Skip to main content

Julai 2022 - 2

Jalan Jalan merayau rayau tengok tempat orang


Januari 2007, aku ambik OFF seminggu dari projek yang aku dok buat di tempat client di Nebraska. Dok pikiaq pikiaq, aku ajak keluarga aku pi jalan tanpa ada tujuan yang tertentu. Bermula dari Chicago kami drive ke selatan hala ke Missouri, sambil dok belek peta, sambil bawak kereta. Kami pun buat keputusan nak pi melawat kawan di Tucson, Arizona. Mula mula kami singgah di Oaklahoma City, terus pi ke tempat penerangan utk pelancong dan sign buku pelawat... misti laa bubuh nama dan tempat kita ( malaysia). Bila dah sign, sembang sikit dgn mat-saleh yang dok keja di kaunter tu.. rupa rupa nya , mat-saleh tuu dah 3 kali pi KL. dia memang puji KL .. aku pun tanya dia ..apa yang dia suka pasai KL?.. dia kata .. FOOD. mmg aku dah dok agak dahhhh ... dia misti suka makanan Malaysia punyaaaaa !!!

Ini ada sikit gambar masa pi jalan jalan dengan keluarga ..

Gambar lain - Chicago musim sejuk 2006/07

Comments

Leenoh said…
Assalamualaikum.
Awat tak ajak Mat saleh tu mai Kedah. Kedah Lanie lebih baik dari Kedah dulu. Dulu nak ajak psai Islam pun susah, nak belajak pun susah. ada ustaz mengajar berpuluh tahun di sek. menengah pun tidak boleh mengajar di masjid atau surau, mesti ada tauliah, bagi ja la tauliah tu, nak suruh depa p peksa lain depa mana mau p.akhiak sekali depa biak pi ja la.mengkalu macam tu rugilah agama kita. orang jahil tidak dapat dicerdikkan.
Kalau semua orang faham pasai Islam, tiadalah bergaduh lagi, kalau bergaduh pun tidaklah teruk sangat.
Hari Jumaat saya baca srt kabar Sinar Harian keluaran Selangor, ada cerita orang sembelih kambing hitam. kononnya nak elak berlaku banjir.
Itulah penyakit orang jahil,masukkanlah ilmu keluarkan jahil,Kalau ada orang suka hati nak mengajar di masjid atau surau dua tiga kali tapis belum tentu dapat kebenaran. Perkara itu memanglah baru berlaku tetapi kepercayaan karut itu telah pun bertapak dalam minda dia sejak puluhan tahun dahulu.
La ni pasai macam ni tak pa dah kot
, tak tau la sebab saya pun tak dok Kedah dah. la dok di Shah Alam.
wallahu aklam. Wassalam.

Popular posts from this blog

Pemecah Batu Karang - Kidney & Gall Stone Breaker

Kali ini , aku nak bagi tau tentang satu ubat tradisional untuk mereka yang mengidap 'batu karang'. Ubat ini, ada lah buatan dirumah, bukan nya dibuat dikilang , bermakna barang ini menerima penghayatan dan tumpuan yang sepenuh dari pembuat. Khasiat dan kesan boleh dilihat dalam 24 jam selepas diminum derita sakit batu karang akan hilang, dengan izin Allah. Menakjubkan !! Macam tak percaya, !!, tapi alhamdulillah dengan izin Allah, inilah hakikat yang berjaya dialami oleh ramai pesakit setelah mengambil ramuan ini. Ramun ini dihasilak daripada beberapa herba dan rempah ratus terpilih dengan campuran sedikit cuka, garam dan air sebagai asas. Ia diadun daripada petua tradisional amalan turun temurun yang sekian lama dilupakan dan kini Home Formula menemuinya kembali dan menyediakannya dalam bentuk lebih mudah dan ringkas untuk diambil. Alhamdulillah, ia cukup berkesan kerana ramai yang mengambilanya. Pada kebiasaannya, dengan hanya sekali minum sahaja sakit yang dideritai...

Julai 2022 - 2

​ Sampai di jetti Tekek, kena naik 4x4 merentas bukit untuk ke penginapan Bushman Chalet yang terletak di sebelah timur pulau. Perjalanan dari jetti Tekek ke chalet mengambil masa dalam 20 minit meredah hutan, naik bukit dan turun bukit ke kws penginapan di sebelah timur.

Lagi ceghita pasai grabCar - Penumpang Tertinggal Barang.

Hari tu, masa bawa penumpang ke satu destinasi, salah seorang daripada penumpang bagi tau ada orang tertinggal barang di tempat duduk belakang, aku pun ambik barang tu dan simpan dalam glove compartment. Aku pun tak tau sapa yang tinggal benda tu, sebab aku pun tak check tempat duduk bila penumpang turun. Lepas dua hari, aku terima panggilan daripada Customer Service Grab, katanya ada penumpang yang beritahu dia tertinggal barang (PSP ) dalam kereta, aku beritahu CS tu, memang secara kebetulan benda tu ada disitu, dan nasib baik tidak diambil oleh penumpang lain. Aku suruh CS tu beritahu penumpang berkenaan contact aku untuk memulangkan barang yang tertinggal itu. Itu laa serba sedikit yang aku lalui tempohari.