Skip to main content

Julai 2022 - 2

My Other blog

aku ingat nak buka lagi satu blog .. saja gatai gatai .. address blog baru , http://weekender-xan.blogspot.com mcm dibawah ni. Aku ingat nak bubuh apa apa yang aku ingat nak buat masa lapang sebagai hobi.

Comments

Detguaq said…
Semoga blog baru bro dpt memberi manfaat kpd pengunjung spt juga blog ni, InsyaAllah.
xan said…
Det,
teghima kasih dok mai jengok jengok ke blog saya.. hidupp det!!
Ekeng A/L Etong said…
Oleh sebab aku baru terjumpa blog hang, jadi aku dok selak tenguk arkibnya. Banyak yang aku dah baca. Syok jugak. Boleh tau kisah hang dok di tempat orang puteh.

Macam komen aku dulu la, aku tabik kat hang pasai masih guna bahasa tok nenek hang - bahasa Kedah. Hang ingat lagi nu? Banyak hang dok guna bahas Kedah kauuuuu.

Kot di sana pun hang dok kena sambai belacan dengan ikan sepat Kedah? Lepas tu dok menyorok dengan pulut nyior dengan ikan tamban kiat?

Popular posts from this blog

Grab Uber

Laa ni ghamai dok buat part time bawak grab dan uber untuk duit tambahan belanja rumah Kawan kawan yang dok buat depa habaq boleh laa dapat dua ratus ke tiga ratus sehari , tuu pun kira bawak dari pagi sampai petang .

Pemecah Batu Karang - Kidney & Gall Stone Breaker

Kali ini , aku nak bagi tau tentang satu ubat tradisional untuk mereka yang mengidap 'batu karang'. Ubat ini, ada lah buatan dirumah, bukan nya dibuat dikilang , bermakna barang ini menerima penghayatan dan tumpuan yang sepenuh dari pembuat. Khasiat dan kesan boleh dilihat dalam 24 jam selepas diminum derita sakit batu karang akan hilang, dengan izin Allah. Menakjubkan !! Macam tak percaya, !!, tapi alhamdulillah dengan izin Allah, inilah hakikat yang berjaya dialami oleh ramai pesakit setelah mengambil ramuan ini. Ramun ini dihasilak daripada beberapa herba dan rempah ratus terpilih dengan campuran sedikit cuka, garam dan air sebagai asas. Ia diadun daripada petua tradisional amalan turun temurun yang sekian lama dilupakan dan kini Home Formula menemuinya kembali dan menyediakannya dalam bentuk lebih mudah dan ringkas untuk diambil. Alhamdulillah, ia cukup berkesan kerana ramai yang mengambilanya. Pada kebiasaannya, dengan hanya sekali minum sahaja sakit yang dideritai...

Khasiat Buah Delima

Buah Delima seperti yang kita tahu, seperti yang diberitahu oleh orang orang tua kita dan juga tok guru kita mempunyai bahan penawar untuk penyakit penyakit di dunia ini. Aku masih ingat lagi masa aku kecik kecik dulu, lebih kurang 50 tahun yang lalu, aku cuma dapat merasakan buah delima bila ada orang balik dari menunaikan fardhu haji di Mekah. Masa dulu dulu kalau orang pergi ke Mekah akan bawak barang barang bermacam macam sebab dia orang pergi ke Mekah dengan menaiki kapal laut, bukan seperti sekarang , orang pergi dengan kapal terbang. Mak aku selalu pesan, kita kena makan setiap ulas isi delima tersebut, kerana salah satu daripada biji delima tersebut ada 'delima' yang boleh jadi ubat, tapi kita tak tau yang mana satu. Itu ada ilmu yang terdapat dimasa itu. Sekarang ini dengan kemajuan teknoloji, ilmu pengetahuan sudah boleh disebarkan dengan lebih mudah. Menurut kata ustaz, sebenarnya yang menjadi bahan ubat pada buah delima tersebut ialah sarang tempat ulas deli...