Skip to main content

Posts

Julai 2022 - 2

Summer Vacation 2010

tahun ni 2010, musim summer serentak pulak dengan bulan puasa. Tapi kami sekeluarga dan jugak Keith + Mass sekeluarga sudah plan nak pi summer vacation. Tapi pasai Keith+Mass pun dah plan nak mai visit kami disini sebelum kami balik ke Malaysia, jadi kami pun tak boleh nak kata apa laa, ikut jugak laa. Kami punya plan, akan memandu van kami dari chicago ke beberapa tempat disebelah barat termasuk jugak berkemah di Yellowstones dan Lake Tahoe, kemudian kami akan pi singgah di hotel di Anaheim, California untuk 2 minggu sambil berjalan jalan dikawasan berdekatan situ. Aku akan ceghita sikit sebanyak tempat tempat yang kami pi di blog blog yang akan datang. gambaq gambaq kami ada jugak anak aku ( Aimi Hazwan ) yang dok pi bubuh di facebook. Laa nii semua oghang dok pi pelekat macam macam gambaq di facebook.

pasai pokok pokok buah yang dah hilang dari mata

haghi minggu lepas , kami tak tau nak buat apa apa, kami pi dok sembang sembang dengan abang mood dan kak sara, pasai depa pun oghang utagha, jadi sembang pun laju sikit. Haghi tu kami dok sembang pasai pokok pokok dan buah yang dulu ada , tapi laa ni dah hilang megheyop, tak tau pi tang mana. Antara nya : buah kegheyang dot buah setoi buah setay ubi kemili buah mertajam bunga keghak nasik buah jentek daun palas ada macam macam jenis lagi buah dan pokok yang kami sendiri pun tak tau nak sebut. kalau ada usaha jabatan perhutanan buat satu green-house utk preserve pokok pokok lama ni, elok jugak utk pengetahuan jenerasi yang akan datang.

perkataan 'jeghet'

hari ujung minggu yang baghu lepaeh, kami dok sembang sembang dengan kawan kawan yang dok sini, sambey makan makan. kawan kawan ni pun ada yang daghi kedah, dari penang 'tanjong', ada yang daghi selatan , singapo. Jadi sudah baysa laa, bila sembang, oghang utagha akan tetap cakap loghat utagha laa. Dalam dok sembang sembang ada laa sorang tersebut " ... jeghet laa sikit". kalau bahasa kedah "jeghet" tu macam ' ghasa sikit', ... contoh jeghet laa ayaq tu sikit, mungkin penggunaan jeghet di'confuse'kan dengan 'jerit' . lagi pun minggu lepaeh ialah hari bapa, 'Selamat Hari Bapa'. utk semua bapak bapak.

Dual boot mac OS X and Window

kita semua tau yang apple computer dan jugak PC ( yang guna MS windows) tu memang tak sama semenjak dari dulu lagi. Pasai depa dua dua ni guna teknoloji yang berlainan. Tapi semenjak computer apple ( mac ) dah guna chip intel, jadi peluang untuk berckp antara dua dua jenis pc ni agak cerah. Minggu lepas, aku cuba buat dual-boot mac OS X and jugak Windows pada pc aku, jadi laa ni aku boleh guna dua dua operating system ni secara berganti ganti tanpa perlu beli apple computer mac. Untung jgak dengan adanya kemajuan internet, kita boleh mendapat pengajaran secara percuma tanpa perlu pergi ke kelas atau pun tanpa perlu membayar duit untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Disini lah kegunaan kemudahan internet untuk memajukan dirikan sendiri dibidang ilmu pengetahuan. sekian dulu untuk kali ni ...

Sumber Tenaga Baru - Angin

minggu lepaeh, aku pi drive ke sebelah barat illinois hala ke Iowa, masa tengah jalan tu, dah nampak usaha usaha untuk mencari sumber tenaga lain ,selain dari bergantung pada tenaga minyak. Aku nampak dekat satu kawasan tu penuh dengan kipas angin besaq, yang depa dok guna untuk jadi tenaga elektrik. mungkin pasai, minyak pun dah nak habeh dalam peghut bumi, jadi laa ni kena dok pikiaq cari sumber yang lain pulak. Tapi bila dok drive tempat kampung kampung mcm ni, aku ghasa macam aku dok drive dekat aloq belat jgak, tepi bendang .. sekali sekala tu ghasa sayu jgak .. dok ingat masa dulu aku dok pi bendang mengeghat padi, cabut semai, sua semai, minum kopi di batas bendang.

mac - windows

aku tau ada oghang kata aku punya kontent ni banyak cakap pasai IT. apa nak buat , tu yang aku tau cakap, nak cakap pasai politik, sat ada oghang yang tak suka, sat ada pulak polis mai jengoi depan pintu, sat ada pulak yang kena bom, sat ada pulak yang hilang waktu malam, macam macam lagi laa.  Jadi laa ni tok sah dok hingaq hingaq tulis macam macam, kalau kita ghasa boleh buat, kita buat saja. balik ceghita pasai IT ni, aku dalam minggu ni dok belek belek imac ni, laa ni dok tengah pulun nak bagi apple dok boleh becakap dengan MSoft. pertama macam printer, file file yang aku dok simpan dekat external drive dekat pc yang dok run MS tu. haghi ni lepas dok belek belek , tadi dah boleh dah aku print dari mac ke printer yang share di Msoft tu.. dan aku pun dah boleh link external drive yang dok connect di pc lain dalam ghumah ni. aku ghasa, next , aku nak cuba buat iphone punya application pulak, dok nampak ghamai jgak oghang yng guna iphone, mana tau kot kot aku boleh belajaq buat applica...

Cuba cuba

selama ni aku dok guna PC , aku dok tengok jgak oghang oghang lain yang dok guna komputer Apple, tapi pasai Apple ni susah nak dapat software yang ciplak, jadi aku kurang sikit berminat nak guna, dan lagi komputer Apple ni mahai sikit. Jadi aku nak belajaq , aku kena caghi sebijik . Bila kita dah guna baghu kita tau masalah dia dan macam mana nak selesai masalah tu. Jadi aku dah pi ke e-bay dan beli satu Apple yang second hand. aku letak harga dalam $150 saja, pasai oghang lain semua letak ghendah pada tu, jadi aku menang laa lelong kat e-bay tu, selamat datang iMac G4, masih elok lagi, boleh laa kelebek kelebek menatang ni.