Skip to main content

Posts

Showing posts from 2009

Julai 2022 - 2

DIY - weekend mechanic

minggu lepaeh van aku buat ghagam lagi.. tak boleh nak start pasai sejuk sgt. tahun lepaeh pun jadi jgak macam tu. Cuba pi check dekat internet, memang masalah yang common utk van jenis ni. masalah dengan ignition switch dia. Tadi baghu pi dekat tempat potong-kereta ( junk-yard) pi caghi ignition switch .. mamat tu bagi setongkoi switch dengan wayar wayar sekali. Jadi minggu ni ( cuti awai tahun 2010) aku kena dok pomen benda ni, rongkah yang lama, lepaeh buboh yang 'baru' ni.

Community sites

pejam celik pejam celik, dah nak ujong tahun, lepaeh tu naik tahun baghu 2010. cepat sungguh masa bejalan. Aku peghnah baca satu article pasai keadaan bumi kita yang makin condong, akibat nya buat putaran bumi jadi cepat, kalau dulu kita ada 24 jam satu haghi, laa nii dah tinggai kurang dari 20 jam satu haghi. Aku pun dah lupa article tu.. tapi tak paa nanti kalau aku jumpa aku post link dia tang ni. Aku baghu jumpa artikel nii http://www.abovetopsecret.com/forum/thread74946/pg1 pasai bumi pusing makin laju .. Laa ni oghang dok sibuk pasai update community sites, laa ni yang dok jadi hangat ialah Facebook, sebelum facebook pun dah ada macam macam community sites macam friendster dan ntah apa apa lagi. Ada orang dok predict satu hari nanti mungkin email pun akan hapus, dan orang akan berkomunikasi melalui community website. Tapi kalau dah internet pun slow, mcm mana pulak. Ada kawan aku baghu baghu ni balik kampung ke Malaysia, dia habaq internet di Malaysia slow giler ( tu xpression o

Eid Adha Almubarrak

untuk semua, selamat menyambut hari raya eidil adha pada semua yang dok mai jengok tang ni. Kali nii..dah habeh modai nak tulih menatang apa pun tak tau. Tapi satu laa.. ghaya haji tahun ni dia jatuh sama dengan hari 'Thanks-giving'. Jadi berebut sakan laa kami, mana nak pi beghebut beli barang murah, mana nak pi semayang raya lagi. Jualan barang mughah sempena thanks-giving ni selalunya dia akan start pada jam 12 tgh malam, depa panggil midnite-madness, apa tak madness-nya... tengah malam buta dok pi beghatok depan kedai. Selalu bila thanks-giving kedai kedai ada juae ayam-turkey, jadi tahun ni kami pun cadang nak masak turkey jgak .. ada jgak kawan kawan hazwan dan aizat yang nak mai jgak .. ghaya sakan laa ghumah kami kali ni. Gambaq ataeh tuu.. turkey baghu nak perap ..belum masak lagii ...

Belajar skill baru

Aku pernah habaq dalam post yang lepaeh, aku nak belajaq blackberry application. Aku terjumpa satu tutorial kat internet, dia ajaq teknik teknik mula nak belajaq. Aku ikut arahan dia, memang boleh jadi apa yang dia ajaq situ. Disini lah kita dapat menafaatkan kemudahan internet, bukan setakat untuk meng'chat' atau IM , atau download lagu, tengok movie dan mcam macam lagi yang dapat kita menafaatkan dari internet.

laptop slow

kemaghin dok sembang sembang dengan kawan ni, ceghita punya ceghita , dia pun buka ceghita pasal pc dia slow nak mampus, dia minta tolong tengok kan pasai apa pc dia slow sangat. Dia dok sughoh tambah memory kot kot boleh bagi laju sikit. Aku habaq kat dia, bawak mai dekat aku buang 2 , 3 haghi kaa.. bagi masa dekat aku, aku boleh tolong ghodak mana mana yang patut. Tapi kalau dia nak cepat cepat aku habaq dekat dia ..pi hantaq kedai laa. Tu laa masalah oghang ni, bila sughuh kita buat kerja , nak kejan kejan sughuh siap cepat cepat, aku tau dah, kalau hantaq pi kedai pun depa ambik masa 2, 3 haghi jugak, dah tuu kena bayaq lagii .. Jadi pasai PC slow ni .. banyak remeh temeh nya ..nak kena check registry dia, nak kena tengok kot kot ada missing path ..aiieeesshhh macam macam lagi laa.. tu pasai kedai chas sampai beratus$$$ untuk buat kerja tu, bukan senangg. untuk weekend nii..aku ghasa aku kena dok kelebek PC tu . Ok laa.. untuk kali ni.

