Skip to main content

Julai 2022 - 2

Persiapan Raya


bila sebut pasai bersiap nak ghaya ni, mcm mcm benda yang kita dok buat, aku dok ingat kalau dok di Msia, bila dah dekat nak ghaya ni kelam kabut nak tempah baju ghaya, nak order kuih, nak beli tu, nak beli ni, nak mcm mcm nak, pendek kata semua nak yang baghu.
Tapi bila dok jauh mcm ni, tak kisah sgt pasai nak beli beli semua tu, pasai orang pun tak kisah sgt apa yang kita dok pakai.
Tahun ni, kami kacau dodoi lagi, tapi dengan kawan yang lain pulak, pasai kawan kawan yang dulu dah pun balik Msia, sapa sapa pun tak kisah laa, janji kawan. Aku ghasa kalau aku dok Msia, aku tak kan dapat merasa pengalaman kacau dodoi ni, pasai semua apa yang kita nak, kita boleh pi kedai beli saja, huluq saja duit , dapat laa. kalau tak huluq..haa kebuluq laa.

Comments

Ekeng A/L Etong said…
Bila hampa kacau dodoi nanti bagi orang puteh makan tenguk. Biar bagi tercabut habis gigi depa!
Detguaq said…
Salam Syawal Bang Zan,

Lama tak jengah, bukan apa, sejak tukar template, list lama habih 'burn'. Tetapi sempena syawal, sya dijumpakan kembali dgn blog abang.

Selamat Hari Raya...mohon kemaafan sepena syawal ini

Popular posts from this blog

Lagi ceghita pasai grabCar - Penumpang Tertinggal Barang.

Hari tu, masa bawa penumpang ke satu destinasi, salah seorang daripada penumpang bagi tau ada orang tertinggal barang di tempat duduk belakang, aku pun ambik barang tu dan simpan dalam glove compartment. Aku pun tak tau sapa yang tinggal benda tu, sebab aku pun tak check tempat duduk bila penumpang turun. Lepas dua hari, aku terima panggilan daripada Customer Service Grab, katanya ada penumpang yang beritahu dia tertinggal barang (PSP ) dalam kereta, aku beritahu CS tu, memang secara kebetulan benda tu ada disitu, dan nasib baik tidak diambil oleh penumpang lain. Aku suruh CS tu beritahu penumpang berkenaan contact aku untuk memulangkan barang yang tertinggal itu. Itu laa serba sedikit yang aku lalui tempohari.

Julai 2022 - 2

​ Sampai di jetti Tekek, kena naik 4x4 merentas bukit untuk ke penginapan Bushman Chalet yang terletak di sebelah timur pulau. Perjalanan dari jetti Tekek ke chalet mengambil masa dalam 20 minit meredah hutan, naik bukit dan turun bukit ke kws penginapan di sebelah timur.

Cycle To Work

Haghi ni aku tak bawak kegheta pi keghja, aku cuba terai kayuh beskal laa pulak, tapi yang jadi masalah , tempat keghja tak dak tempat nak letak beskal, tak kan nak tambat beskal dekat pokok kot. Aku dulu aku tambat kerbau dekat pokok .. last last sekali lagi senang bawak saja masuk pejabat, letak tepi meja ..nah kauuu .. lagi senang.