Skip to main content

Julai 2022 - 2

Public Transporation, public info

laa ni hidup kami tang ni, chicago, banyak dok gantung pada teknoloji maklumat, atau oghang kata dok gantung dengan internet dan computer. salah satu contoh ialah maklumat pasai pengangkutan awam, ia itu bas. sebagai contohnya laa ni dah boleh tengok jadual waktu bas dan pukoi beghapa bas tu nak sampai dekat bas stop yang kita dok tunggu. jadi bila dah tau pokoi beghapa bas nak sampai, senang laa kita . tak gaduh dok tunggu di pondok bas tu lama lama mcm dok tunggu pondok durian.
Ada satu lagi yang menarik.. laa ni kita dak boleh tengok bas yang kita nak naik tuu dok dimana laa nii bila guna internet .... di map tuu dia tunjuk bas bas tu dijalanraya. Bas bas tu depa pasang alat GPS dan tracking sistem, jadi boleh tengok kalau bas tu berenti tang mana, atau kalau drebar bas ponteng kerja kaa, bawak tak ikut jadual ..dan mcm mcm lagi . cuba pi disini ( kalau boleh ) http://www.ctabustracker.com/bustime/map/displaymap.jsp.
Bila dok tengok dan ghenung betoi betoi aku ghasa negera kita (msia) masih dok jauh tertinggai kebelakang, dari segala segi.
Tapi lain pulak bila dok pi ke website di Malaysia. banyak dok cerita pasai politik. tak habeh habeh dari dulu (tahun 1999) sampai laa ni..asyik dok cerita pasai politik.

Comments

MieAnip said…
Tolong cek sat bas nk balik parit Buntaq pukoi berapa ada??
xan said…
paghit buntaq naik bas merah FRU.. drebar bas estet spg 4 selinsing..
Unknown said…
Assalamualaikum Zan, Apa kabau? Harap kamu se famili semua nya sihat sihat aja.Hari ini hari Ahad. sibuk dengan kenduri kahwin. Satu kat seremban satu lagi kat melaka. kenyang makan kenduri.minggu ini tak payah masak malam.Tadi baru lepas baca tahlil hari 3 untuk jiran.Sekarang musim hujan je.Cuaca sana macam mana.Bagi hang jelous baru lepas makan sambal sotong, sayur pisang muda, sambal belacan dan ikan masin. Naik darah tinggi aku. sekian buat malam ini.
xan said…
mat, aku pun baru saja balik makan makan di rumah kwn. ada buat majlis perpisahan pegawai nak balik Msia. Sini pun tak kurang jgak dgn masakan Melayu.. dah laa tuu bila pi makan bukan balik cepat cepat pulak..duduk lama lama ..sampai tuan rumah nak hambat balik... ha hahah ..itu laa duduk di tempat orang ...

Popular posts from this blog

Cycle To Work

Haghi ni aku tak bawak kegheta pi keghja, aku cuba terai kayuh beskal laa pulak, tapi yang jadi masalah , tempat keghja tak dak tempat nak letak beskal, tak kan nak tambat beskal dekat pokok kot. Aku dulu aku tambat kerbau dekat pokok .. last last sekali lagi senang bawak saja masuk pejabat, letak tepi meja ..nah kauuu .. lagi senang.

Jadi Host

macam tahun tahun yang sudah sudah, bila sampai musim ghaya , ghamai pelajar pelajar yang akan datang beghaya di rumah rumah pegawai MSD disini (Chicago) dan kebiasaan nya pelajar pelajar ni akan juga datang beghaya ke ghumah kami, walau pun kami tak kerja di MSD. tapi kami tak ambik kisah pasai tu, kami anggap depa ni semua macam anak anak kami jugak. Kesian jugak dekat depa, ada setengah dah lama tak makan masakan mak depa. jadi masa mai ke rumah kami , kami jamu laa depa semua. tak kisah laa sangat pasai duit kupang. Tu pasai ada pelajar pelajar yang dah biasa mai ghumah kami depa tak ghasa segan bila nak makan.

Bulan Puasa

Bulan puasa nii kurang sikit masok ke blog, tak dak masa. siang keja dan kurang energy. mlm pulak kenyang dan mengantuk lagi kurang energy. bulan posa ni, ada kawan kawan yang berminat utk jadi host utk buat tarawih di rumah rumah depa. Jadi aku dan beberapa kawan giliaq giliaq pi ghumah ke ghumah buat tarawih. Buat tarawih di ghumah ghumah ni lagi ok dari buat di masjid, pasai lepas taraweh , boleh makan dan dok sembang sembang dan makan lagi dan makan dan makan dan makan. Masak sama sama, makan pun sama sama. Dalam gambaq ni sdr Azmi tunjuk skill dia masak koew-teow kerang, sdr Fazli jadi apprentice.