Skip to main content

Julai 2022 - 2

Pickup new skill


dalam entry yang lepaeh aku ada habaq yang kita hidup sini banyak bergantung pada 'free information on internet' . Dua tiga hari lepaeh laptop aku pulak buat hal, tempat cucuk power ( power konektor) dia longgaq. bila cucuk dia tecabut balik. aku dok search dekat google dia kata memang common laa masalah ni. bila dok pakai seluloi longgaq laa menatang tu. jadi aku ada 2 jalan saja, pertama hantaq kedai pi pebaik ataupun beli yang lain. dua dua tu memang kena kluaq duit (banyak). jalan yang ketiga pebaik sendiri,jalan yang last, lempaq buang tong sampah . jalan yang paling susah. Aku ni memang suka mencabar diri sendiri. aku dok pikiaq kalau si-mamat-mangkok-hayun yang di kedai tuu boleh buat pasai aku tak boleh buat. Jadi aku pun pi google cari cara cara nak pebaik power konekter tu. dah dapat download service manual , tugas seterusnya ialah meghongkah atau melondeh laptop aku supaya aku boleh solder buang konekter tu dari motherboard dan bubuh konekter yang baru. Aku pun dah mail-order power konekter dari internet. murah saja menatang tu dalam $3.00 saja. tapi kalau suruh kedai buat, dia charge sampai $200. setelah ber je-gay beliak 2 jam.. dapat juga aku buka motherboard dan solder konekter yang cuma $3.00 tu.
Kesimpulan nya, kalau kita perlu ada semangat dan kehendak dan usaha untuk buat satu satu kerja walaupun kita tidak ada skill dan kebolehan, tapi dengan usaha termasuk usaha untuk membuat dan usaha untuk mencari bahan bahan rujukan. itu laa hikmah kalau kita idup merantau,.

Comments

Leenoh said…
Salam xzan.
Tadi saya baca entri yang telah lalu dan nampak Sdr.Xan buat komen ringkas, jadi saya pun klik mai sini, minta maaflah saya lambat buat respon, rupanya oghang Alok belat, saya tau depa sini ada yang boleh cakap siam, depa Siam Islam macam saya jugak.
Sebenaknya saya tak pandai pasai komputer ni, saya cuma tau tulis saja dan sikit-sikit yang lain sebab tu jadi panjang tu tapi anak keja di IT, kekadang dok minta tolong dia la.
Wassalam.

Popular posts from this blog

Julai 2022 - 2

​ Sampai di jetti Tekek, kena naik 4x4 merentas bukit untuk ke penginapan Bushman Chalet yang terletak di sebelah timur pulau. Perjalanan dari jetti Tekek ke chalet mengambil masa dalam 20 minit meredah hutan, naik bukit dan turun bukit ke kws penginapan di sebelah timur.

Cycle To Work

Haghi ni aku tak bawak kegheta pi keghja, aku cuba terai kayuh beskal laa pulak, tapi yang jadi masalah , tempat keghja tak dak tempat nak letak beskal, tak kan nak tambat beskal dekat pokok kot. Aku dulu aku tambat kerbau dekat pokok .. last last sekali lagi senang bawak saja masuk pejabat, letak tepi meja ..nah kauuu .. lagi senang.

Bulan Puasa

Bulan puasa nii kurang sikit masok ke blog, tak dak masa. siang keja dan kurang energy. mlm pulak kenyang dan mengantuk lagi kurang energy. bulan posa ni, ada kawan kawan yang berminat utk jadi host utk buat tarawih di rumah rumah depa. Jadi aku dan beberapa kawan giliaq giliaq pi ghumah ke ghumah buat tarawih. Buat tarawih di ghumah ghumah ni lagi ok dari buat di masjid, pasai lepas taraweh , boleh makan dan dok sembang sembang dan makan lagi dan makan dan makan dan makan. Masak sama sama, makan pun sama sama. Dalam gambaq ni sdr Azmi tunjuk skill dia masak koew-teow kerang, sdr Fazli jadi apprentice.