Skip to main content

Julai 2022 - 2

Ceghita depa yang dah balik Msia

Kali nii aku nak habaq pasai depa yang dah balek ke Msia, lebih lebih lagi depa yang ada anak anak yang belajaq disini lepaeh tuu balik sambong belajaq di Msia... ceghita dia lebih kughang mcm nii laa ..
Kawan nii ..dia keja cikgu di Msia..lepaeh dapat peluang mai bertugas di US,,bawak laa anak semua laa. Anak anak dia di masukkan belajaq di sekolah di sini laa ( di Chicago). Nak habaq bagi ... anak dia nii bila mai belajaq sini dia betukaq peghangai .. dari tak beghapa suka pi sekolah ..jadi suka pi sekolah. Jadinya.. dia pun heran pasai apa anak dia yang peghnah belajaq di Msia bila mai sini dia suka pi sekolah.!!!. ( aku tak mau habaq kat sini lagi laa ..bagi suspense sikit..).
Kemudian tuu ..lepaeeh 3 tahun dok sini..kena balik ke Msia semula. lagi sekali anak dia kena tukaq sekolah ..balik sambung belajaq di Msia pulak. Dah 3 tahun budak tuu dok sini.. kira dah pandai ckp 'mat-saleh' pelet american-style laa ... 3 tahun nak kata punn ..lama laa tuu. Bila balik masuk sekolah ke Msia ..anak dia ada masalah balik.. tak mau pi sekolah pulak.. dia buat balikk peghamai lamaaaaaaa !!! . Jadi kawan ni pun dok siasat siasat selidik pujuk anak dia dok tanya pasai apa ... lama lama anak dia pun habaq laa. Rupa rupa nya banyak masalah yang timbul dari sekolah yang buat anak dia tak mau pi sekolah:
i. cikgu selalu dok dera dia pasai dia tak paham buat dalam bahasa malaysia.
ii. cikgu dok ejek ejek dia yang selalu ckp orang puteh style american tuu..
iii. kawan kawan pun lebih lagii.. ejek ejek dia.

Aku ghasa..disini banyak kita kena ambik iqtibar .. pasai apa cikgu cikgu di Msia tidak bersikap mcm cikgu cikgu di US yang boleh buat budak budak suka pi sekolah dan juga meningkat mutu pelajaran?. soalnya adakah cikgu yang ada di Msia tuu depa betoi betoi suka jadi cikgu ?.. atau depa terpaksa jadi cikgu ?. atau depa tak dak keja lain dahhh... tu pasai jadi cikgu.!!! Atau adakah sikap cikgu itu sendiri yang tak ada committment pada kerjaya dia. Boleh jadi tak semua cikgu macam tuu.. tapi banyak yang mcm tuu. Aku ghasa kalau ada 'oghang-besaq' yang baca nii dia tak suka kot,, pikiaq pikiaq ..mana ada oghang-besaq yang ada masa nak baca blog mcm nii pun.. tapi dia pun bukan tau sgt , ntah ntah nak ON pc pun gabra.. cuma dok di bilik aircond saja.

maybe ..ramai yang suka komen aku nii.. but that's the fact and reality !!
Aku ingat, masa aku sekolah dulu .. kerjaya cikgu nii memang satu kerjaya yang di banggakan oleh cikgu tuu sendiri.

Comments

Hadie said…
ish ish hampa nih zan, kami kagum betui la kat hampa ni...

piau punya kedah aih, lebih pekat dari kami yang dok kat kedah ni...

tabik spring!
BookKeeper said…
tahniah en zizan, dok tempat org tapi identiti tak ikut depa, org kat sini pulak yg lebih ikut cara org sana..
memang dia ni baguih , aku pun baguih dok pahang dari umoq 2 taun tapi pandai jugak cakap loghat kedah... tabib spring kat hang zan

Popular posts from this blog

Pemecah Batu Karang - Kidney & Gall Stone Breaker

Kali ini , aku nak bagi tau tentang satu ubat tradisional untuk mereka yang mengidap 'batu karang'. Ubat ini, ada lah buatan dirumah, bukan nya dibuat dikilang , bermakna barang ini menerima penghayatan dan tumpuan yang sepenuh dari pembuat. Khasiat dan kesan boleh dilihat dalam 24 jam selepas diminum derita sakit batu karang akan hilang, dengan izin Allah. Menakjubkan !! Macam tak percaya, !!, tapi alhamdulillah dengan izin Allah, inilah hakikat yang berjaya dialami oleh ramai pesakit setelah mengambil ramuan ini. Ramun ini dihasilak daripada beberapa herba dan rempah ratus terpilih dengan campuran sedikit cuka, garam dan air sebagai asas. Ia diadun daripada petua tradisional amalan turun temurun yang sekian lama dilupakan dan kini Home Formula menemuinya kembali dan menyediakannya dalam bentuk lebih mudah dan ringkas untuk diambil. Alhamdulillah, ia cukup berkesan kerana ramai yang mengambilanya. Pada kebiasaannya, dengan hanya sekali minum sahaja sakit yang dideritai...

Khasiat Buah Delima

Buah Delima seperti yang kita tahu, seperti yang diberitahu oleh orang orang tua kita dan juga tok guru kita mempunyai bahan penawar untuk penyakit penyakit di dunia ini. Aku masih ingat lagi masa aku kecik kecik dulu, lebih kurang 50 tahun yang lalu, aku cuma dapat merasakan buah delima bila ada orang balik dari menunaikan fardhu haji di Mekah. Masa dulu dulu kalau orang pergi ke Mekah akan bawak barang barang bermacam macam sebab dia orang pergi ke Mekah dengan menaiki kapal laut, bukan seperti sekarang , orang pergi dengan kapal terbang. Mak aku selalu pesan, kita kena makan setiap ulas isi delima tersebut, kerana salah satu daripada biji delima tersebut ada 'delima' yang boleh jadi ubat, tapi kita tak tau yang mana satu. Itu ada ilmu yang terdapat dimasa itu. Sekarang ini dengan kemajuan teknoloji, ilmu pengetahuan sudah boleh disebarkan dengan lebih mudah. Menurut kata ustaz, sebenarnya yang menjadi bahan ubat pada buah delima tersebut ialah sarang tempat ulas deli...

Tanah Paling Hujung Selatan Tanah Besar Asia

Minggu lepas, aku dengan keluarga aku pi jalan makan angin sambil berehat bersama keluarga , bini, anak anak , cucu dan juga beberapa saudara , ke Johor Bharu. Selepas aku mem bye-bye keluarga naik bas ( untuk ke Spore), aku memang tidak mengikut depa pi Singapore, aku sudah ada plan aku sendiri. Aku memandu kereta dari JBharu terus ke satu tempat bernama Tanjung Piai , disitu terdapat Tanjung Piai National Park. Tanjung Piai , adalah tempat paling penghujung selatan Tanah Besar Asia yang bermula dari China. Seperti kebiasaan, aku suka ambik gambaq gambaq bila aku pi jalan jalan ke tempat yang aku ghasa menarik. Pasai gambaq gambaq tu banyak sangat aku tak boleh nak upload ke blog ni, jadi aku link kan saja ke facebook album. gambaq gambaq tu aku pun post di facebook , jadi aku rasa , aku post kan URL dia saja disini. http://www.facebook.com/media/set/?set=a.4846897890284.2192610.1232031815&type=3 http://www.facebook.com/media/set/?set=a.4846897890284.2192610.1232031...