Skip to main content

Julai 2022 - 2

Kemalangan Udara

minggu ni satu lagi kemalangan kapai terbang di tengah lautan Atlantik, dah lebih 3 haghi kapai terbang tu jatuh depa dok caghi tak jumpa jumpa jugak. Aku ingatkan negara negara maju ni ada semua alat alat elektronik canggih, depa boleh guna guna , tapi nak cari sebijik kapai terbang yang jatuh di tengah laut pun tak jumpa , jadi macam mana !!!!.

Kalau depa pi Msia jumpa bomoh bomoh dekat kampung, aku ingat bomoh tu dok kata... kapai terbang tu kena sembunyi oleh 'oghang kecik', tu pasai tak jumpa.
Minggu lepas, dekat newspaper ada berita pasai soghang student Msia di universiti Penn State mati dekat ayaq terjun, inna lillahi wa inna ilaihi rajiauunn. sedih pulak rasanya walau pun bukan kena adik beradik kita. Itu laa kalau dah malang nak buat mcm mana.. tapi budak budak ni pun satu jugak. dah ada papan tanda warning kata bahya dooookkk gatai jugak. Masalah manusia nii dia pantang kalau ada 'Jangan', 'dilarang', 'tidak boleh', ... semua tu macam di suruh suruh.
Aku ingat masa kami kecik kecik dulu kalau mak pak marah depa bukan nak kata jangann,, depa kata ".. haaa pi lagi pii..pi main piii .. pi main puas puas jgan balik lagi tak puas '. Itu la beza cara oghang dulu didik anak dan orang laa nii didik anak anak.

Comments

Ekeng A/L Etong said…
Baru terjumpa Blog ni. Bagus kalau pakat-pakat tulis dalam dialek Kedah. La ni kadang-kadang orang Kedah sendiri pun malu nak cakap Kedah. Pi Kola Lumpo dua hari, dah berubah. Masa dok Kedah gelak bunyi ha ha ha.... pi Kola Lumpo bunyi he he he... Bila pi restoren, nak makan laksa... pi order lakse....
Mai la jenguk Blog aku sama!
xan said…
beysa laa tuu... oghang kampung malu nak mengaku oghang kampung .. pasai depa dok sangka oghang kampung tak dak duit.. jadi bila pelet Kay-EL tu ada laa oghang kg dok kata ..dia tu beysa dok di kay-EL .. mcm mcm tabiat oghang nii .. anyway .. thanks for dropping by.

Popular posts from this blog

Cycle To Work

Haghi ni aku tak bawak kegheta pi keghja, aku cuba terai kayuh beskal laa pulak, tapi yang jadi masalah , tempat keghja tak dak tempat nak letak beskal, tak kan nak tambat beskal dekat pokok kot. Aku dulu aku tambat kerbau dekat pokok .. last last sekali lagi senang bawak saja masuk pejabat, letak tepi meja ..nah kauuu .. lagi senang.

Jadi Host

macam tahun tahun yang sudah sudah, bila sampai musim ghaya , ghamai pelajar pelajar yang akan datang beghaya di rumah rumah pegawai MSD disini (Chicago) dan kebiasaan nya pelajar pelajar ni akan juga datang beghaya ke ghumah kami, walau pun kami tak kerja di MSD. tapi kami tak ambik kisah pasai tu, kami anggap depa ni semua macam anak anak kami jugak. Kesian jugak dekat depa, ada setengah dah lama tak makan masakan mak depa. jadi masa mai ke rumah kami , kami jamu laa depa semua. tak kisah laa sangat pasai duit kupang. Tu pasai ada pelajar pelajar yang dah biasa mai ghumah kami depa tak ghasa segan bila nak makan.

Bulan Puasa

Bulan puasa nii kurang sikit masok ke blog, tak dak masa. siang keja dan kurang energy. mlm pulak kenyang dan mengantuk lagi kurang energy. bulan posa ni, ada kawan kawan yang berminat utk jadi host utk buat tarawih di rumah rumah depa. Jadi aku dan beberapa kawan giliaq giliaq pi ghumah ke ghumah buat tarawih. Buat tarawih di ghumah ghumah ni lagi ok dari buat di masjid, pasai lepas taraweh , boleh makan dan dok sembang sembang dan makan lagi dan makan dan makan dan makan. Masak sama sama, makan pun sama sama. Dalam gambaq ni sdr Azmi tunjuk skill dia masak koew-teow kerang, sdr Fazli jadi apprentice.