Skip to main content

Posts

Julai 2022 - 2

Julai 2022 - 2

​ Sampai di jetti Tekek, kena naik 4x4 merentas bukit untuk ke penginapan Bushman Chalet yang terletak di sebelah timur pulau. Perjalanan dari jetti Tekek ke chalet mengambil masa dalam 20 minit meredah hutan, naik bukit dan turun bukit ke kws penginapan di sebelah timur.

julai 2022 - 1 ke Tioman

​salam julai- anak anak ajak menikmati keindahan alam di pulau Tioman. Anak anak yang uruskan semua urusan perjalanan dan penginapan. Bertolak dari rumah awal pukul 4 pagi untuk catch up ferry jam 10 pagi ke Tioman.  Separuh perjalanan, singgah dulu di bandar Kluang, Johor Cadang nak breakfast di kedai makan di stesen keretapi Kluang, tapi ramai sungguh orang disitu. Kami ambik keputusan untuk bungkus saja untuk jimatkan masa.  Dah sampai di jetti Mersing, tunggu feri ke Tioman pulak. Ramai jugak orang hendak kesana. Penuh sarat dengan penumpang dimuatkan kedalam dua buah ferri. 

Jun 19, 2022 - bersama anak anak dan cucu cucu berkumpul

Kebetulan pulak hari ni, Jun 19, hari bapa, hari keputeraan sultan kedah dan juga hari lahir aku. Berkesempatan jugak berkumpul bersama anak anak dan cucu cucu makan makan, sembang sembang. Anak cucu dapat bermain dengan sepupu sepupu mereka. terimakasih semua yang sudi datang memeriahkan suasana pada hari ini. Ahad jun 19.  

Guna kawasan diluaq pagaq

kebetulan aku nampak ruang ditepi pagaq disebelah luaq tepi longkang tu selalu kena cahaya matahari pagi, aku ambik keputusan utk alehkan bekas polibag tanaman kucai tu ke bahagian luaq. Aku gunakan lebihan besi biru untuk jadi tempat letak bekas bekas polibag tersebut. Harap harap tidak menjadi suatu kesalahan undang undang. Dan mungkin aku akan tambah lagi rak rak ni di sepanjang pagar tu utk dijadikan kawasan menanam sayuran.  

2022-May, camping

​Lama jugak tak pi camping, minggu ni cuba pi camping sorang sorang dekat campsite kawan aku, Ujud, dekat Kuala Pilah N9. Kebetulan dia pum baru saja nak mula bisnes campsite ni, jadi aku pun pi join sempena pembukaan dan juga promosi.  Masa aku sampai situ, menggagau jugak aku nak cari tempat tu. main ikut google map saja. Dia kata cari laa ‘wujudi resort’ dekat map tu.. masa aku lalu kawasan tu aku dah nampak signboard Campsite tu, tapi google map kata belah kanan, tapi campsite dok belah kiri.. jadi terlajak laa aku ni.. patah balik. Baru aku tau kemudiannya, yang tu marker utk rumah dia, bukan utk campsite. Masa aku sampai dalam tengahari, campsite masih kosong, menurut kata kawan aku ti, mungkin ada 3 atau 4 family yang nak mai camping malam tu. Aku ambik keputusan utk setup khemah aku kat sini, dekat dengan bilik air.

Rezeki Datang

  Kebetulan pulak, ada seorang kenalan sdra Anaz, dia ada lebihan besi besi dari projek dia, dan dia bermurah hati untuk memberikan kepada aku. Aku menerima dengan hati terbuka, sekurang kurangnya dapat laa aku gunakan untuk membuat rak rak tanaman aku. Mula mula sekali, aku buat rak untuk pokok kucai ditepi pagar. Kebetulan kawasan di tepi pagar tu pun cuma penuh dengan rumput rumpai saja. Inilah hasil pertama kerjatangan aku menggunakan besi batten. Boleh laa aku susun pokok kucai aku diatas rak rak ini. Nampaknya, kerja pembuatan rak rak ini tidak berhenti di situ saja, aku sambung lagi rak rak tersebut supaya jadi lebih panjang, memandangkan polibag kucai aku masih banyak. - 5 sept 2021.

