Skip to main content

Julai 2022 - 2

Oghang Malaysia bila pegang stereng

Laa ni bulan posa, tak lama lagi akan ghaya, musim ghaya di Malaysia bukan saja musim oghang menyambut ghaya tapi jugak musim oghang masjid semayang mayat.. pasai apa ?.. pasai masa musim ghaya ialah musim oghang Malaysia belomba lomba untuk mati.. apa tak nya?.. tiap tiap kali ada musim perayaaan misti ada yang mati accident. dah tuu bukan sorang dua pulak.
Aku ghasa masalahnya ialah sikap orang Malaysia bila dapat pegang stereng dia ghasa mcm dah terror sgt, atau pun di Malaysia tak dak satu cara utk mengasuh utk oghang jadi pemandu ceghmat.
Aku nak bagi contoh di US.. contoh saja laa.. macam di sekolah anak anak aku di Chicago, kelas memandu dijadikan salah satu subject wajib diambek oleh budak budak ni.. kalau tak ambek subjek memandu .. nanti takboleh graduate high-school, jadi disini kita dah asuh budak budak tuu bawak kegheta ceghmat ceghmat bukan jadi pemandu loklaq dan cemeghkap mcm yang dok ada di tempat kita 'Msia'. Oghang puteh kata 'early exposure'!! cheehhh boleh jugak ckp oghang puteh noo !!.

Dekat sini kita cuma bawak kegheta mcm oghang puteh kata 'gentleman' laa , 'right-of-way' depa kata, tapi kalau kat Msia nak cuba jadi 'gentleman' alamat kena horn memanjang laa. Cuba pikiaq tengok..pasai apa tabiat orang kita jadi loklaq bila dapat pegang stereng kereta?. Yang pelek lagi.. kadang kadang yang bawak loklaq dan cemeghkap nii bukan oghang muda saja... yang pakai serban puteh pun adaaaa.. haaa betoi.. aku peghanah kena.. pak lebai pakai ketayap puteh..bawak kegheta mcm laju mcm jin ..mangkok hayunn!!.

Sebut pasai semayang mayat nii .. teghingat masa sekolah dulu .. semayang mayat nii kegha kegha mcm side-income laa.. pasai bila ada oghang mati.. sat lagi ada laa oghang masjid mai ke hostel kami caghi sapa nak semayang mayat .. sekali semayang dapat laa duit poket !!.. kira ok laa tu bebbb .. extra income!!!

Comments

afandi said…
memenglah depa pegang stereng macam pegang jalan-jalan macam pak depa punya, aku banyak kali dok geram..aku pun naik kereta, naik motor..tapi lani aku jalan kaki di Brisbane, Australia...merantau, di sini xjumpa org naik kereta LOGLAG (LOCK-LUCK) walaupun depa Mat Saleh/ Minah saleh ..ugama pulak tak tau. Kalau jumpa Polis siap ...buat lockluck kena tegur pakai Hailer lagi. Apa lagi Mat Remppit!!! xdak langsung, yang ada Skuter dan Motor Besag, tapi majoriti "pukoi mutu mit" , jalan kaki hehehhhe, aku pun dah pos geram aku di sekitar Alog Setag di http://keretagila.blogspot.com

#baguih Blog hang Xan, TQ krana tinggai komen / hantag komen kat blog aku.Ps alog belat tu belakang kuarters Tunku Yaakob kan?..nanti aku cari dalam google map
BookKeeper said…
klau kat kl antara sebab org buleh jd mcm tu mgkin pasai tekanan disebabkan suasana jem dan yang seangkatan..

Popular posts from this blog

Grab Uber

Laa ni ghamai dok buat part time bawak grab dan uber untuk duit tambahan belanja rumah Kawan kawan yang dok buat depa habaq boleh laa dapat dua ratus ke tiga ratus sehari , tuu pun kira bawak dari pagi sampai petang .

Keghja daghi ghumah (Work From Home )

Haghi ni aku tak pi keghja pasai sakit peghut. agak kemaghin aku masak sambal kurang masak betoi kot. bini aku pesan, kalau nak sambal kena tumeh sampai pecah minyak baghu laa elok. Tapi mana ada masa nak tunggu sampai pecah minyak .. lambat laa. Satu yang seghonok di sini (US) , kalau kita sakit kita habaq dekat boss kata kita tak pi opis , kita habaq kita keghja dari ghumah saja, tak gadoh nak pi jumpa tuan doktor mintak MC, depa main percaya saja. Tapi aku ghasa kalau di Malaysia boleh amal mcm nii alamat laa opis tak dak oghang, semua nanti bagi alasan keghja daghi ghumah,, balo'q liat semua !!. Tapi ... keghja daghi ghumah nii bukan senang jgak, kena banyak disiplin dan sabaq, pasai banyak sangat yang dok kacau, sat lagi posmen mai ketuk pintu, oghang FedEx laa, UPS laa, ada yang nak tanya jalan pun ada, tukang baca meter laaa .. adooii mcm mcm. Sebut pasai keghja daghi ghumah nii bukan semua jenis keghja jgak yang boleh buat mcm tuu, tapi mcm keghja aku tak paa la.. yang pen

Julai 2022 - 2

​ Sampai di jetti Tekek, kena naik 4x4 merentas bukit untuk ke penginapan Bushman Chalet yang terletak di sebelah timur pulau. Perjalanan dari jetti Tekek ke chalet mengambil masa dalam 20 minit meredah hutan, naik bukit dan turun bukit ke kws penginapan di sebelah timur.