Skip to main content

Posts

Julai 2022 - 2

Outdoor

pasai tak lama lagi dah nak posa, bila posa nak buat apa lagi .. tunggu masa buka posa laa . jadi sementara nak tunggu bulan posa, baiklaa dok pi keluaq. Jadi, kami dgn dua tiga keluarga pi heret kemah pi dekat dgn padang, buat kemah tang tu, sambil bakaq ayam. kalau dah bulan posa jangan haghap nak boleh buat macam ni dahh.

Berkawan biar seribu

Selalunya kami yg dok di tempat oghang ni, kawan-rakan jadi keluarga terdekat. Laa ni pulak musim summer, masa ni laa nak dok luaq ghumah. Sat ni bila mai musim sejuk dok dalam ghumah saja. Minggu ni, Azmi kata jom kita buat satay.!!! Ok laa tuu .. tang makan tu memang best, yang nak cucuk tu yang cemuih sikit. Hantam saja laa !!

Long Weekend

Minggu ni cuti agak panjang, pasai 4th July holiday. Dok ghumah pun dah mati akai, aku saja pi jalan jalan dengan bini aku ke sebelah utara Chicago, ke Wisconsin. Macam seluloi, aku selalu sedia dah camera dalam kereta, ambik laa apa apa gambaq sambil sambik dok bawak kereta tu, laa ni pulak ambik gambaq pun tak payah nak pikiaq pikiaq dah pasai bukan nak kena cuci filem macam dulu dulu. Kamera digital senang saja, tak suka gambaq tuu, delete saja. Ni salah satu gambaq yang aku tangkap masa nak potong lori angkut kereta. Dok pikiaq pikiaq , pandai pulak orang tu dok susun kereta macam ni. Ni laa oghang dok kata, kepakaran dan pengetahuan tu penting untuk buat satu satu kerja. Walau pun nampak mudah , tapi tak mudah kalau bukan bidang keja kita.

It's summer time once again

Ni entry aku untuk bulan Julai ni, bulan Jun yang sudah tu, banyak dengan cegheta suka dan duka, cegheta suka bulan jun: haghi-jadi (b/day) aku pun jatuh bulan jun, dapat hadiah daghi anak anak, T/Q kakak, wan dan yat, i love you all ada kawan tu dapat anak (dekat dgn harijadi aku jgak) Ikan Mas aku beteloq, tapi tak dan teloq teloq tu nak besaq, dah kena telan dengan ikan mas jantan tu pulak. ceeehhh!! ceghita yang duka tuu.. kita tok sah dok bubuh tang ni laa kot noooo !!. oghang pun tak mau dok dengaq cegheta yg tak seghonok. oghang tua tua kata, kwn utk seghonok tu ghamai, jadi kita bahaq yang seghonok saja laa. Memang dah adat bekawan, kalau kita nak bekawan, jgan dok asyik cegheta duka kita saja, lama lama kawan pun cemueh nak dengaq, las las depa cabut. Bulan julai ni kalau nak ikutkan kena musim panas, tapi dalam 2,3 haghi nii tak beghapa panaeh sgt, ok laa tak gaduh nak pasang air-cond, jimat sikit duit letrik. Sebut pasai jimat letrik ni, aku dok baca baca dekat internet, kit...

My Other blog

aku ingat nak buka lagi satu blog .. saja gatai gatai .. address blog baru , http://weekender-xan.blogspot.com mcm dibawah ni. Aku ingat nak bubuh apa apa yang aku ingat nak buat masa lapang sebagai hobi.

Kemalangan Udara

minggu ni satu lagi kemalangan kapai terbang di tengah lautan Atlantik, dah lebih 3 haghi kapai terbang tu jatuh depa dok caghi tak jumpa jumpa jugak. Aku ingatkan negara negara maju ni ada semua alat alat elektronik canggih, depa boleh guna guna , tapi nak cari sebijik kapai terbang yang jatuh di tengah laut pun tak jumpa , jadi macam mana !!!!. Kalau depa pi Msia jumpa bomoh bomoh dekat kampung, aku ingat bomoh tu dok kata... kapai terbang tu kena sembunyi oleh 'oghang kecik', tu pasai tak jumpa. Minggu lepas, dekat newspaper ada berita pasai soghang student Msia di universiti Penn State mati dekat ayaq terjun, inna lillahi wa inna ilaihi rajiauunn. sedih pulak rasanya walau pun bukan kena adik beradik kita. Itu laa kalau dah malang nak buat mcm mana.. tapi budak budak ni pun satu jugak. dah ada papan tanda warning kata bahya dooookkk gatai jugak. Masalah manusia nii dia pantang kalau ada 'Jangan', 'dilarang', 'tidak boleh', ... semua tu macam di sur...

Permainan Tradisi

Aku tak tau apa yang budak budak muda dan oghang oghang kat Msia dok buat bila masa lapang ? adakah depa dok melapok di kedai kopi dok sembang sembang politik atau sembang sembang angan angan nak kaya, atau pun dok nga-nga tepi jalan dok tengok oghang pi mai .. aku tak tau. Tapi kami disini, bila ada peluang bekumpoi ghamai ghamai tak dak lain .. dok pikiaq pasai nak main. Bukti nya cuba pi kelih gambaq sebelah tu.. ni anak anak aku dan kawan kawan main sepak-takraw.. punya laa terraa tengoklaa tuu kot belakang pun boleh badek jugakk... itu laa aktiviti masa summer nii..tak lama lagii nak winter... dok bekurung dalam ghumah pulakkk ..