Bertani di bandar

Semenjak balik ke 'bandaraya' aku masih ingin teruskan usahatani, tapi dengan keluasan tanah di tepi rumah yang tak seberapa, aku terpaksa berfikir cara yang lebih praktikal untuk menggunakan keluasan tanah yang ada. mula mula sekali, aku mengubah semaian kucai kucai yang aku bawak balik ke bekas polibag.  disebabkan keluasan tanah pun terhad, polibag kucai terpaksa berebut dengan pokok pokok yang lain di kawasan rumah. anak anak kucai ke polibag Di kawasan yang sempit ni ada berbagai jenis tanaman yang sudah ada. Kebetulan juga, ada kayu kayu yang berselerakan di tepi rumah, boleh juga buat rak untuk susun pokok yang ada di atas rak.

halia bentong: sudah suratan takdir

Akhirnya, aku menjejakkan kaki tapak tanam halia, bila dah dua hari sampai dari usj.  Aku, akhirnya terpaksa terima kenyataan suratan takdir.. semua pokok dalam polibag hancor diserang penyakit reput ubi. Nampaknya aku terpaksa terima kenyataan yg aku tidak akan mendapat sebarang hasil drpd tanaman ini setelah berhempas pulas selama 6 bulan, cuma lagi 3 bulan akan sampai ke peringkat tuai. RM 0 hasil musim ini ( musim ketiga). Pada mulanya aku jangkakan akan mendapat hasil yang agak tinggi jika dilihat kepada pembiakan halia didalam polibag.  Nampaknya, aku terpaksa beralih kpd tanaman kontan untuk menampung cash flow untuk kesinambungan hidup.  Segalanya datang dari Allah. Terima saja dengan hati yang tabah.  Julai 2021.

Mencuba menyemai durian

 Tiba tiba timbul pulak minat untuk menyemai anak durian, samada untuk ditanam ataupun untuk dijadikan pokok penanti. ada banyak juga video video yang aku tengok tentang proses menyemai anak durian ni. ni ada beberapa biji durian yang aku dapat dari pokok di tepi rumah dan juga pokok jiran. didalam polibag kecik tu, biji daripada pokok ditepi rumah. kemungkinan benih ini akan aku tanam terus ke tapak nanti kerana isinya yang sangat elok.

Rescue ops: halia bentong

Dah mula sikit buat rescue ops untuk selamatkan halia bentong daripada terus musnah akibat reput ubi. Ternyata, semasa proses membuang media, mana mana yang ada masaalah reput ubi ini berpunca drpd air yang bertakong dibahagian bawah polibag. Mungkin disebab lubang yang terlalu kecil. Jadi sebagai jalan penyelesaian, aku membuang semua media, dan menggantikan dengan media yg sudah kering. Dan juga aku tebok lubang yang lebih luas utk mudahkan aliran air keluar.  lepas tu, aku cuba lapik polibag ni supaya ada ruang untuk air mengalir keluar daripada polibag. buat masa ni aku guna buluh buluh dan juga besi channel, ikut mana yang sempat. satu lagi aku ikat daun daun halia yang panjang supaya ada ruang untuk sinaran matahari.  aku rasa, selain disebabkan masalah air bertakong, masaalah ni juga berpunca daripada baja yang aku tabor selepas aku balik bercuti panjang. aku ada tengok di youtube, kalau musim hujan, dilarang membaja NPK kerana kandungan 'N' yang tinggi akan merosakkan ...

perkembangan tanaman: halia bentong

Setelah beberapa hari aku cuba menghindarkan diri drpd kebun halia, kerana amat sedih dgn mala petaka yg menimpa. Hari ni aku memberanikan diri utk menghampiri tapak tanaman halia. Rescue terpaksa dibuat .. dgn beberapa cara secara percubaan: 1. Buang semua media ganti baru 2. Selamatkan yg masih elok dan tanam ditempat lain 3. tebok lubang lebih luas pada polibag..

jun 27 : perkembangan kuchai

Perkembangan pokok pokok kuchai yang baru ditanam agak menarik. Kelmarin aku bubuh ayaq larutan baja lebihan daripada baja yang aku guna untuk pokok lada hitam dulu. Baja baja ni aku bancoh sebagai stok, dan aku tambah air semasa hendah menyiram. Aku tak guna alat ukuran pun masa aku bancoh larutan baja tu. ada yang kata kuchai ni bubuh larutan baja urea pun dah ckup.. 