DST - Daylight Saving Time

Hari Ahad pertama dalam bulan November, kami mula DST - makna masa siang yang singkat, ataupun untuk lebih mudah paham, matahari cepat tenggelam dan naik lambat. Jadi utk itu kami semua jam akan diubah kebelakang satu jam, contoh kalau dulu pukoi 3, laa ni jadi pukoi 2, waktu magrib masuk jam 4 ptg. Daun daun pun dah mula luruh ..tak lama lagi dogoi laa.. lepaeh tuu winter balik ..

Cuba Skill Baru

aku dok tengok dekat website, ada software developer dok buat software utk iphone, blackberry dan boleh juae jgak, aku ingat nak cuba belajaq macam mana nak develop software untuk blackberry pulak. Bila aku dok google, ada jugak mamat mamat ni yg rajin dok bagi tau cara depa mula mula belajaq nak develop software tuk blackbery, elok jgak tuu. Bukan senang nak dapat ilmu percuma. Tadi aku baru download Java 2 SDK 4.7.0 utk cuba nasib dan ikut mamat tu punya tutorial . Walaupun aku dah berumoq lebih 50 tahun, tapi umoq tidak menghalang utk aku belajaq teknik terbaru.

Post Raya celebration

ghaya dah lama lepaeh, kueh ghaya pun dah tak dak dahh .. dah lama habeh. tapi oghang dok buat jamuan tak habeh lagi. Minggu lepaeh ada majlis perjumpaan ghaya utk pelajar pelajar malaysia anjuran MSD chicago. Kami cuma participate tolong masak satu jenis lauk untuk majlis tu. Minggu ni nampaknya ada makan lagi, ada kawan kawan baru dapat anak, jadi depa nak buat kenduri cukuq jambul dan juga aqiqah, dengaq kata nak buat marhaban sekali. Musim luruh baru nak masuk, daun daun pun dah mula nak tukaq kaler, dan tak lama lagi dogoi laa pokok tu. Sampai sini laa dulu...

Persiapan Raya

bila sebut pasai bersiap nak ghaya ni, mcm mcm benda yang kita dok buat, aku dok ingat kalau dok di Msia, bila dah dekat nak ghaya ni kelam kabut nak tempah baju ghaya, nak order kuih, nak beli tu, nak beli ni, nak mcm mcm nak, pendek kata semua nak yang baghu. Tapi bila dok jauh mcm ni, tak kisah sgt pasai nak beli beli semua tu, pasai orang pun tak kisah sgt apa yang kita dok pakai. Tahun ni, kami kacau dodoi lagi, tapi dengan kawan yang lain pulak, pasai kawan kawan yang dulu dah pun balik Msia, sapa sapa pun tak kisah laa, janji kawan. Aku ghasa kalau aku dok Msia, aku tak kan dapat merasa pengalaman kacau dodoi ni, pasai semua apa yang kita nak, kita boleh pi kedai beli saja, huluq saja duit , dapat laa. kalau tak huluq..haa kebuluq laa.

Lepas Posa ... kita ghaya

dok tak dok, pejam celik pejam celik dah nak habis dah bulan posa. Laa ni posa tak semegheyah macam masa posa zaman kita budak budak dulu masa zaman 60an. Dulu kalau dah dekat dengan time ghaya, malam malam budak budak dah main bunga api, main mercun, dan ada yang terlebih berani tu buat meriam tanah atau meriam buluh. Tapi budak budak masa dulu, kalau main meriam buluh pun tak laa sampai putus tangan, tak laa sampai yang mati, pasai kami dulu lagi terraa (hebat). tapi tu cerita dulu. Raya tahun ni ekonomi agak meleset, jadi kita bersederhana saja. walau macam mana pun.. aku nak ucap Selamat Hari Raya , Maaf Zahir Batin pada sapa sapa yang dok mai jengok blog aku nii. Pada sedara mara di kampung, aku juga pohon maaf kalau ada yang tersilap. Insya Allah kalau panjang umuq, lagi beberapa tahun kita dapat beraya sama sama.... ghasa tak sabaq nak balik.

