Skip to main content

Julai 2022 - 2

GPS Navigation


GPS atau pun Global Positioning System memang satu keperluan untuk bawak kereta pada hari ni, kalau masa dulu , benda ni harga dia beribu ribu dollar, tapi laa ni dah jadi murah sebab sudah banyak di juae di kedai kedai. Kami yang selalu dok pi jalan ghata ghata tempat memang dok pandukan benda ni. tak gadoh dok guna buku map dah, cuma simpan dalam boot-kereta mana tau kot kot bendalah ni ghosak. Ada satu masa tu kami dari chicago nak ke Vegas waktu malam, kena pulak bila kami nak meretas negeri Utah, malam tu ada ribut snow ( snow storm), kami tak ada pilihan untuk berhenti pasai memang tak dak tempat nak berenti, jadi kami redah jugak malam tu dengan panduan GPS. dengan ada GPS kita boleh jugak tau keadaan jalan yang bengkang bengkok di depan kita.

Comments

said said…
Di Malaysia pun GPS banyak dah tapi dia belum pandai cakap Melayu. Satu kedai di Mergong tu letak harga RM800 untuk dipasang di kereta. Ada sorang kawan tu dia pasang di handphone dia. Dia kata handphone yang boleh terima 3G boleh pakai dengan harga RM100.
Tapi bila nak pi Alor Belat tak boleh lagi sebab Google Map belum masukkan kampung tu.
xan said…
tapi kalau phone ada GPS + dataline, boleh guna google map. kalau dari aloqsetaq nak pi aloqbelat tak gadoh guna GPS, pakai keloi saja..
Siberangan said…
Tempat kita tak yah pakai GPS laahh... macam xan kata, tak kan pi aloqbelat nak pakai GPS. Klau pakai, Pak Daguih kata hampa ni exen niihh..

Pi KL ka Penang ka, yang tu perlu, ya laaa.. kita oghang aloqbelat ni, pi sana, ssat lah jwabnya.

Popular posts from this blog

Lagi ceghita pasai grabCar - Penumpang Tertinggal Barang.

Hari tu, masa bawa penumpang ke satu destinasi, salah seorang daripada penumpang bagi tau ada orang tertinggal barang di tempat duduk belakang, aku pun ambik barang tu dan simpan dalam glove compartment. Aku pun tak tau sapa yang tinggal benda tu, sebab aku pun tak check tempat duduk bila penumpang turun. Lepas dua hari, aku terima panggilan daripada Customer Service Grab, katanya ada penumpang yang beritahu dia tertinggal barang (PSP ) dalam kereta, aku beritahu CS tu, memang secara kebetulan benda tu ada disitu, dan nasib baik tidak diambil oleh penumpang lain. Aku suruh CS tu beritahu penumpang berkenaan contact aku untuk memulangkan barang yang tertinggal itu. Itu laa serba sedikit yang aku lalui tempohari.

Julai 2022 - 2

​ Sampai di jetti Tekek, kena naik 4x4 merentas bukit untuk ke penginapan Bushman Chalet yang terletak di sebelah timur pulau. Perjalanan dari jetti Tekek ke chalet mengambil masa dalam 20 minit meredah hutan, naik bukit dan turun bukit ke kws penginapan di sebelah timur.

Cycle To Work

Haghi ni aku tak bawak kegheta pi keghja, aku cuba terai kayuh beskal laa pulak, tapi yang jadi masalah , tempat keghja tak dak tempat nak letak beskal, tak kan nak tambat beskal dekat pokok kot. Aku dulu aku tambat kerbau dekat pokok .. last last sekali lagi senang bawak saja masuk pejabat, letak tepi meja ..nah kauuu .. lagi senang.