maknanya semua sukat setengah, nak cuba dulu, kalau tak jadi pun tak pa, rugi setengah saja.
Jadi jgak nampak nya buboq sora kami .. tahniah dekat bini aku yang ghajin mencuba.

teghima kaseh jgak pada Dato' Wira tuan Syed Zain yang dok pi buboh resepi Mak Teh tang tu, cuma tuan Syed tak buboh cara cara nak buat, kami cuma gagau sendighi saja, macam mana nak buat , tapi dah dapat resepi tu pun dah syukor dah, bukan senang oghang nak bagi ilmu.

Comments

Anonymous said…
mcm apam saje...igtkan if bubur berair..
xan said…
aiisshh .. kena rasa dulu ..baru tauu ..!! ni bes punya niii
said said…
kami buat bubuq asyura bubuh lempok ganti durian. dulu2 orang bungkuih lempok dengan upih. di sana ada ka lempok
xan said…
kalau nak duduk merantau kita tak boleh sgt dok banding dgn apa yang ada dikampung, kalau nak banding semua sampai belacan, lempok, budu, tempoyak,, susah laa mcm tu. tapi sekurang kurangnya kita tau yang durian tu bukan orang dimsia saja yang makan, orang vietnam,korea, kemboja semua makan durian, dan nama pun durian jugak.
said said…
kalau nak cari resepi makanan yang sedap cuba di http://resepi.iluvislam.com/
Di situ rasa2nya lagi banyak.

Popular posts from this blog

Pemecah Batu Karang - Kidney & Gall Stone Breaker

Kali ini , aku nak bagi tau tentang satu ubat tradisional untuk mereka yang mengidap 'batu karang'. Ubat ini, ada lah buatan dirumah, bukan nya dibuat dikilang , bermakna barang ini menerima penghayatan dan tumpuan yang sepenuh dari pembuat. Khasiat dan kesan boleh dilihat dalam 24 jam selepas diminum derita sakit batu karang akan hilang, dengan izin Allah. Menakjubkan !! Macam tak percaya, !!, tapi alhamdulillah dengan izin Allah, inilah hakikat yang berjaya dialami oleh ramai pesakit setelah mengambil ramuan ini. Ramun ini dihasilak daripada beberapa herba dan rempah ratus terpilih dengan campuran sedikit cuka, garam dan air sebagai asas. Ia diadun daripada petua tradisional amalan turun temurun yang sekian lama dilupakan dan kini Home Formula menemuinya kembali dan menyediakannya dalam bentuk lebih mudah dan ringkas untuk diambil. Alhamdulillah, ia cukup berkesan kerana ramai yang mengambilanya. Pada kebiasaannya, dengan hanya sekali minum sahaja sakit yang dideritai...

Khasiat Buah Delima

Buah Delima seperti yang kita tahu, seperti yang diberitahu oleh orang orang tua kita dan juga tok guru kita mempunyai bahan penawar untuk penyakit penyakit di dunia ini. Aku masih ingat lagi masa aku kecik kecik dulu, lebih kurang 50 tahun yang lalu, aku cuma dapat merasakan buah delima bila ada orang balik dari menunaikan fardhu haji di Mekah. Masa dulu dulu kalau orang pergi ke Mekah akan bawak barang barang bermacam macam sebab dia orang pergi ke Mekah dengan menaiki kapal laut, bukan seperti sekarang , orang pergi dengan kapal terbang. Mak aku selalu pesan, kita kena makan setiap ulas isi delima tersebut, kerana salah satu daripada biji delima tersebut ada 'delima' yang boleh jadi ubat, tapi kita tak tau yang mana satu. Itu ada ilmu yang terdapat dimasa itu. Sekarang ini dengan kemajuan teknoloji, ilmu pengetahuan sudah boleh disebarkan dengan lebih mudah. Menurut kata ustaz, sebenarnya yang menjadi bahan ubat pada buah delima tersebut ialah sarang tempat ulas deli...

Tanah Paling Hujung Selatan Tanah Besar Asia

Minggu lepas, aku dengan keluarga aku pi jalan makan angin sambil berehat bersama keluarga , bini, anak anak , cucu dan juga beberapa saudara , ke Johor Bharu. Selepas aku mem bye-bye keluarga naik bas ( untuk ke Spore), aku memang tidak mengikut depa pi Singapore, aku sudah ada plan aku sendiri. Aku memandu kereta dari JBharu terus ke satu tempat bernama Tanjung Piai , disitu terdapat Tanjung Piai National Park. Tanjung Piai , adalah tempat paling penghujung selatan Tanah Besar Asia yang bermula dari China. Seperti kebiasaan, aku suka ambik gambaq gambaq bila aku pi jalan jalan ke tempat yang aku ghasa menarik. Pasai gambaq gambaq tu banyak sangat aku tak boleh nak upload ke blog ni, jadi aku link kan saja ke facebook album. gambaq gambaq tu aku pun post di facebook , jadi aku rasa , aku post kan URL dia saja disini. http://www.facebook.com/media/set/?set=a.4846897890284.2192610.1232031815&type=3 http://www.facebook.com/media/set/?set=a.4846897890284.2192610.1232031...