Outdoor

pasai tak lama lagi dah nak posa, bila posa nak buat apa lagi .. tunggu masa buka posa laa . jadi sementara nak tunggu bulan posa, baiklaa dok pi keluaq. Jadi, kami dgn dua tiga keluarga pi heret kemah pi dekat dgn padang, buat kemah tang tu, sambil bakaq ayam. kalau dah bulan posa jangan haghap nak boleh buat macam ni dahh.

Berkawan biar seribu

Selalunya kami yg dok di tempat oghang ni, kawan-rakan jadi keluarga terdekat. Laa ni pulak musim summer, masa ni laa nak dok luaq ghumah. Sat ni bila mai musim sejuk dok dalam ghumah saja. Minggu ni, Azmi kata jom kita buat satay.!!! Ok laa tuu .. tang makan tu memang best, yang nak cucuk tu yang cemuih sikit. Hantam saja laa !!

Long Weekend

Minggu ni cuti agak panjang, pasai 4th July holiday. Dok ghumah pun dah mati akai, aku saja pi jalan jalan dengan bini aku ke sebelah utara Chicago, ke Wisconsin. Macam seluloi, aku selalu sedia dah camera dalam kereta, ambik laa apa apa gambaq sambil sambik dok bawak kereta tu, laa ni pulak ambik gambaq pun tak payah nak pikiaq pikiaq dah pasai bukan nak kena cuci filem macam dulu dulu. Kamera digital senang saja, tak suka gambaq tuu, delete saja. Ni salah satu gambaq yang aku tangkap masa nak potong lori angkut kereta. Dok pikiaq pikiaq , pandai pulak orang tu dok susun kereta macam ni. Ni laa oghang dok kata, kepakaran dan pengetahuan tu penting untuk buat satu satu kerja. Walau pun nampak mudah , tapi tak mudah kalau bukan bidang keja kita.

It's summer time once again

Ni entry aku untuk bulan Julai ni, bulan Jun yang sudah tu, banyak dengan cegheta suka dan duka, cegheta suka bulan jun: haghi-jadi (b/day) aku pun jatuh bulan jun, dapat hadiah daghi anak anak, T/Q kakak, wan dan yat, i love you all ada kawan tu dapat anak (dekat dgn harijadi aku jgak) Ikan Mas aku beteloq, tapi tak dan teloq teloq tu nak besaq, dah kena telan dengan ikan mas jantan tu pulak. ceeehhh!! ceghita yang duka tuu.. kita tok sah dok bubuh tang ni laa kot noooo !!. oghang pun tak mau dok dengaq cegheta yg tak seghonok. oghang tua tua kata, kwn utk seghonok tu ghamai, jadi kita bahaq yang seghonok saja laa. Memang dah adat bekawan, kalau kita nak bekawan, jgan dok asyik cegheta duka kita saja, lama lama kawan pun cemueh nak dengaq, las las depa cabut. Bulan julai ni kalau nak ikutkan kena musim panas, tapi dalam 2,3 haghi nii tak beghapa panaeh sgt, ok laa tak gaduh nak pasang air-cond, jimat sikit duit letrik. Sebut pasai jimat letrik ni, aku dok baca baca dekat internet, kit

My Other blog

aku ingat nak buka lagi satu blog .. saja gatai gatai .. address blog baru , http://weekender-xan.blogspot.com mcm dibawah ni. Aku ingat nak bubuh apa apa yang aku ingat nak buat masa lapang sebagai hobi.

Kemalangan Udara

minggu ni satu lagi kemalangan kapai terbang di tengah lautan Atlantik, dah lebih 3 haghi kapai terbang tu jatuh depa dok caghi tak jumpa jumpa jugak. Aku ingatkan negara negara maju ni ada semua alat alat elektronik canggih, depa boleh guna guna , tapi nak cari sebijik kapai terbang yang jatuh di tengah laut pun tak jumpa , jadi macam mana !!!!. Kalau depa pi Msia jumpa bomoh bomoh dekat kampung, aku ingat bomoh tu dok kata... kapai terbang tu kena sembunyi oleh 'oghang kecik', tu pasai tak jumpa. Minggu lepas, dekat newspaper ada berita pasai soghang student Msia di universiti Penn State mati dekat ayaq terjun, inna lillahi wa inna ilaihi rajiauunn. sedih pulak rasanya walau pun bukan kena adik beradik kita. Itu laa kalau dah malang nak buat mcm mana.. tapi budak budak ni pun satu jugak. dah ada papan tanda warning kata bahya dooookkk gatai jugak. Masalah manusia nii dia pantang kalau ada 'Jangan', 'dilarang', 'tidak boleh', ... semua tu macam di sur

