Skip to main content

Julai 2022 - 2

xpedisi ke Sarawak dan Sabah - persediaan

macam besa oghang kata, kita nak buat sikit sikit selidik sebagai persediaan, terutama dari segi pengangkutan dan penginapan.

baghu saja dapat berhubung dengan satu company yang buat shipping kenderaan dari Port Klang ke Sabah dan Sarawak..

Saya masih membuka peluang ni dekat sapa sapa yang terasa nak join xpedisi saya ni.. boleh contact saya di email azizansaid@gmail.com


Ini adalah plan asai perjalanan darat, tapi lepas bertanyakan orang orang yang biasa hidup di Sarawak, laluan yang berwarna jingga tu agak sukar dan mungkin tidak ada jalan atau laluan langsung.. Mungkin aku terpaksa me'revise' laluan yang di cadangkan tersebut..

Kemarin aku pi jugak ke kedai buku MPH cadang nak cari peta Atlas, malang nya laa ni dah tak dak dah buku peta yang dicetak dan di jual .. mana pi buku buku peta yang dulu dulu..

Aku bercadang untuk mencari sebuah motosikal yang boleh digunakan untuk tujuan ini, mungkin motosikal jenis off-road lebih sesuai untuk tujuan berjalan jalan seperti ini kerana keadaan muka bumi yang tidak mempunyai kemudahan jalan raya.

... akan bersambung lagi ..

hari ni (april 13)  terima berita dari gogosabah (syarikat yg menyediakan sewa motor) .. 

gogosabah cuma menyewa motor mereka untuk tujuan lawatan di sabah sahaja.. 
antara messagenya berbunyi .." .... 2 weeks is enough for you to travel around Sabah. There is two place best for long term travel and that is Maliau basin ( Sabah's Lost World ) and Danum Valley Those are the best nature safari is Sabah..." 

kalau mengikut map .. Maliau berada di tengah tengah Sabah ..  jadi perancangan perlu dibuat supaya aku tidak tertinggal tempat tempat yang lain ..








Comments

Unknown said…
semoga berjaya in sya AlLah!
Unknown said…
semoga berjaya in sya AlLah!
xan said…
This comment has been removed by the author.

Popular posts from this blog

Julai 2022 - 2

​ Sampai di jetti Tekek, kena naik 4x4 merentas bukit untuk ke penginapan Bushman Chalet yang terletak di sebelah timur pulau. Perjalanan dari jetti Tekek ke chalet mengambil masa dalam 20 minit meredah hutan, naik bukit dan turun bukit ke kws penginapan di sebelah timur.

Cycle To Work

Haghi ni aku tak bawak kegheta pi keghja, aku cuba terai kayuh beskal laa pulak, tapi yang jadi masalah , tempat keghja tak dak tempat nak letak beskal, tak kan nak tambat beskal dekat pokok kot. Aku dulu aku tambat kerbau dekat pokok .. last last sekali lagi senang bawak saja masuk pejabat, letak tepi meja ..nah kauuu .. lagi senang.

Bulan Puasa

Bulan puasa nii kurang sikit masok ke blog, tak dak masa. siang keja dan kurang energy. mlm pulak kenyang dan mengantuk lagi kurang energy. bulan posa ni, ada kawan kawan yang berminat utk jadi host utk buat tarawih di rumah rumah depa. Jadi aku dan beberapa kawan giliaq giliaq pi ghumah ke ghumah buat tarawih. Buat tarawih di ghumah ghumah ni lagi ok dari buat di masjid, pasai lepas taraweh , boleh makan dan dok sembang sembang dan makan lagi dan makan dan makan dan makan. Masak sama sama, makan pun sama sama. Dalam gambaq ni sdr Azmi tunjuk skill dia masak koew-teow kerang, sdr Fazli jadi apprentice.