Skip to main content

Julai 2022 - 2

pheeww ..

dah banyak haghi dah dok cuba nak login ke blog page, ni baghu laa dapat masuk.
Blog.com dah tukaq pulak page layout tu, laa ni dah tak dak pulak login punya link dan jgak dashboard punya page tang situ. Sapa punya bodoh yg design pun tak tau.

Ni pun nasib baik dok google around, dapat juga link utk login. Ppphhheewwwww ..lega.

Dah blog blog yang lepaeh lepaeh dok ceghita pasai weather. Ingat yang akan datang, nak cerita pasai lain pulak kot, boring dah dok ceghita pasai weather saja.

Apa kata aku dok ceghita pasai teknoloji kaa, ataupun apa saja selain dari weather.
Aku laa ni tengah dok excited, pasai laa ni dok buat online ebay trade. Nak tau macam mana?.
Mula mula dulu, dalam dua tiga bulan ada orang contact aku dia tanya samada aku mau dak list barang dia dekat ebay, lepas tu profit kami bagi berdua ikut percentage laa, barang barang tu dia (tuan barang) akan ship barang barang tu ke pembeli setelah aku confirm dengan dia yang aku dah terima pembayaran, baru aku hantar dia punya profit portion.
Mula mula aku dok imagine, ok laa, senang punya kerja, list barang lepas tuu tunggu payment dari pembeli, lepas tu bagi dekat tuan barang kata payment dah confirm, -- settle.

Barang barang yang aku jual adalah seperti Disney's DVD yang berbagai title.
Jangan sekali kali pandang mudah kerja sales ni, bukan senang jugak, sebelum nak list barang barang ni (DVD) ni, aku kena juga tau pasai title DVD tu, ataupun description tentang barang barang berkenaan, kena kumpulkan graphic images, kena juga tahu berapa nilai patut di listkan dan juga berapa patut nak charge untuk harga shipping, semua tu bukan satu tugas yang mudah, walaupun pada mulanya nampak macam senang. Kemudian tu pulak, kena pulak berhadapan dengan bakal bakal pembeli yang akan bertanya bermacam macam soalan tentang DVD tersebut sebelum depa nak beli. Kemudian tu pulak , ada yang dah beli DVD ni, dah pun terima DVD ni, ada pulak yang tak puas hati, ada yang nak pulangkan balik untuk dapatkan refund. Jadi disini, aku perlu bersikap lebih professional melayan kerenah pelanggan yang bermacam jenis, semata mata untuk mendapatkan pelanggan yang berpuas hati dengan layanan dan juga service yang aku berikan. Kemudian tu pulak, untuk menarik lebih ramai pelanggan, aku kena pulak memberi feedback tentang pelanggan yang baru selesaikan urusan jual beli tadi, dan sebagai balasannya, pelanggan tersebut akan membalas feedback untuk aku pulak, dan semua feedback ini akan dibaca oleh lain lain pelanggan yang hendak berurusan dengan aku untuk product product yang aku listkan.
Satu kerja yang mulanya nampak macam mudah, menjadi satu kerja yang rumit yang memerlukan perhatian yang sepenuhnya.
Sekarang ini, feedback yang aku terima agak menggalakkan. Aku rasa sebab aku bertanggung jawab memberikan layanan yang baik untuk pelanggan seperti mana aku mahu penjual penjual lain melayan aku apabila aku pulak menjadi pelanggan.

Comments

Popular posts from this blog

Lagi ceghita pasai grabCar - Penumpang Tertinggal Barang.

Hari tu, masa bawa penumpang ke satu destinasi, salah seorang daripada penumpang bagi tau ada orang tertinggal barang di tempat duduk belakang, aku pun ambik barang tu dan simpan dalam glove compartment. Aku pun tak tau sapa yang tinggal benda tu, sebab aku pun tak check tempat duduk bila penumpang turun. Lepas dua hari, aku terima panggilan daripada Customer Service Grab, katanya ada penumpang yang beritahu dia tertinggal barang (PSP ) dalam kereta, aku beritahu CS tu, memang secara kebetulan benda tu ada disitu, dan nasib baik tidak diambil oleh penumpang lain. Aku suruh CS tu beritahu penumpang berkenaan contact aku untuk memulangkan barang yang tertinggal itu. Itu laa serba sedikit yang aku lalui tempohari.

Julai 2022 - 2

​ Sampai di jetti Tekek, kena naik 4x4 merentas bukit untuk ke penginapan Bushman Chalet yang terletak di sebelah timur pulau. Perjalanan dari jetti Tekek ke chalet mengambil masa dalam 20 minit meredah hutan, naik bukit dan turun bukit ke kws penginapan di sebelah timur.

Cycle To Work

Haghi ni aku tak bawak kegheta pi keghja, aku cuba terai kayuh beskal laa pulak, tapi yang jadi masalah , tempat keghja tak dak tempat nak letak beskal, tak kan nak tambat beskal dekat pokok kot. Aku dulu aku tambat kerbau dekat pokok .. last last sekali lagi senang bawak saja masuk pejabat, letak tepi meja ..nah kauuu .. lagi senang.