Permainan Tradisi

Aku tak tau apa yang budak budak muda dan oghang oghang kat Msia dok buat bila masa lapang ? adakah depa dok melapok di kedai kopi dok sembang sembang politik atau sembang sembang angan angan nak kaya, atau pun dok nga-nga tepi jalan dok tengok oghang pi mai .. aku tak tau. Tapi kami disini, bila ada peluang bekumpoi ghamai ghamai tak dak lain .. dok pikiaq pasai nak main. Bukti nya cuba pi kelih gambaq sebelah tu.. ni anak anak aku dan kawan kawan main sepak-takraw.. punya laa terraa tengoklaa tuu kot belakang pun boleh badek jugakk... itu laa aktiviti masa summer nii..tak lama lagii nak winter... dok bekurung dalam ghumah pulakkk ..

Pandang Belakang

Bila sebut pasai simpan barang barang lama, atau pun 'preserve', aku ghasa tempat kita (di negara kita), kita tak banyak nak ambik usaha nak kekalkan benda benda lama ni.. selalu oghang akan biaq lapok sampai gheput. Haghi tu aku pi jalan jalan ke sebelah selatan, ikut jalan lama ( bukan Hway), aku lalu kot pekan lama ni, kalau kita tengok bangunan bangunan dia memang lama, tapi kedai kedai dlm bangunan tu semua kedai kedai baru, depa masih dok kekalkan bangunan tu, aku tak pulak tau berapa umuq bangunan tuu tapi kalau tengok harga Coca-Cola masa tu cuma 5 sen .. aku rasa memang lama laa ..

Flu babi

laa ni dok kelam kabut pasai selsema babi atau pun swine flu.. lepaeh tukaq pulak nama jadi H1N1( nak bagi nampak canggih dan tak bagi orang yang bela babi hilang pelanggan) pasai flu babi punya hal, pesta sukan midwest 2009 kena cancel, pasai takut selsema tu merebak. Bila nak merebak dia bukan kira orang, semua kena. yang makan babi pun kena, yang tak makan pun kena, naik sama bas pun kena, naik sama kapaiterbang pun kena, naik beskal pun kena, naik kereta pun kena, yang pangkat datok pun kena, yang tak dak pangkat datok pun kena, pendek kata bila taim macam nii, yang ada datok pun panik, yang ada tan sri pun panik, yang tak dak apa apa lagi panik ... hahahahaha padan muka kita.

Jiran sekeliling

selalunya bila kita nak pindah satu satu tempat, kita selalu kena dok pi jengok tempat tempat tu nak tengok macam mana kawasan situ dan jugak jiran jiran situ, laa ni dengan ada kemudahan internet kita dah boleh dok pi riki riki dulu dari jauh kawasan situ pasai dekat google map dah boleh tengok gambar kawasan tu.. umpamanya kawasan yang aku baru pindah ni.. kalau sapa sapa nak cuba jengok jengok pun boleh jgak .. ini kawasan rumah aku yang baghu pindah..ok jgak kawasan ni.. dekat dengan kedai kedai juae makanan halal .. (satu lagi.. gambaq dibawah ni boleh drag kelilin.. tekan button mouse dan drag kiri kanan ikut suka hati kot mana nak pi ..) View Larger Map

Bad economy . good price ..cheappppp

masa ni ekonomi memang tengah dok tak berapa menggalakkan, aku dok tengok dekat tempat aku dudok pun banyak rumah dan apartment yang tanda 'For Rent' lama kat situ.. ni makna dia ..tak dak oghang yang nak sewa, atau pun tuan rumah nak sewa mahai tapi tak dak orang yang nak sewa. Aku dok tengok-tengok jugak kalau kalau ada apartment offer sewa rendah, pasai aku pun nak jugak tumpang 'rezeki murah' . Hari tu masa aku di semejid , nampak iklan dekat papan-tanda tu, aku cuba cuba la contact tuan tu kot kot dia nak bagi 'murahhhhh'. Aku pun contact dia, dia kata .." mai laa tengok dulu , berapa aku nak bayaq ." macam tu laa lebih kurang makna cakap dia.. aku pun pi situ saja buat buat nak tengok .. dia offer murah jugak .. apa lagi bebbb .... sebelum orang lain kebas ..baik aku kebas dulu. Aku pun habaq dekat kata jadi ambik. Dia pun kata ok dan tak mintak pulak deposit pasai dia kata dia pecaya dekat aku. Bila orang dah pecaya dekat kita, kita kena laa &

