Skip to main content

Julai 2022 - 2

Masuk Tahun Baru

sudah seminggu masuk tahun baghu..ni aku baghu nak mula tulis something. Minggu pertama dan kedua tahun baru ni memang sejuk sungguh, anak anak aku kata sejuk gila. Tak tau laa gila yang macam mana, tapi memang sejuk. Aku dok batuk dah 3 minggu tak baik baik lagi, dah habis macam macam ubat batuk aku langgah. Minggu lepaeh suhu jatuh sampai -30F = -35C, sejuk sampai ke tulanghitam, kata orang tua tua. Kalau dulu masa dok kampung, sejuk macam nii dok melengkaq macam ulaq sawa laa nampaknya. Tapi sini tak boleh buat peghangai macam tu , sejuk macam mana pun aktiviti kena jalan macam biasa jugak. budak budak tetap kena randok snow pi sekolah, orang pi kerja kena sampai tetap waktu kerja jugak, no-excuse kata oghang putih.
Ingat masa dulu, kalau lambat sampai sekolah, mula laa dok pikiaq macam macam alasan bodoh yang nak habaq dekat cikgu. Tapi cikgu ni pun memang dah biasa (dah laeh) dengan alasan budak budak, tak dan kita nak buka mulut lagi, dia dah jerkah .. haaa!!! hang ni pasai apa pulak ( buat buat sora garang )

Comments

Popular posts from this blog

Julai 2022 - 2

​ Sampai di jetti Tekek, kena naik 4x4 merentas bukit untuk ke penginapan Bushman Chalet yang terletak di sebelah timur pulau. Perjalanan dari jetti Tekek ke chalet mengambil masa dalam 20 minit meredah hutan, naik bukit dan turun bukit ke kws penginapan di sebelah timur.

Cycle To Work

Haghi ni aku tak bawak kegheta pi keghja, aku cuba terai kayuh beskal laa pulak, tapi yang jadi masalah , tempat keghja tak dak tempat nak letak beskal, tak kan nak tambat beskal dekat pokok kot. Aku dulu aku tambat kerbau dekat pokok .. last last sekali lagi senang bawak saja masuk pejabat, letak tepi meja ..nah kauuu .. lagi senang.

Bulan Puasa

Bulan puasa nii kurang sikit masok ke blog, tak dak masa. siang keja dan kurang energy. mlm pulak kenyang dan mengantuk lagi kurang energy. bulan posa ni, ada kawan kawan yang berminat utk jadi host utk buat tarawih di rumah rumah depa. Jadi aku dan beberapa kawan giliaq giliaq pi ghumah ke ghumah buat tarawih. Buat tarawih di ghumah ghumah ni lagi ok dari buat di masjid, pasai lepas taraweh , boleh makan dan dok sembang sembang dan makan lagi dan makan dan makan dan makan. Masak sama sama, makan pun sama sama. Dalam gambaq ni sdr Azmi tunjuk skill dia masak koew-teow kerang, sdr Fazli jadi apprentice.