Skip to main content

Julai 2022 - 2

Selamat Sambut Posa untuk semua

Haghi nie haghi pertama posa, tawun ni ok sikit posa pasai tak jadi kecoh macam tawun tawun lepaeh pasai ISNA (Islamic Society of North America) dah bubuh awai awai di website depa kata posa jatuh sept 13. ( iesshhh jatuhhh !! ..kesiann). bila posa jatuh pada sept 13 , jadi kita pun sambut laa posa tuu pada sept 13.
Tawun nii kegha kegha dah masuk 9 kali aku 'sambut' posa di amerika. tapi syok bila posa jatuh masa winter.. posa sat saja pasai matahari jatuh awai .. tak dan nak lapaq dah buka posa dahh.
Tapi bila dok kegha kegha..nanti tak lama lagii posa akan jatuh musim summer.. haaa tuuu dia baghu tauu ..masa tuu matahari naik pun awai.. jatuh pulak lambat.. masa tuu baru nak jegey beliakk lapaq macam singa tak makan seminggu kot.. h aha haha aku tak boleh nak pikiaq laa macam mana tuu .
Bila sampai masa posa nii teghingat katun Lat 'The Kampong Boy' masa musim posa. Nak habaq bagi masa aku di kampung dulu kalau musim posa syok jgak .. boleh dok tukaq tukaq cucuk dengan orang yang dok sekampung. Ada jugak yang buat spoil tuu.. ada orang yang hantaq dekat masa nak buka ..aiseeyy leceh ..nak kena balaeh balik kueh tuu ... dah laa nak dekat masa nak buka posa dah tuu.. tapi apa nak buat .. dah adat idup berjiran..kena balaeh balek laa kueh tuu.. miss buka posa di ghumah la.. kena bukak kot jalan.
banyak lagii kalau nak ceghita ..
Aku nak ucapkan selamat posa pada semua ahli keluarga aku yang aku sayangi dan semua rakan sahabat dan kawan tak kegha dok dimana.. ramadhan mubarrak

Comments

xan said…
hadie ..hampa dok kedah tang mana !! ..hampa dok pekan kot ..oghang pekan loghat kedah depa dah cayaq dahh ..

Popular posts from this blog

Cycle To Work

Haghi ni aku tak bawak kegheta pi keghja, aku cuba terai kayuh beskal laa pulak, tapi yang jadi masalah , tempat keghja tak dak tempat nak letak beskal, tak kan nak tambat beskal dekat pokok kot. Aku dulu aku tambat kerbau dekat pokok .. last last sekali lagi senang bawak saja masuk pejabat, letak tepi meja ..nah kauuu .. lagi senang.

Jadi Host

macam tahun tahun yang sudah sudah, bila sampai musim ghaya , ghamai pelajar pelajar yang akan datang beghaya di rumah rumah pegawai MSD disini (Chicago) dan kebiasaan nya pelajar pelajar ni akan juga datang beghaya ke ghumah kami, walau pun kami tak kerja di MSD. tapi kami tak ambik kisah pasai tu, kami anggap depa ni semua macam anak anak kami jugak. Kesian jugak dekat depa, ada setengah dah lama tak makan masakan mak depa. jadi masa mai ke rumah kami , kami jamu laa depa semua. tak kisah laa sangat pasai duit kupang. Tu pasai ada pelajar pelajar yang dah biasa mai ghumah kami depa tak ghasa segan bila nak makan.

Bulan Puasa

Bulan puasa nii kurang sikit masok ke blog, tak dak masa. siang keja dan kurang energy. mlm pulak kenyang dan mengantuk lagi kurang energy. bulan posa ni, ada kawan kawan yang berminat utk jadi host utk buat tarawih di rumah rumah depa. Jadi aku dan beberapa kawan giliaq giliaq pi ghumah ke ghumah buat tarawih. Buat tarawih di ghumah ghumah ni lagi ok dari buat di masjid, pasai lepas taraweh , boleh makan dan dok sembang sembang dan makan lagi dan makan dan makan dan makan. Masak sama sama, makan pun sama sama. Dalam gambaq ni sdr Azmi tunjuk skill dia masak koew-teow kerang, sdr Fazli jadi apprentice.