Companies cutting cost

Oghang hilang keghja, kena beghenti, kena buang dan macam macam lagi, memang dah jadi macam satu benda yang di tunggu tunggu dengan penoh suspense. ada yang bila pi keja .. tup tup boss kata.." today is your last day .. " .. itu laa kata kata hikmat yang menakutkan oleh semua pekerja pekerja di US haghi ni. Disini pulak kalau depa (majikan) nak buang pekerja bukan gadoh nak kena habaq dekat surathabaq dah. depa buang macam tu saja, depa tak takut kalau kena saman dekat mahkamah buruh kaa atau mana mana, pasai selalunya majikan bila menggaji seorang pekerja dia juga kena bayar 'unemployment insurance' disamping kena juga bayaq gaji kepada pekerja. Jadi bila pekerja kena buang ..depa boleh saja tuntut unemployment benefit dari unemployment office. Tu pasai, majikan tak takut takut nak buang pekerja lebih lebih lagi bila ekonomi tengah merosot macam ni, tapi kalau pekerja tu sendiri yang tidak bagus, ini jadi peluang lagi baik utk buang pekerja. Itu laa kelainan dengan

Suka Pomen

aku ghasa sebutan 'pomen' ni tak ghamai yang tau kot. 'pomen' ni kalau bahsa oghang puteh dia kata 'repair' laa .. lagi satu sebutan ialah ghongkah ( rongkah) .. lagi dahsyat dari 'pomen'. ghongkah .. jahanam punah teghuih. macam tupai baiki labu laa .. makan pebaik makin tak jadi guna. minggu ni ..laptop aku buat hal lagi.. tempat letak lcd tu pulak yang longgak .. (hinge). aku dok google , memang masalah biasa hinge tu longgak, bila aku kelebek kelebek baghu laa tau,, rupa rupa nya dia punya tempat sangkut tu dah pecah, lagi satu masaalah lag, kena beli spare part utk tu pulak. bila aku pi google, yang heran tuu.. ada pulak makhluk yang dok juae part utk ni kat internet..laaa heran sungguh macam mana dia boleh tepikiaq nak juae part ni. jadi solution sekarang... ambik drill, koghek lubang, ambik dawai ..ikat saja... kedekut nak keluaq duit. end results ..works as new .

Pickup new skill

dalam entry yang lepaeh aku ada habaq yang kita hidup sini banyak bergantung pada ' free information on internet' . Dua tiga hari lepaeh laptop aku pulak buat hal, tempat cucuk power ( power konektor) dia longgaq. bila cucuk dia tecabut balik. aku dok search dekat google dia kata memang common laa masalah ni. bila dok pakai seluloi longgaq laa menatang tu. jadi aku ada 2 jalan saja, pertama hantaq kedai pi pebaik ataupun beli yang lain. dua dua tu memang kena kluaq duit (banyak). jalan yang ketiga pebaik sendiri,jalan yang last, lempaq buang tong sampah . jalan yang paling susah. Aku ni memang suka mencabar diri sendiri. aku dok pikiaq kalau si-mamat-mangkok-hayun yang di kedai tuu boleh buat pasai aku tak boleh buat. Jadi aku pun pi google cari cara cara nak pebaik power konekter tu. dah dapat download service manual , tugas seterusnya ialah meghongkah atau melondeh laptop aku supaya aku boleh solder buang konekter tu dari motherboard dan bubuh konekter yang baru. Aku pun dah

