Haghi ni, mola dah masa DST atau oghang puteh kata daylight saving time, masa di cepatkan ke depan satu jam, bermakna haghi tak cukup sejam, haghi ni saja, bukan tiap tiap haghi. Jadi perbezaan Chicago dengan Malaysia cuma 13 jam berbanding dengan 14 jam sebelum ni. Haghi 13 Mar / 12 Mar (waktu) chicago merupakan haghi gembira bersejarah utk kami di chicago dan juga di Malaysia, dimana kami cuba berhubung secara web conference untuk majlis pernikahan anak perempuan kami yang laa ni dok di malaysia. Walau pun kelajuan internet di Malaysia masih jauh kebelakang jika dibanding dengan kelajuan internet kami ( 30Megabit per second), kami masih dapat membuat web conference melalui skype walaupun tersangkut sangkut. dan dengan ada kemajuan teknoloji, kami dapat menyambung komputer kami dengan HDTV kami, jadi dapat kami menonton dengan selesa tanpa berkerumun depan skrin computer. Mungkin dimasa akan datang, kemajuan teknoloji di Malaysia tidak dibendung/dimonopoli oleh pihak pihak tertentu, k...