Skip to main content

Julai 2022 - 2

Bad economy . good price ..cheappppp


masa ni ekonomi memang tengah dok tak berapa menggalakkan, aku dok tengok dekat tempat aku dudok pun banyak rumah dan apartment yang tanda 'For Rent' lama kat situ.. ni makna dia ..tak dak oghang yang nak sewa, atau pun tuan rumah nak sewa mahai tapi tak dak orang yang nak sewa. Aku dok tengok-tengok jugak kalau kalau ada apartment offer sewa rendah, pasai aku pun nak jugak tumpang 'rezeki murah' . Hari tu masa aku di semejid , nampak iklan dekat papan-tanda tu, aku cuba cuba la contact tuan tu kot kot dia nak bagi 'murahhhhh'.
Aku pun contact dia, dia kata .." mai laa tengok dulu , berapa aku nak bayaq ." macam tu laa lebih kurang makna cakap dia.. aku pun pi situ saja buat buat nak tengok .. dia offer murah jugak .. apa lagi bebbb .... sebelum orang lain kebas ..baik aku kebas dulu.
Aku pun habaq dekat kata jadi ambik. Dia pun kata ok dan tak mintak pulak deposit pasai dia kata dia pecaya dekat aku. Bila orang dah pecaya dekat kita, kita kena laa 'keep the word'. lagi pun memang dah adat hidup disini. orang percaya cakap mulut.
Bukan macam tempat kita, mula mula cakap lain, last last jadi macam lain.

Dapat murah. memang dak jadi adat kita agaknya.. nak yang elok, yang cantik, yang ada jenama tapi nak muuuu rrahhh ... agaknya itu laaa yang kita selalu dok berdoa ..mintak murah rezeki .. semua murah, gaji pun murah laa jugak ..dah dok minta rezeki murah ..tuhan bagi gaji murah ... adooooiii tersilah doa rupa rupa nya. Next time berdoa kena tukaq ayat..mintak gaji mahai tapi dapat barang harga murah..bukannya murah rezeki.
Jadi,,bulan depan kita pindah apartment baru. Pindah lagiiiiii !!!!?????

Comments

Bila pindah rumah baru. Letaklah gambar rumah nak tengok sama. Di Alor Belat ramai yang kena jual tanah kerajaan nak buat jalan keretapi baru. 1 kaki persegi kerajaan bayar 2 ringgit sama harga dengan sekeping murtabak.
xan said…
macam selalu laaa... oghang melayu selalu kena juae dengan kerajaan. Kalau tanah tu orang cina yang dok..kerajaan bayaq mahai laa..

Popular posts from this blog

Grab Uber

Laa ni ghamai dok buat part time bawak grab dan uber untuk duit tambahan belanja rumah Kawan kawan yang dok buat depa habaq boleh laa dapat dua ratus ke tiga ratus sehari , tuu pun kira bawak dari pagi sampai petang .

Pemecah Batu Karang - Kidney & Gall Stone Breaker

Kali ini , aku nak bagi tau tentang satu ubat tradisional untuk mereka yang mengidap 'batu karang'. Ubat ini, ada lah buatan dirumah, bukan nya dibuat dikilang , bermakna barang ini menerima penghayatan dan tumpuan yang sepenuh dari pembuat. Khasiat dan kesan boleh dilihat dalam 24 jam selepas diminum derita sakit batu karang akan hilang, dengan izin Allah. Menakjubkan !! Macam tak percaya, !!, tapi alhamdulillah dengan izin Allah, inilah hakikat yang berjaya dialami oleh ramai pesakit setelah mengambil ramuan ini. Ramun ini dihasilak daripada beberapa herba dan rempah ratus terpilih dengan campuran sedikit cuka, garam dan air sebagai asas. Ia diadun daripada petua tradisional amalan turun temurun yang sekian lama dilupakan dan kini Home Formula menemuinya kembali dan menyediakannya dalam bentuk lebih mudah dan ringkas untuk diambil. Alhamdulillah, ia cukup berkesan kerana ramai yang mengambilanya. Pada kebiasaannya, dengan hanya sekali minum sahaja sakit yang dideritai

Tanah Paling Hujung Selatan Tanah Besar Asia

Minggu lepas, aku dengan keluarga aku pi jalan makan angin sambil berehat bersama keluarga , bini, anak anak , cucu dan juga beberapa saudara , ke Johor Bharu. Selepas aku mem bye-bye keluarga naik bas ( untuk ke Spore), aku memang tidak mengikut depa pi Singapore, aku sudah ada plan aku sendiri. Aku memandu kereta dari JBharu terus ke satu tempat bernama Tanjung Piai , disitu terdapat Tanjung Piai National Park. Tanjung Piai , adalah tempat paling penghujung selatan Tanah Besar Asia yang bermula dari China. Seperti kebiasaan, aku suka ambik gambaq gambaq bila aku pi jalan jalan ke tempat yang aku ghasa menarik. Pasai gambaq gambaq tu banyak sangat aku tak boleh nak upload ke blog ni, jadi aku link kan saja ke facebook album. gambaq gambaq tu aku pun post di facebook , jadi aku rasa , aku post kan URL dia saja disini. http://www.facebook.com/media/set/?set=a.4846897890284.2192610.1232031815&type=3 http://www.facebook.com/media/set/?set=a.4846897890284.2192610.1232031