Skip to main content

Julai 2022 - 2

Going Places


aku ambek OFF 2 minggu nak bawak family pi jalan jalan. kali ni pi pilih utk pi jalan ke sebelah selatan pulak, sampai ke hujung-belah-selatan Amerika. ada batu terat tang tu ( batu terat nii mcm batu tanda).
Semua orang yang sampai tang tu, semua beghebut nak ambik gambaq dgn batu terat tu.. betuah sungguh batu tu..hahahaa.
Walau pun aku dah habaq dekat client aku, aku OFF 2 minggu, depa kadang kadang dok talipon jgak.. laaa susah betoi.. nak rehat sat pun depa dok cari. tu laa kalau zaman dah maju, tak dak tempat nak sembunyi. Laa ni pulak cellphone dah ada GPS so boleh track kita mana mana kita pi, berapa laju kita drive, berapa lama kita stop..semua boleh track.

Comments

Sampaikan salam dan ucapan selamat menyambut Ramadhan al Mubarak kepada Jasmina, Irni, Izwan dan Aizat. Mudah2an Ramadhan tahun ini adalah yang terbaik bagi kita dari segi pengisiannya (sementara kita menanti ketibaan Ramadhan akan datang yang belum tentu dapat kita menemuinya).

Popular posts from this blog

Cycle To Work

Haghi ni aku tak bawak kegheta pi keghja, aku cuba terai kayuh beskal laa pulak, tapi yang jadi masalah , tempat keghja tak dak tempat nak letak beskal, tak kan nak tambat beskal dekat pokok kot. Aku dulu aku tambat kerbau dekat pokok .. last last sekali lagi senang bawak saja masuk pejabat, letak tepi meja ..nah kauuu .. lagi senang.

Jadi Host

macam tahun tahun yang sudah sudah, bila sampai musim ghaya , ghamai pelajar pelajar yang akan datang beghaya di rumah rumah pegawai MSD disini (Chicago) dan kebiasaan nya pelajar pelajar ni akan juga datang beghaya ke ghumah kami, walau pun kami tak kerja di MSD. tapi kami tak ambik kisah pasai tu, kami anggap depa ni semua macam anak anak kami jugak. Kesian jugak dekat depa, ada setengah dah lama tak makan masakan mak depa. jadi masa mai ke rumah kami , kami jamu laa depa semua. tak kisah laa sangat pasai duit kupang. Tu pasai ada pelajar pelajar yang dah biasa mai ghumah kami depa tak ghasa segan bila nak makan.

Bulan Puasa

Bulan puasa nii kurang sikit masok ke blog, tak dak masa. siang keja dan kurang energy. mlm pulak kenyang dan mengantuk lagi kurang energy. bulan posa ni, ada kawan kawan yang berminat utk jadi host utk buat tarawih di rumah rumah depa. Jadi aku dan beberapa kawan giliaq giliaq pi ghumah ke ghumah buat tarawih. Buat tarawih di ghumah ghumah ni lagi ok dari buat di masjid, pasai lepas taraweh , boleh makan dan dok sembang sembang dan makan lagi dan makan dan makan dan makan. Masak sama sama, makan pun sama sama. Dalam gambaq ni sdr Azmi tunjuk skill dia masak koew-teow kerang, sdr Fazli jadi apprentice.