Skip to main content

Julai 2022 - 2

Alternative Fuel - BIO-diesel

laa nii bila harga minyak dah jadi mahai .. semua orang dah jadi mcm pejat kena panas. dok tak toghah ( tak tentu arah), dok caghi alternative fuel ( kat mat saleh). Aku dok tengok satu yang menarik pasai alternative fuel ialah bio-diesel. Ada sorang mamat ni dia buat bio-diesel dari minyak masak yang terpakai, dan yang menarik minyak masak terpakai nii dia dapat free saja dari restoran, pasai restoran dia tak boleh pakai-semula minyak masak .. minyak masak yang terpakai kena buang, jadi mamat ni pi ambik saja la dekat tempat buang sampah belakang restoran tuu, lepaeh tuu proses sikit jadi bio-diesel.. masuk dalam kereta ... minyak-free bebbb!!!. ghaya sakan laa mamat tuu.
Aku ingat dulu, di Msia ada jgak ura-ura nak buat bio-diesel dari minyak sawit, dah mintak mercedes buat special enjin utk bio-diesel.. last last sengappp mcm tu, menteri yang dok bising bisin pasai bio-diesel pun tak tau dah pi mana dah pun .. dah mati dah kot !!. Tu laa di Msia, bila menteri mati, R&D (research and development) pun mati bersama menteri. Lain kali kena cari menteri yang muda sikit, tak mati cepat sgt. .. LOL

Comments

jelikweyh said…
ni lah org tua2 ckp ... hangat2 taik ayam ...
hang bukak la bahagian chatt tu boleh tanya pasai hidup kat sana macam mana ...

Popular posts from this blog

Cycle To Work

Haghi ni aku tak bawak kegheta pi keghja, aku cuba terai kayuh beskal laa pulak, tapi yang jadi masalah , tempat keghja tak dak tempat nak letak beskal, tak kan nak tambat beskal dekat pokok kot. Aku dulu aku tambat kerbau dekat pokok .. last last sekali lagi senang bawak saja masuk pejabat, letak tepi meja ..nah kauuu .. lagi senang.

Jadi Host

macam tahun tahun yang sudah sudah, bila sampai musim ghaya , ghamai pelajar pelajar yang akan datang beghaya di rumah rumah pegawai MSD disini (Chicago) dan kebiasaan nya pelajar pelajar ni akan juga datang beghaya ke ghumah kami, walau pun kami tak kerja di MSD. tapi kami tak ambik kisah pasai tu, kami anggap depa ni semua macam anak anak kami jugak. Kesian jugak dekat depa, ada setengah dah lama tak makan masakan mak depa. jadi masa mai ke rumah kami , kami jamu laa depa semua. tak kisah laa sangat pasai duit kupang. Tu pasai ada pelajar pelajar yang dah biasa mai ghumah kami depa tak ghasa segan bila nak makan.

Bulan Puasa

Bulan puasa nii kurang sikit masok ke blog, tak dak masa. siang keja dan kurang energy. mlm pulak kenyang dan mengantuk lagi kurang energy. bulan posa ni, ada kawan kawan yang berminat utk jadi host utk buat tarawih di rumah rumah depa. Jadi aku dan beberapa kawan giliaq giliaq pi ghumah ke ghumah buat tarawih. Buat tarawih di ghumah ghumah ni lagi ok dari buat di masjid, pasai lepas taraweh , boleh makan dan dok sembang sembang dan makan lagi dan makan dan makan dan makan. Masak sama sama, makan pun sama sama. Dalam gambaq ni sdr Azmi tunjuk skill dia masak koew-teow kerang, sdr Fazli jadi apprentice.