Skip to main content

Julai 2022 - 2

Alternative Medicine

Kita selalunya bila sakit akan pi jumpa 'tuan doktor'. tapi masa dulu dulu mana ada sangat 'tuan doktor'. aku ingat lagi kalau masa dulu kalau nak jumpa 'tuan doktor' memang satu benda yang mengerikan. apa tak nya. bila lalu saja depan klinik ..adosss bau ubat saja dah naik seram, belum tengok uniform 'misi' yang warna putih , lepas tu bila masuk bilik 'tuan doktor' ada banyak jarum, pisau, nasib baik dia letak gergaji, kapak, cangkul dekat atas troli.. kalau tak !!! lagi seram laa.
Aku rasa antara banyak banyak sakit, sakit gigi memang satu sakit yang 'paling sakit'. Apa tak nya..kalau sakit gigi, pi jumpa 'tuan doktor' pun dia tak boleh buat apa. dia akan kata.. mai jumpa dia bila sakit dah hilang. Tapi kalau sakit dah hilang, nak jumpa dia buat apa lagi?.

Ok .. bila sebut pasai sakit gigi, aku ingat aku masa kecik kecik dulu memang selalu sakit gigi, memang tak boleh nak tidor, nak makan .nak buat apa pun tak boleh bila sakit gigi. Dekat satu kampung tempat aku dok tu, ada sorang tua yang specialist sakit gigi, kami panggil dia 'pawang gigi'. Nama dia Tok Awang Gigi. Satu hari pak aku bawak aku pi jumpa Tok Awang, aku ingat muka Tok Awang ni memang gerun laa.
Tok Awang: hai mai buat apa ?
aku : sakit gigi
Tok Awang: mana dia gigi sakit?..mai aku tengok
aku: laa tak sakit ..tapi selalu sakit.
aku pun nga nga bagi Tok Awang tengok

Tok Awang: hmm gigi hang banyak ulat .
Tok Awang pun mula laa makan sireh pinang dan jampi, apa dia baca pun aku tak tau. tapi aku ingat, memang dia baca ayat quran.
Bila dah habis dia baca jampi dia pun ambik sekeping papan and 5 batang paku., dan Tok Awang pun tulis atas papan tu huruf jawi alif wau lam ta (ulat)
Tok Awang: haa tengok tang papan ni.. kita nak paku ulat dlm mulut hang tuu dekat papan ni. nanti dia tak makan gigi hang, dia dok makan papan ni.
Tok Awang katuk paku 5 batang tu dekat huruf jawi yang dia tulis atas papan tu,, lepas tu dia lempaq papan tu bawah pokok nyioq depan rumah dia.

Macam biasa laa, bila pi jumpa bomoh atau pawang, depa akan bagi sireh pinang suruh balik makan. Adoos..ni part yang tak best, nak makan sireh, dah laa busuk, pedas pulak tu. Mak aku suruh jugak aku makan. aku cuba makan sikit lepas tu aku luah .
Hasil nya ?... sama ada secara sedaq atau tidak.. sakit gigi aku dah tak sakit lagi sejak dari tu .. sampai laa ni .. dah lebih 40 tahun.

Pernah satu kali aku terjumpa buku yang di tulis oleh Prof Dato Harun Din pasai ' perubatan secara al-quran'.. and guess what ??.. ada bab sakit gigi dan cara ubatnya sebijik macam yang Tok Awang buat. Jadi betoi laa apa yang Tok Awang tu baca ialah ayat quran.

tu laa saja ceghita aku kali ni .. memang tengah tension.. ekonomi nak merosot . bisness ??..

Comments

jelikweyh said…
kira ok ler tok awang tuh b'ubat guna al-quran ...

drpd si arief tuh konon guna cakra alam ... ngelat jer lbh ... klu dh ada darah india tuh , mmg kaki pembelit jugak ...

Popular posts from this blog

Pemecah Batu Karang - Kidney & Gall Stone Breaker

Kali ini , aku nak bagi tau tentang satu ubat tradisional untuk mereka yang mengidap 'batu karang'. Ubat ini, ada lah buatan dirumah, bukan nya dibuat dikilang , bermakna barang ini menerima penghayatan dan tumpuan yang sepenuh dari pembuat. Khasiat dan kesan boleh dilihat dalam 24 jam selepas diminum derita sakit batu karang akan hilang, dengan izin Allah. Menakjubkan !! Macam tak percaya, !!, tapi alhamdulillah dengan izin Allah, inilah hakikat yang berjaya dialami oleh ramai pesakit setelah mengambil ramuan ini. Ramun ini dihasilak daripada beberapa herba dan rempah ratus terpilih dengan campuran sedikit cuka, garam dan air sebagai asas. Ia diadun daripada petua tradisional amalan turun temurun yang sekian lama dilupakan dan kini Home Formula menemuinya kembali dan menyediakannya dalam bentuk lebih mudah dan ringkas untuk diambil. Alhamdulillah, ia cukup berkesan kerana ramai yang mengambilanya. Pada kebiasaannya, dengan hanya sekali minum sahaja sakit yang dideritai...

Julai 2022 - 2

​ Sampai di jetti Tekek, kena naik 4x4 merentas bukit untuk ke penginapan Bushman Chalet yang terletak di sebelah timur pulau. Perjalanan dari jetti Tekek ke chalet mengambil masa dalam 20 minit meredah hutan, naik bukit dan turun bukit ke kws penginapan di sebelah timur.

Loghat Kedah

Aku ingat utk blog yang nak mai nii ..aku nak tuleh dlam loghat kedah laa kot .. sebenaqnya loghat kedah nii banyak dok ikot cagha tulisan jawi .. contoh nya air (water) oghang kedah sebut aya'q ... kalau tuleh dlm tulisan jawi alif-ya-'ain jadi aya'q .. baghu laa betoi cagha sebutan.. Aku dengak , banyak jugak oghang belah selatan yang dok cuba tighu cara oghang kedah cakap ..tapi tak beghapa nak jadi jugak.. depa nak tighu pelat kedah ..tapi jadi loghat mamak penang . Satu lagi .. loghat kedah nii .. dengan loghat penang tak sama . memang tak sama .. pasai orang penang cakap dia ada influence 'mamak' sikit sikit..isshhh bukan sikit ... banyakkkkk.. tau laa kalau 'mamak' cakap ..kalut lain lain macam hang pun..!! Oiiii sori laa oghang penang.. mintak kutuk sikit.. hang bukan tak tau .. kutuk kutuk niii beesa laa .. kalau tak kutuk oghang memang tak sah. Tapi aku ghasa memang mcm tuu kott adat oghang bekawan.. mula mula jumpa misti kutuk dulu .. lepas tuu...