Public Transporation, public info

laa ni hidup kami tang ni, chicago, banyak dok gantung pada teknoloji maklumat, atau oghang kata dok gantung dengan internet dan computer. salah satu contoh ialah maklumat pasai pengangkutan awam, ia itu bas. sebagai contohnya laa ni dah boleh tengok jadual waktu bas dan pukoi beghapa bas tu nak sampai dekat bas stop yang kita dok tunggu. jadi bila dah tau pokoi beghapa bas nak sampai, senang laa kita . tak gaduh dok tunggu di pondok bas tu lama lama mcm dok tunggu pondok durian. Ada satu lagi yang menarik.. laa ni kita dak boleh tengok bas yang kita nak naik tuu dok dimana laa nii bila guna internet .... di map tuu dia tunjuk bas bas tu dijalanraya. Bas bas tu depa pasang alat GPS dan tracking sistem, jadi boleh tengok kalau bas tu berenti tang mana, atau kalau drebar bas ponteng kerja kaa, bawak tak ikut jadual ..dan mcm mcm lagi . cuba pi disini ( kalau boleh ) http://www.ctabustracker.com/bustime/map/displaymap.jsp. Bila dok tengok dan ghenung betoi betoi aku ghasa negera kita (ms

Future cars

minggu ni ada Chicago Auto Show, ghamai jugak oghang yang dok pi tengok kegheta kegheta yang baghu yang nak keluaq tahun depan. Yang menarik dekat auto show tu, baru laa ada kegheta kegheta yang jimat tenaga minyak. kalau dulu pengilang pengilang amerika tak mau juae kegheta kegheta yang kecik kecik yang jimat minyak, tapi laa ni dah beghubah sikit. nampak ada gaya gaya nak beghaleh ke arah nak kughangkan minyak. Bila dok pikiaq pikiaq ada lojik jugak pasai depa nii suka buat kegheta enjin besaq supaya telan minyak banyak. ghupa ghupa nya keghajaan depa dok ambik cukai atas tiap tiap gelen minyak untuk pembaikan jalan raya. jadi secara lojik,, kalau ghamai orang guna minyak, banyak laa duit yang dapat utk belanja pembaikan jalan raya. Jadi baru baru ni, bila jualan minyak dah kurang pasai orang tak berjalan sangat depa (kerajaan) dah mula panik pasai tak cukup duit maintain jalan. Jadi esok esok ni bila semua orang dah guna kegheta elektrik , depa kena pikiaq balik macam mana nak ken

Kemajuan technologi -3D

Haghi ahad yang lepas, hari kemuncak pesta football di US, depa pangge 'superbowl'. Masa tu berjuta juta orang US dok mengadap depan tv tengok football, memamg depa ni gila sungguh kalau tengok sukan tu. Masa tu laa pihak pihak tertentu cuba buat duit sebanyak mungkin, ada yang cuba juae tv besaq, ada yang juae minuman , popcorn, dan mcm mcm lagi, dan pihak pengiklan pun masa superbowl nii laa masa depan nak tunjuk iklan bodoh depa. Tapi untuk kali ni ada satu benda yang agak menarik .. ada satu iklan dalam 3D. Aku ghasa ni satu yang baru..bila boleh tgk iklan dalam 3D.. ini juga ada website dalam 3D .. http://www.intel.com/consumer/learn/intru3d.htm Bila nak tgk 3D..kena laa ada spek 3D .

Masuk Tahun Baru

sudah seminggu masuk tahun baghu..ni aku baghu nak mula tulis something. Minggu pertama dan kedua tahun baru ni memang sejuk sungguh, anak anak aku kata sejuk gila. Tak tau laa gila yang macam mana, tapi memang sejuk. Aku dok batuk dah 3 minggu tak baik baik lagi, dah habis macam macam ubat batuk aku langgah. Minggu lepaeh suhu jatuh sampai -30F = -35C, sejuk sampai ke tulanghitam, kata orang tua tua. Kalau dulu masa dok kampung, sejuk macam nii dok melengkaq macam ulaq sawa laa nampaknya. Tapi sini tak boleh buat peghangai macam tu , sejuk macam mana pun aktiviti kena jalan macam biasa jugak. budak budak tetap kena randok snow pi sekolah, orang pi kerja kena sampai tetap waktu kerja jugak, no-excuse kata oghang putih. Ingat masa dulu, kalau lambat sampai sekolah, mula laa dok pikiaq macam macam alasan bodoh yang nak habaq dekat cikgu. Tapi cikgu ni pun memang dah biasa (dah laeh) dengan alasan budak budak, tak dan kita nak buka mulut lagi, dia dah jerkah .. haaa!!! hang ni pasai ap