Skip to main content

Julai 2022 - 2

سلامت هاري راي.. Selamat Hari Raya 2013

Pertama sekali , Selamat Hari Raya Eidil Fitri 2013 untuk semua yang terjumpa blog ini. Semasa aku menulis entry ini, ini malam raya eidil fitr 2013 bersamaan Khamis pukul 3 pagi.
Aku dah tidoq awai, jadi laa ni dah tak boleh nak tdoq sbb dah tak ghasa mengantuk dah.

Dok teringat pada arwah mak dan pak yang telah kembali ke rahmatullah beberapa tahun yang lalu, sekalong doa untuk arwah mak dan pak, Rabbiqfirli Walidaiya, Warhamhuma kama rabbayani soghira .. Ya Allah ampunkan lah dosa aku dan dosa kedua ibu bapa ku , dan jagalah mereka seperti mereka menjaga aku semasa kecil dulu, Amin.

Aku sebenarnya dok pikiaq pikiaq, tenang tenang ( sebutan tay nang ) untuk buat ride solo pusing semenanjung tanah melayu. Aku dok google, ghamai jugak yang dah ride solo, seghonok jugak, aku pun tiba tiba ghasa macam nak buat jugak, ride solo. Tak tau sama ada aku masih bertenaga untuk buat pasai umoq aku pun dah masuk 55 tahun. Tapi walau macam mana pun, kita jangan jadikan umoq sebagai satu penghalang atau alasan untuk tidak berbuat sesuatu. kata oghang puteh 'age is not a factor'.

Aku sekarang masih dalam peringkat membuat survey , bahan bahan bacaan mengikut pengalaman depa yang pernah ride solo.

Sebagai persiapan awai, aku dah buboh kat motor aku :
1. 12v power socket,
2. GPS mount
seperti dlm gambaq ni.
dan inilah motor yang aku cadang nak bawak naik pi ride solo tu.



Comments

said said…
ada beberapa orang bekas KIK dan ITM dah jadi orang kaya raya. minta depa tu sposor petrol. kalau guna petrol PETRON tentu boleh dapat potong income tax punya. cuba la
said said…
ada beberapa orang bekas KIK dan ITM dah jadi orang kaya raya. minta depa tu sposor petrol. kalau guna petrol PETRON tentu boleh dapat potong income tax punya. cuba la

Popular posts from this blog

Lagi ceghita pasai grabCar - Penumpang Tertinggal Barang.

Hari tu, masa bawa penumpang ke satu destinasi, salah seorang daripada penumpang bagi tau ada orang tertinggal barang di tempat duduk belakang, aku pun ambik barang tu dan simpan dalam glove compartment. Aku pun tak tau sapa yang tinggal benda tu, sebab aku pun tak check tempat duduk bila penumpang turun. Lepas dua hari, aku terima panggilan daripada Customer Service Grab, katanya ada penumpang yang beritahu dia tertinggal barang (PSP ) dalam kereta, aku beritahu CS tu, memang secara kebetulan benda tu ada disitu, dan nasib baik tidak diambil oleh penumpang lain. Aku suruh CS tu beritahu penumpang berkenaan contact aku untuk memulangkan barang yang tertinggal itu. Itu laa serba sedikit yang aku lalui tempohari.

Julai 2022 - 2

​ Sampai di jetti Tekek, kena naik 4x4 merentas bukit untuk ke penginapan Bushman Chalet yang terletak di sebelah timur pulau. Perjalanan dari jetti Tekek ke chalet mengambil masa dalam 20 minit meredah hutan, naik bukit dan turun bukit ke kws penginapan di sebelah timur.

Cycle To Work

Haghi ni aku tak bawak kegheta pi keghja, aku cuba terai kayuh beskal laa pulak, tapi yang jadi masalah , tempat keghja tak dak tempat nak letak beskal, tak kan nak tambat beskal dekat pokok kot. Aku dulu aku tambat kerbau dekat pokok .. last last sekali lagi senang bawak saja masuk pejabat, letak tepi meja ..nah kauuu .. lagi senang.