Skip to main content

Julai 2022 - 2

Blizzard 2011

Tahun ni, 2011, bulan Feb 2 hb, mula lagi sejarah salji yang teghok di kawasan midwest terutama kawasan Chicago.
Masa aku mula mula mai sini dulu, tahun 1999, jugak salah satu daripada sejarah salji yang teruk disini.
Macam biasa , disini ada satu saluran dekat tv yang memang dok ceghita pasal cuaca, depa panggil Weather Channel. depa ni memang tak dak keja lain dok cerita pasal cuaca 24 jam sehari. Jadi daghi awai lagi kami memang dah tau yang ribut salji akan mai. Jadi kami disini pun dok tunggu saja dighumah, sekolah sekolah pun semua dah umum akan tutup untuk 2 haghi, kapai terbang pun banyak yang kansel penerbangan depa. Rasa macam semua dah sedia dok tunggu. Pejabat pejabat pun ada yang balik kakitangan depa balik awai. Tu pun ada yang tak dan nak sampai ghumah, ada yang tesangkut di tengah jalan. Yang lagi teruk lagi, ialah di Lake Shore Drive dekat Chicago. Lake Shore Drive ni, ialah jalan di tepi Lake Michigan. Aku tengok berita, ada yang tersangkut di Lake Shore Drive tu, sampai berjam jam, dan ada yang terus tinggalkan kereta disitu sebab sudah tak boleh nak jalan, jalan menjadi licin, kerana salji terlalu tebai.
Kami, pun hilang internet selama 2 hari, sebab menurut Comcast ( syarikat yang sediakan khidmat internet), depa punya elekrik terputus selama 2 hari.
Semasa ribut salji selama 2 malam tu, aku dapat ghasa macam satu pengalaman yang ngeri, malam yang sungguh sunyi, angin yang kuat sampai 60 batu sejam. Aku tak pernah tengok jalan depan ghumah aku yang sunyi macam 2 malam tersebut.
Walaupun teghuk macam ni, aku masih bernasib baik jika dibanding dengan depa yang terpaksa bawak kereta dalam salji tebai, aku dengaq dekat radio, ada yang terkandas di jalan Lake Shore sampai ada yang terus tinggai kereta depa disitu dan balik ghumah. Di jalan depan ghumah kami pun tak dak oghang yang bawak kereta sampai 3 haghi pasai semua tak mau caghi penyakit kalau kegheta tesangkut di tengah jalan. Sampai lebih 2 minggu baghu keadaan balik ke keadaan normal. Normal untuk musim winter.


semua orang cuma clearkan walk-path kat depan apartment masing, terlalu banyak salji nak sodok semua.
besi empat segi tu, tinggi lebih kurang 2 kaki ( paras pinggang). bermakna salji tu pun paras pinggang. cadang mula tu nak cuba clearkan jalan untuk cukup pi buang sampah, bila dah tengok tinggi macam ni, tak jadi nak buat.
kena clearkan dulu salji salji didepan kereta sebelum salji salji tu mula keras, kalau tak, lagi susah nak keluar kereta dari parking-lot.
ini pandang dibelakang rumah, dekat garaj, dan tempat buang sampah. tong sampah tu setinggi paras dada.

Comments

Paktehbabatok said…
This comment has been removed by the author.
Paktehbabatok said…
Jan,gegham campoq seghonok punya pasai, dpt jumpa hang di sini,aku pun baca la sampai habih semua entri hang dlm bloq ni,rasa lega skit,jan lama sungguh hang pi meghantau,pakai dok sana teghuih ka?
xan said…
Bari.. hang baca sampai habeh entry aku..tuuu dia aehhh.. boleh mentalaah laa noo ... hang kami dok invite masuk FB awat tak jawab. depa kata nak buat reunion.
aku tak dok sini teghuih.. aku mai sini nak bagi anak aku sekolah sini, pasai sekolah sini baguih sungguh. tahun ni aku balik i/allah.

Popular posts from this blog

Grab Uber

Laa ni ghamai dok buat part time bawak grab dan uber untuk duit tambahan belanja rumah Kawan kawan yang dok buat depa habaq boleh laa dapat dua ratus ke tiga ratus sehari , tuu pun kira bawak dari pagi sampai petang .

Keghja daghi ghumah (Work From Home )

Haghi ni aku tak pi keghja pasai sakit peghut. agak kemaghin aku masak sambal kurang masak betoi kot. bini aku pesan, kalau nak sambal kena tumeh sampai pecah minyak baghu laa elok. Tapi mana ada masa nak tunggu sampai pecah minyak .. lambat laa. Satu yang seghonok di sini (US) , kalau kita sakit kita habaq dekat boss kata kita tak pi opis , kita habaq kita keghja dari ghumah saja, tak gadoh nak pi jumpa tuan doktor mintak MC, depa main percaya saja. Tapi aku ghasa kalau di Malaysia boleh amal mcm nii alamat laa opis tak dak oghang, semua nanti bagi alasan keghja daghi ghumah,, balo'q liat semua !!. Tapi ... keghja daghi ghumah nii bukan senang jgak, kena banyak disiplin dan sabaq, pasai banyak sangat yang dok kacau, sat lagi posmen mai ketuk pintu, oghang FedEx laa, UPS laa, ada yang nak tanya jalan pun ada, tukang baca meter laaa .. adooii mcm mcm. Sebut pasai keghja daghi ghumah nii bukan semua jenis keghja jgak yang boleh buat mcm tuu, tapi mcm keghja aku tak paa la.. yang pen

Julai 2022 - 2

​ Sampai di jetti Tekek, kena naik 4x4 merentas bukit untuk ke penginapan Bushman Chalet yang terletak di sebelah timur pulau. Perjalanan dari jetti Tekek ke chalet mengambil masa dalam 20 minit meredah hutan, naik bukit dan turun bukit ke kws penginapan di sebelah timur.