Skip to main content

Julai 2022 - 2

Renew e-passport


minggu ni saja dok belek belek passport malaysia.. tekejut jugak bila tengok tarikh mati passport hujung bulan Disember. Kalau nak renew kena pos passport tu dan makan masa jugak, dah tentu pegawai immigresen tu marah pasai dia kena proses cepat. Jadi aku pun telepon Konsulat Jeneral pasai nak renew passport tu. Pegawai yang jawab telepon tu habaq kalau mai sendiri di Konsulat Jeneral New York boleh proses dan siap hari tu jugak.. lega sikit rasa.
Aku ambil keputusan untuk drive pi New York satu keluarga untuk perbaharui passport kami. New York pun tak jauh sangat dari Chicago cuma lebih kurang 1000 batu saja (lebih kurang 1300 km) lagi pun cuaca masa ni memang seronok utk aku drive , sebab masa ini ialah masa winter dan kadang kadang snow-storm.
Lagi pun aku memang dia biasa sangat dengan drive dlm cuaca buruk, masa itu lagi mendekatkan kita dengan keindahan alam semula jadi seperti angin, ribut.. wooow best nya.
Bila kami sampai ke Konsulat Jeneral New York, kami jumpa juga ada beberapa orang Malaysia yang lain yang juga datang utk renew passport depa. Last minit macam kami jugak nampaknya depa ni pun.

kami pun isi borang dan bayar duit utk proses. Lepas tu pegawai tu kata kena isi borang untuk register rakyat Malaysia yang duduk di luar negara. Kami pun isi laa borang tu, elok jgak untuk tujuan kecemasan di masa akan datang. Lepas serah borang pegawai tu suruh mai balik lepas pukoi 2 petang utk ambik passport. Aku pun saja buat buat tekejut, oooo siap haghi ni jugak kaa ??. Ooo baguih , very efficient.. aku cuba jek nak bagi depa semangat kerja. Pegawai tu senyum meleret tanda dia suka ada orang puji keja penat lelah depa. Aku pun dah terikut ikut budaya orang barat yang selalu puji puji orang ni.

Lepas siap ambik passport lepas pukoi 2 petang..kami pun cabut balik Chicago cepat cepat pasai ramalan cuaca kata cuaca makin buruk sebelah petang dan malam. ... sekian utk kali ni .. wasallam

Comments

jelikweyh said…
bagus amalan puji memuji nih ...
rakyat malaysia sesetengahnya glamour dengan amalan keji mengeji ...
dapat pahala pun kalau puji orang ...

1300KM tuh baper jam perjalanan ???
xan said…
kalau jauh boleh cover dlm 15 jam driving .. itu pun ikut keadaan cuaca.

Popular posts from this blog

Julai 2022 - 2

​ Sampai di jetti Tekek, kena naik 4x4 merentas bukit untuk ke penginapan Bushman Chalet yang terletak di sebelah timur pulau. Perjalanan dari jetti Tekek ke chalet mengambil masa dalam 20 minit meredah hutan, naik bukit dan turun bukit ke kws penginapan di sebelah timur.

Cycle To Work

Haghi ni aku tak bawak kegheta pi keghja, aku cuba terai kayuh beskal laa pulak, tapi yang jadi masalah , tempat keghja tak dak tempat nak letak beskal, tak kan nak tambat beskal dekat pokok kot. Aku dulu aku tambat kerbau dekat pokok .. last last sekali lagi senang bawak saja masuk pejabat, letak tepi meja ..nah kauuu .. lagi senang.

Bulan Puasa

Bulan puasa nii kurang sikit masok ke blog, tak dak masa. siang keja dan kurang energy. mlm pulak kenyang dan mengantuk lagi kurang energy. bulan posa ni, ada kawan kawan yang berminat utk jadi host utk buat tarawih di rumah rumah depa. Jadi aku dan beberapa kawan giliaq giliaq pi ghumah ke ghumah buat tarawih. Buat tarawih di ghumah ghumah ni lagi ok dari buat di masjid, pasai lepas taraweh , boleh makan dan dok sembang sembang dan makan lagi dan makan dan makan dan makan. Masak sama sama, makan pun sama sama. Dalam gambaq ni sdr Azmi tunjuk skill dia masak koew-teow kerang, sdr Fazli jadi apprentice.