Skip to main content

Julai 2022 - 2

Garage Sale

Sebut pasai 'Garage-Sale' niii.. aku ghasa ghamai yang tau.. lebih lebih lagi depa yang peghnah dok luaq negeghi. Ada tempat di luaq negeghi depa tak pangge 'garage-sale', tapi depa pangge 'car-boot-sale'.
Di tempat aku dok nii depa pangge garage-sale, yard-sale, moving-sale. Apa menatang sale nii ?.
Garage-sale nii aku ghasa cuma budaya di sebelah sini saja kot.. bukan budaya di negeri kita (malaysia). Pasai apa aku kata mcm tuu?.. Garage-sale nii tujuan utk kita juae barang barang rumah kita yang kita ghasa tak pakai dah ..atau pun kita ghasa baghang baghang yang ada di ghumah kita tuu cuma menyemak ghumah kita saja contohnya mcm baju, seluar, kot, kasut , stokin pun ada yng juae jgakk ..hehehh kerusi, meja, mcm mcm lagi laa cuma yang tak juae mungkin seluaq dalam laa kott heh eh eheh... jadi kita buat garage-sale utk juea baghang-baghang tuu kat sapa sapa yang nak beli. Apa yang kita buat.. kita himpun laa semua baghang baghang yang kita ghasa tak mau pakai dah tuu di halaman ghumah kita.. lepaeh tuu pi laa gantung notis dia merata simpang jalan, pokok-pokok, tiang tiang letrik, tiang telepon habaq kat oghang yang kita nak buat garage-sale. Pasai harga pulak ..ikut suka kita laa nak bubuh beghapa.. $1.00 kaa, $2.00 kaa..ikut suka kita laa.. nanti kalau oghang mai tengok , kalau depa ghasa nak beli depa beli laa, kalau depa ghasa mahai sgt..depa tawaq laa kannn !!!
Aku ghasa budaya nii pun baguih jgak kalau dibuat di tempat kita (malaysia). Ditempat kita tak ada pulak budaya garage-sale.. contoh nya kalau ada perabut yang kita ghasa nak tukaq tapi masih elok utk diguna... boleh laa kita juae kat oghang lain (kalau tak mau derma laa ..kalau nak derma lagi baguihhhh.)
Masalahnya di tempat kita tuu.. oghang bukan nak juae baghang baghang yang terpakai.. pasai kita mmg pakai betoi betoi sampai tak bolih pakai .. dan lagi pulak kalau nak beli perabut baghu...perabut lama nak buat menatang apa pulak ??.. kalau dulu boleh laa derma kat Sanusi Jonit buat tukun tiruan... itu laa kisahnyaa !!!

Comments

me said…
Pernah laa singgah sat tengok kat garage sale masa dok US dulu2. Aku bawak balik ayat "garage Sale" tu boh kat website aku. hue huehue..

http://www.freewebs.com/akumie99/garage/garage_sale.html

Popular posts from this blog

Julai 2022 - 2

​ Sampai di jetti Tekek, kena naik 4x4 merentas bukit untuk ke penginapan Bushman Chalet yang terletak di sebelah timur pulau. Perjalanan dari jetti Tekek ke chalet mengambil masa dalam 20 minit meredah hutan, naik bukit dan turun bukit ke kws penginapan di sebelah timur.

Cycle To Work

Haghi ni aku tak bawak kegheta pi keghja, aku cuba terai kayuh beskal laa pulak, tapi yang jadi masalah , tempat keghja tak dak tempat nak letak beskal, tak kan nak tambat beskal dekat pokok kot. Aku dulu aku tambat kerbau dekat pokok .. last last sekali lagi senang bawak saja masuk pejabat, letak tepi meja ..nah kauuu .. lagi senang.

Bulan Puasa

Bulan puasa nii kurang sikit masok ke blog, tak dak masa. siang keja dan kurang energy. mlm pulak kenyang dan mengantuk lagi kurang energy. bulan posa ni, ada kawan kawan yang berminat utk jadi host utk buat tarawih di rumah rumah depa. Jadi aku dan beberapa kawan giliaq giliaq pi ghumah ke ghumah buat tarawih. Buat tarawih di ghumah ghumah ni lagi ok dari buat di masjid, pasai lepas taraweh , boleh makan dan dok sembang sembang dan makan lagi dan makan dan makan dan makan. Masak sama sama, makan pun sama sama. Dalam gambaq ni sdr Azmi tunjuk skill dia masak koew-teow kerang, sdr Fazli jadi apprentice.