Tanaman halia di serang reput ubi

 Hari ni jun 26, keadaan reput ubi tidak pulih spt yg diharapkan.  Sebagai jalan penyelesaian, yg mana dah kemerahan tu akan dibuang media dan bhg yg reput akan dibyang, yg elok akan ditiinggalkan dengan media yang baru. Keadaan ini disebabkan taburan hujan yg byk yg menyebabkan air bertakung didalam polibag, walaupun menggunakan media sekam bakar. June, 26 

Tanaman kontan

 Entry: Jun 2021 Semenjak aku bertani, memang aku dok pikiaq jugak untuk menanam tanaman kontan, sebagai penyumbang dana. Tapi aku masih belum berani untuk memulakan aktiviti tanaman kontan ni mungkin belum terbuka hati. Ada jiran didepan rumah aku di kebun ni, dia syorkan aku tanam kuchai, kerana lebih mudah dan juga lebih kerap untuk dapat hasil. Dia cadangkan aku pi ambik benih dari adik dia di kg alor belat tu, yang jugak tanam kuchai.  Akhirnya, sudah lebih setahun dok pikiaq pikiaq, akhirnya aku pi jumpa adik dia di alor belat tu. jadi bermula laa sessi tunjuk ajar serba sedikit ilmu menanam kuchai. Aku minta beli benih . Ada dalam 10 polibag jugak yang aku bawak balik untuk permulaan. Gambar dibawah ni, adalah gambar di tempat dia. 

Kuasa Solar

Percubaan aku utk guna kuasa solar untuk kegunaan letrik dikebun agak kurang menyenangkan. Mungkin kerana kurang bateri dan juga solar panel yg tidak mencukupi. kali ini, dengan modal tambahan, aku membeli 4 solar panel, 2 bateri , 1 mppt charge controller dan 1 ups inverter dan juga 1 generator kuasa petrol sebagai bantuan. Tangki tangki air pun aku sudah ubah ke tempat yang lebih selesa supaya dapat menampung air yang lebih efisen. Aku juga sudah menggali satu telaga sedalam 40kaki. Asalnya kontrektor berjanji untuk korek sedalam 60 kaki, tapi cuma berjaya 40 kaki kerana peralatan yang digunakan tidak upaya menembusi batu batu dibawah tanah. I

Masjid Lapan Kubah

Semasa aku sampai di terengganu, masa tu jam dah pokoi 12 malam. Cadang nak cari tempat tepi pantai nak pacak kemah. Mula mula pi ke pantai Air Tawar. Dah pusing pusing, kawasan pun gelap ya amat sangat, nak cari tempat pun tak tau kat mana, aku cuba ke tempat lain ke Pantai Bukit Kluang. Keadaan pun sama. Tak dengaq pun bunyi laut. Keadaan memang gelap sungguh. Masa tu, jam dah pulul 1:30 pagi. Aku pun tak rasa mengantuk lagi. Aku ingat elok laa aku jalan jalan cari rumah sahabat aku, Aziz, riki riki dulu area rumah dia, eaok senang aku nak pi. Dah jumpa rumah dia, patah balik ke arah bandar tu. aku ambik keputusan, untuk stop tidor kat station minyak petronas saja. Kebetulan masa aku stop utk parking kereta, ada jugak lori yang sudah puan landing tidor kat situ. Aku park laa sbelah lori tu. Sampai waktu subuh aku dengar mengaji dari masjid yang dekat situ. Aku pun google untuk cari masjid area situ. Kebetulan keluar dalam list tu Masjid Lapan Kubah tak jauh dari situ. Ok laa, aku tal...

