Skip to main content

Posts

Julai 2022 - 2

Eid Mubarrak

selamat haghi ghaya maaf zahir batin naaa !!! .. kalau salah taip atau ada yang tak sengaja kutuk atau memang sengaja kutuk ..sekali lagi mintak maaf. Tahun ni 2008, sambut eid mubarrak di chicago lagi laa nampaknya, bermakna tambah lagi count. Tapi tahun ni ghaya haghi Selasa, ada jgak community yang kata depa nak ghaya hari rabu. Malaysia kata depa nak ghaya haghi rabu. Apa apa pun tak kisah laa. Janjiiii ghaya !! den ghayo haghi ni.

Think Big

bila sebut pasai besaq .. laa ni semua tv dah tak kecik kecik macam dulu.. semua oghang kalau boleh nak tv besaq. aku ada satu cara utk nak besaqkan gambaq. aku guna projector. Ni dia 'tv-besaq' aku. boleh tgk tv sampai 100 inchi kalau nak .. ha ha ha ah. tak payah nak susah susah nak beli tv besaq lagi.

Buka Posa

Hari ni dah lebih dua minggu puasa. Ni gambaq buka posa sama sama dengan anak anak dan isteri. Tahun lepas aku tak dapat nak buka posa dgn keluarga pasai aku kerja jauh. Tahun ni ada peluang dapat posa sama sama.

SOHO

SOHO maknanya Small Office Home Office. konsep ni memang dah lama ujud di sini, terutama utk depa depa yang dok kerja daghi ghumah. Untungnya kalau buat mcm ni kita boleh masukkan perbelanjaan rumah kita dalam perbelanjaan bisness kita, mcm bil letrik, bil telepon dan lain lain bil yang sama waktu dengan nya.. 'yang sama waktu denganya' ..bunyi mcm nak umum waktu buka posa pulak. hari ni dah setengah bulan posa..tak lama lagi rayaa !!!! ..

Bulan Puasa

Bulan puasa nii kurang sikit masok ke blog, tak dak masa. siang keja dan kurang energy. mlm pulak kenyang dan mengantuk lagi kurang energy. bulan posa ni, ada kawan kawan yang berminat utk jadi host utk buat tarawih di rumah rumah depa. Jadi aku dan beberapa kawan giliaq giliaq pi ghumah ke ghumah buat tarawih. Buat tarawih di ghumah ghumah ni lagi ok dari buat di masjid, pasai lepas taraweh , boleh makan dan dok sembang sembang dan makan lagi dan makan dan makan dan makan. Masak sama sama, makan pun sama sama. Dalam gambaq ni sdr Azmi tunjuk skill dia masak koew-teow kerang, sdr Fazli jadi apprentice.

Cost Cutting

laa ni semua baghang dah naik hagha bila hagha minyak naik. banyak pejabat yang mula kughangkan cost, ada yang mula bagi keja daghi ghumah (work from home), ada yang potong haghi keghja ( keghja 4 haghi seminggu) tapi keghja lebih masa untuk haghi haghi lain. Aku pun cuba jgak cut-cost, aku akan buat keghja daghi ghumah (work from home). bila buat mcm tuu kughang laa sikit aku nak kena travel. Dengan kemajuan internet laju, aku boleh masuk ke opis punya computer dari ghumah. itu laa kemajuan sistem yang ada disini. Tapi keghja daghi ghumah bukan senang jgak, ada banyak gangguan dan jgak kena disiplin yang kuat. selamat menyambut puasa utk semua keluarga dan sahabat handai jauh dan dekat diseluruh dunia. bila bulan posa nii tekenang kat arwah mak dan arwah pak aku. semoga allah mengampunkan dosa dosa mereka berdua. Amin.

Interesting design

haghi tu aku ada singgah di satu mesjid masa tengah jalan jalan. apa yang menaghik pasai mesjid ni ialah tempat ambik ayaq semayang dia. Tempat ambik ayaq semayang tu nampak sempoi saja tapi kemas dan bersih dan praktikal. Ni aku bubuh gambaq tempat ambik ayaq semayang dia. Kalau ada orang di kampung kita yang nak renovate tempat ambik ayaq semayang ,,aku ghasa boleh ciplak design ni kott!!. design nii memang baguih kalau utk oghang tua tua atau oghang yang ada masalah sakit belakang, atau buntut (whatever reason laaa..isyyhh ).. nak tegelak pulak dahh bila sebut sakit bontot nii ...