Dah mula sikit buat rescue ops untuk selamatkan halia bentong daripada terus musnah akibat reput ubi. Ternyata, semasa proses membuang media, mana mana yang ada masaalah reput ubi ini berpunca drpd air yang bertakong dibahagian bawah polibag. Mungkin disebab lubang yang terlalu kecil. Jadi sebagai jalan penyelesaian, aku membuang semua media, dan menggantikan dengan media yg sudah kering. Dan juga aku tebok lubang yang lebih luas utk mudahkan aliran air keluar. lepas tu, aku cuba lapik polibag ni supaya ada ruang untuk air mengalir keluar daripada polibag. buat masa ni aku guna buluh buluh dan juga besi channel, ikut mana yang sempat. satu lagi aku ikat daun daun halia yang panjang supaya ada ruang untuk sinaran matahari. aku rasa, selain disebabkan masalah air bertakong, masaalah ni juga berpunca daripada baja yang aku tabor selepas aku balik bercuti panjang. aku ada tengok di youtube, kalau musim hujan, dilarang membaja NPK kerana kandungan 'N' yang tinggi akan merosakkan ...
Zan Aloq Belat - Jom kita sembang sembang.