kami dah booking camp-site di sini untuk tidoq sini selama 2 malam. camp-site di Yellowstone ni ada bermacam macam kategory, ada kategory yang sediakan tapak kemah saja, ada yang sedia tapak kemah dengan tempat mandi, ada yang sedia tapak kemah dengan tempat mandi dan juga tempat sambung letrik. walau apa pun yang kita pilih, semua tapak kemah tu ada tempat untuk beghak. Tapi kalau tak dak tempat nak beghak, alamat beghak belakang pokok laa nampaknya. Satu yang menarik pasai tapak kemah ni ialah, sewa dia murah, satu malam cuma kena bayaq dalam $20 sahaja. Tapi bila kita duduk di tapak kemah, kita kena ikut peraturan dia; tak boleh hingaq, tak boleh buang sampah, bila malam lepas pukoi 10 malam diwajibkan senyap sepi. Jadi maknanya kalau nak bercakap masa tuu, kena bisik bisik saja, dan lampu pun tak boleh terang. Kami gunakan masa dua hari untuk jalan jalan di kawasan Yellowstones. Tarikan utama di Yellowstones ialah air pancut panas. pemandangan didepan tapak kemah kami. Ni laa kol...
Zan Aloq Belat - Jom kita sembang sembang.