Pandan Laut beach resort

 Aku menginap di resort ni atas pelawaan seorang sahabat yg kebetulan pulak tu kenalan kpd tuan empunya resort. Lepas check in, aku maklumkan pada sahabat aku (uma wanmat) dan dia mai sebelah petang. Kami sembang sembang di luar chalet, kemudian empunya resort tu join sekali sebelah malam tu, sembang sembang sampai ke larut malam.  Kebetulan pulak empunya resort tu, kenai kebanyakan rakan rakan sebaya aku semasa diKIK dulu. Jadi tak laa kekok sangat bersembang. Empunya resort buka cerita tentang cerita dia dari mula mula membangunkan resort tu. Pada yg belum sampai ke sini, area ni di panggil Rhu 10. Oct 2020

Coretan Hidup

Hello catitanKu, sudah lama aku tak melawat dan mencoretkan di muka ini semenjak ada  facebook aku lebih rajin kesitu sampai rasa segan dan malas nak coretkan kat sini. Hari ni oktober 22, 2020. Hari ni aku ada di daerah Setiu, di sebuah resort, Pandan Laut Beach Resort. Resort ni cantik dan kemas, tepi laut dan pantai pun cantik. Apa yg menarik pasai resort ni, aku duduk percuma. Ada sorang sahabat yg dah tempah untuk aku. Rakan satu kolej jugak, nama fb (uma wanmat). Sebenarnya ini pertama kali aku menginap di resort ini. Uma wanmat, kebetulan sahabat rapat empunya resort. Sebenarnya, aku memang nak sangat mai ke terengganu untuk menikmati bunyi ombak mengempas diri ke pantai. Bagi aku, bunyi ombak menghempas ke pantai memberi suatu ketenangan dan kepuasan untuk aku.  Aku lebih suka kalau aku pacak kemah di tepi pantai daripada menginap di bilik chalet. Tetapi mungkin kerana kekurangan kemudahan spt bilik air, jadi terpaksa laa duduk di chalet. Oct 2020

Lagi ceghita pasai grabCar - Penumpang Tertinggal Barang.

Hari tu, masa bawa penumpang ke satu destinasi, salah seorang daripada penumpang bagi tau ada orang tertinggal barang di tempat duduk belakang, aku pun ambik barang tu dan simpan dalam glove compartment. Aku pun tak tau sapa yang tinggal benda tu, sebab aku pun tak check tempat duduk bila penumpang turun. Lepas dua hari, aku terima panggilan daripada Customer Service Grab, katanya ada penumpang yang beritahu dia tertinggal barang (PSP ) dalam kereta, aku beritahu CS tu, memang secara kebetulan benda tu ada disitu, dan nasib baik tidak diambil oleh penumpang lain. Aku suruh CS tu beritahu penumpang berkenaan contact aku untuk memulangkan barang yang tertinggal itu. Itu laa serba sedikit yang aku lalui tempohari.

Pengalaman pertama grab/uber

Aku masih berkira kira bila nak start drive utk uber/grab ni, pasai aku masih dok takut gabra gelabah tak tau mcm mana reaksi penumpang, line internet dan mcm mcm lagi. Aku pilih utk pecah rasa takut ni dengan mula utk dapatkan penumpang dari lapangan terbang KLIA. Dah siap isi minyak penuh penuh , aku pun terus drive ke kawasan menunggu yang di sediakan di lot yg diberi nama Landside Operation, bila masuk saja kawasan tu, secara otomatik sistem grab akan mengesan kehadiran pemandu dan meng'assign' nombor Q utk giliran mengambil penumpang, jadi pemandu tak perlu berebut rebut utk parking ditepi jalan. Jantung aku masij dok bok bak bok bak tak tau mcm mana nak hadap sistem ni, kali pertama laa, kata kan.. Aku pun stop dan matikan enjin, tiba tiba dapat text message  notification .. GRAB: Selamat Datang ke KLIA. Nombor giliran anda untuk: GrabCar adalah antara 891 hingga 900. Tuuu dia banyaknya Q ...... dah la pertama kali, kena slap dengan Q mcm tu .. Bersambung dilain ka...