Skip to main content

Posts

Julai 2022 - 2

Dual boot mac OS X and Window

kita semua tau yang apple computer dan jugak PC ( yang guna MS windows) tu memang tak sama semenjak dari dulu lagi. Pasai depa dua dua ni guna teknoloji yang berlainan. Tapi semenjak computer apple ( mac ) dah guna chip intel, jadi peluang untuk berckp antara dua dua jenis pc ni agak cerah. Minggu lepas, aku cuba buat dual-boot mac OS X and jugak Windows pada pc aku, jadi laa ni aku boleh guna dua dua operating system ni secara berganti ganti tanpa perlu beli apple computer mac. Untung jgak dengan adanya kemajuan internet, kita boleh mendapat pengajaran secara percuma tanpa perlu pergi ke kelas atau pun tanpa perlu membayar duit untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Disini lah kegunaan kemudahan internet untuk memajukan dirikan sendiri dibidang ilmu pengetahuan. sekian dulu untuk kali ni ...

Sumber Tenaga Baru - Angin

minggu lepaeh, aku pi drive ke sebelah barat illinois hala ke Iowa, masa tengah jalan tu, dah nampak usaha usaha untuk mencari sumber tenaga lain ,selain dari bergantung pada tenaga minyak. Aku nampak dekat satu kawasan tu penuh dengan kipas angin besaq, yang depa dok guna untuk jadi tenaga elektrik. mungkin pasai, minyak pun dah nak habeh dalam peghut bumi, jadi laa ni kena dok pikiaq cari sumber yang lain pulak. Tapi bila dok drive tempat kampung kampung mcm ni, aku ghasa macam aku dok drive dekat aloq belat jgak, tepi bendang .. sekali sekala tu ghasa sayu jgak .. dok ingat masa dulu aku dok pi bendang mengeghat padi, cabut semai, sua semai, minum kopi di batas bendang.

mac - windows

aku tau ada oghang kata aku punya kontent ni banyak cakap pasai IT. apa nak buat , tu yang aku tau cakap, nak cakap pasai politik, sat ada oghang yang tak suka, sat ada pulak polis mai jengoi depan pintu, sat ada pulak yang kena bom, sat ada pulak yang hilang waktu malam, macam macam lagi laa.  Jadi laa ni tok sah dok hingaq hingaq tulis macam macam, kalau kita ghasa boleh buat, kita buat saja. balik ceghita pasai IT ni, aku dalam minggu ni dok belek belek imac ni, laa ni dok tengah pulun nak bagi apple dok boleh becakap dengan MSoft. pertama macam printer, file file yang aku dok simpan dekat external drive dekat pc yang dok run MS tu. haghi ni lepas dok belek belek , tadi dah boleh dah aku print dari mac ke printer yang share di Msoft tu.. dan aku pun dah boleh link external drive yang dok connect di pc lain dalam ghumah ni. aku ghasa, next , aku nak cuba buat iphone punya application pulak, dok nampak ghamai jgak oghang yng guna iphone, mana tau kot kot aku boleh belajaq buat applica...

Cuba cuba

selama ni aku dok guna PC , aku dok tengok jgak oghang oghang lain yang dok guna komputer Apple, tapi pasai Apple ni susah nak dapat software yang ciplak, jadi aku kurang sikit berminat nak guna, dan lagi komputer Apple ni mahai sikit. Jadi aku nak belajaq , aku kena caghi sebijik . Bila kita dah guna baghu kita tau masalah dia dan macam mana nak selesai masalah tu. Jadi aku dah pi ke e-bay dan beli satu Apple yang second hand. aku letak harga dalam $150 saja, pasai oghang lain semua letak ghendah pada tu, jadi aku menang laa lelong kat e-bay tu, selamat datang iMac G4, masih elok lagi, boleh laa kelebek kelebek menatang ni.

Latah

aku tau sangat pasai latah ni, tapi latah ni kita boleh nampak dalam perlakuan oghang haghi haghi, lebih lebih lagi di tempat kerja. Ada yang jadi latah bila boss depa bagi kerja, ada yang latah pasai boss besaq depa nak mai melawat tempat kerja depa, ada yang latah pasai nak tunjuk yang dia yang lebih buat kerja .. dan macam macam jenis latah lagi. Itu tak termasuk orang orang tua yang melatah lagi. Aku dengaq dengaq ada ura ura konon nya TPM Malaysia nak mai melawat ke US, jadi masa ni kita boleh tengok macam macam jenis LATAH orang orang yang cuba menunjukkan bakat masing masing samada secagha sedaq atau tak sedaq . Ada yang berbakat untuk melayan, ada yang berbakat untuk berbakti pada masyarakat, ada yang berbakat meraung, menjerit, mengarah, menyuruh dan macam macam lagi. Aku memang suk a perhatikan gelagat oghang oghang yang macam ni. Kadang kadang nak rasa tegelak pun ada. Bila pikiaq pikiaq, pasai apa kita misti berlaku macam tu?, kalau kita ikhlas buat satu satu kerja tu, kit...

Webserver kat rumah

minggu ni aku cuba buat webserver kat rumah aku. aku cuba linkkan webserver tu ke internet. Tujuan aku buat mcm tu, supaya aku boleh buat photo gallery, dan saudara mara di tempat lain boleh mai kelih gambaq gambaq kami. Ni dia url untuk webserver tu, http://azizans.dyndns.info/gambar/ . tu saja utk entry kali ni.

Web conference melalui skype

Click here to view this video Teknoloji pun dah makin maju, dan juga cagha kita dok berkomunikasi pun beghubah. Laa ni kita dah boleh join kenduri kawan secara 'long-distance', cuma kena sedia makanan sendiri saja. Tu yang belum boleh buat lagi.