Skip to main content

Julai 2022 - 2

Winter 2010

laa ni dah pun masuk musim winter, snow pun dah banyak. Kalau winter tak dak snow, macam winter tu tak sempurna. Snow dah mula turun sejak 2 minggu lepaeh. Ingat hujung minggu ni kami sekeluarga dan juga si Arep adik beradik nak pi ke utara Michigan dekat Boyne Mountain, nak pi main ski. Tempat tu tak jauh sangat dari Chicago, cuma drive lebih kurang 5 jam saja kot.
Ini bukan kali pertama kami kesini, tahun-tahun yang lepas pun kami dah pi dah tempat ni, dah jadi macam tempat winter vacation untuk kami pulak.

sekian dulu untuk entry kali ini ..

Comments

the3malaysian said…
oo..si arip pn p jugak. dia tu bagus budak tu.
xan said…
mmg bagus..kalau sapa sapa nak buat menantu ..mmg bolek rkemen sgt sgt

Popular posts from this blog

Cycle To Work

Haghi ni aku tak bawak kegheta pi keghja, aku cuba terai kayuh beskal laa pulak, tapi yang jadi masalah , tempat keghja tak dak tempat nak letak beskal, tak kan nak tambat beskal dekat pokok kot. Aku dulu aku tambat kerbau dekat pokok .. last last sekali lagi senang bawak saja masuk pejabat, letak tepi meja ..nah kauuu .. lagi senang.

Jadi Host

macam tahun tahun yang sudah sudah, bila sampai musim ghaya , ghamai pelajar pelajar yang akan datang beghaya di rumah rumah pegawai MSD disini (Chicago) dan kebiasaan nya pelajar pelajar ni akan juga datang beghaya ke ghumah kami, walau pun kami tak kerja di MSD. tapi kami tak ambik kisah pasai tu, kami anggap depa ni semua macam anak anak kami jugak. Kesian jugak dekat depa, ada setengah dah lama tak makan masakan mak depa. jadi masa mai ke rumah kami , kami jamu laa depa semua. tak kisah laa sangat pasai duit kupang. Tu pasai ada pelajar pelajar yang dah biasa mai ghumah kami depa tak ghasa segan bila nak makan.

Bulan Puasa

Bulan puasa nii kurang sikit masok ke blog, tak dak masa. siang keja dan kurang energy. mlm pulak kenyang dan mengantuk lagi kurang energy. bulan posa ni, ada kawan kawan yang berminat utk jadi host utk buat tarawih di rumah rumah depa. Jadi aku dan beberapa kawan giliaq giliaq pi ghumah ke ghumah buat tarawih. Buat tarawih di ghumah ghumah ni lagi ok dari buat di masjid, pasai lepas taraweh , boleh makan dan dok sembang sembang dan makan lagi dan makan dan makan dan makan. Masak sama sama, makan pun sama sama. Dalam gambaq ni sdr Azmi tunjuk skill dia masak koew-teow kerang, sdr Fazli jadi apprentice.