Skip to main content

Julai 2022 - 2

Mukadimah


this is my first blog .. it's true ..my very first. betooiii ..
Tapi aku ingat blog nii aku nak tuleh dalam bahasa Melayu. Ghamai dah yang dok tuleh dalam bahasa mat saleh. Tapi kadang kadang masalah jugak hang pun ... tak dak perkataan dalam bahasa melayu.. ishhh leceh jgak

Blog aku ni aku bubuh nama kampung aku 'alorbelat' . Memang kampung habehh hang punn .
Macam mana pun.. tu kampung aku.

Aku nak tunjuk jgak tang mana kampung alor belat aku nii.. dapat jgak tengok di google map hang tauu. ooii bolih tahan noo!!

Latitude: 6.05
Longitude: 100.4167
(Decimal degrees)
Latitude (DMS): 6° 2' 60 N
Longitude (DMS): 100° 25' 0 E

kita pi buka google http://maps.google.com ... betoiiii bukan nak bohong.. mmg bolih jumpa di google map. mula mula kena start dengan pekan yang besa'q sikit laa.. hang bubuh laa alor setar, kedah, malaysia ... haa tuu dia .. lepas tuu zoom in pedekat sikit ..baghu laa nampak jelas.
Hang tengok di gambar yang cut/paste tuu .. haa tu laa alor belat, my kampung.. cantikkkkk.

Nampak dak ? ada jalan besa'q merentang kampung tuu.. tuu nama dia lebuhraya PLUS.
Memang sesuai pun nama lebuh raya tuu 'plus'.. pasai tiap tiap tahun dok kena plus harga toll nak haba'q bagi... dahsyat sungguh.
Yang aku dok heghan pulak. toll naik mcm mana pun..oghang dok guna jgak, naik 2 kupang pun oghang guna lebuhraya, naik 5 kupang pun sama jgak , naik seghinggit pun sama jgak, oghang guna lebuhraya jgak.
Dulu.. sebelum ada lebuhraya nii, kampung aku bukan ada jalan 'tar' .. yang ada cuma jalan tanah-merah MADA. lepaeh tuu ada laa kutu kutu dok mai kempen dekat oghang kampung, pujuk oghang kampung sign setuju juae/serah tanah depa utk buat projek lebuhraya. Hang pa tauu laa oghang kampung mana depa nak tau bila sebut lebuhraya. yang depa dok denga'k jalan ghaya, hari ghaya, hantu ghaya , bukit ghaya . Ada oghang kampung yang sign ada yang tak sign. Tapi yang aku dok kesian tuu.. ada oghang kampung, tanah dah laa besaq kangkang kera, ingat kera kangkang luas lagi kot. Lepaeh tuu.. lebuhraya pulak guna semua tanah dia. laa ada kaa patut hang pun. tapi pujuk pujuk, hang tau oghang melayu kalau pasai pujuk memang nombor satu laa.. jadi jgak laa 'lebuhraya' tuu.


try this link too : http://www.indexmundi.com/z/?lat=6.0666667&lon=100.4&t=p&r=820&p=kampong_alor_belat&cc=my&c=malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Julai 2022 - 2

​ Sampai di jetti Tekek, kena naik 4x4 merentas bukit untuk ke penginapan Bushman Chalet yang terletak di sebelah timur pulau. Perjalanan dari jetti Tekek ke chalet mengambil masa dalam 20 minit meredah hutan, naik bukit dan turun bukit ke kws penginapan di sebelah timur.

Cycle To Work

Haghi ni aku tak bawak kegheta pi keghja, aku cuba terai kayuh beskal laa pulak, tapi yang jadi masalah , tempat keghja tak dak tempat nak letak beskal, tak kan nak tambat beskal dekat pokok kot. Aku dulu aku tambat kerbau dekat pokok .. last last sekali lagi senang bawak saja masuk pejabat, letak tepi meja ..nah kauuu .. lagi senang.

Bulan Puasa

Bulan puasa nii kurang sikit masok ke blog, tak dak masa. siang keja dan kurang energy. mlm pulak kenyang dan mengantuk lagi kurang energy. bulan posa ni, ada kawan kawan yang berminat utk jadi host utk buat tarawih di rumah rumah depa. Jadi aku dan beberapa kawan giliaq giliaq pi ghumah ke ghumah buat tarawih. Buat tarawih di ghumah ghumah ni lagi ok dari buat di masjid, pasai lepas taraweh , boleh makan dan dok sembang sembang dan makan lagi dan makan dan makan dan makan. Masak sama sama, makan pun sama sama. Dalam gambaq ni sdr Azmi tunjuk skill dia masak koew-teow kerang, sdr Fazli jadi apprentice.