Skip to main content

Julai 2022 - 2

Pickup new skill


dalam entry yang lepaeh aku ada habaq yang kita hidup sini banyak bergantung pada 'free information on internet' . Dua tiga hari lepaeh laptop aku pulak buat hal, tempat cucuk power ( power konektor) dia longgaq. bila cucuk dia tecabut balik. aku dok search dekat google dia kata memang common laa masalah ni. bila dok pakai seluloi longgaq laa menatang tu. jadi aku ada 2 jalan saja, pertama hantaq kedai pi pebaik ataupun beli yang lain. dua dua tu memang kena kluaq duit (banyak). jalan yang ketiga pebaik sendiri,jalan yang last, lempaq buang tong sampah . jalan yang paling susah. Aku ni memang suka mencabar diri sendiri. aku dok pikiaq kalau si-mamat-mangkok-hayun yang di kedai tuu boleh buat pasai aku tak boleh buat. Jadi aku pun pi google cari cara cara nak pebaik power konekter tu. dah dapat download service manual , tugas seterusnya ialah meghongkah atau melondeh laptop aku supaya aku boleh solder buang konekter tu dari motherboard dan bubuh konekter yang baru. Aku pun dah mail-order power konekter dari internet. murah saja menatang tu dalam $3.00 saja. tapi kalau suruh kedai buat, dia charge sampai $200. setelah ber je-gay beliak 2 jam.. dapat juga aku buka motherboard dan solder konekter yang cuma $3.00 tu.
Kesimpulan nya, kalau kita perlu ada semangat dan kehendak dan usaha untuk buat satu satu kerja walaupun kita tidak ada skill dan kebolehan, tapi dengan usaha termasuk usaha untuk membuat dan usaha untuk mencari bahan bahan rujukan. itu laa hikmah kalau kita idup merantau,.

Comments

Leenoh said…
Salam xzan.
Tadi saya baca entri yang telah lalu dan nampak Sdr.Xan buat komen ringkas, jadi saya pun klik mai sini, minta maaflah saya lambat buat respon, rupanya oghang Alok belat, saya tau depa sini ada yang boleh cakap siam, depa Siam Islam macam saya jugak.
Sebenaknya saya tak pandai pasai komputer ni, saya cuma tau tulis saja dan sikit-sikit yang lain sebab tu jadi panjang tu tapi anak keja di IT, kekadang dok minta tolong dia la.
Wassalam.

Popular posts from this blog

Grab Uber

Laa ni ghamai dok buat part time bawak grab dan uber untuk duit tambahan belanja rumah Kawan kawan yang dok buat depa habaq boleh laa dapat dua ratus ke tiga ratus sehari , tuu pun kira bawak dari pagi sampai petang .

Pemecah Batu Karang - Kidney & Gall Stone Breaker

Kali ini , aku nak bagi tau tentang satu ubat tradisional untuk mereka yang mengidap 'batu karang'. Ubat ini, ada lah buatan dirumah, bukan nya dibuat dikilang , bermakna barang ini menerima penghayatan dan tumpuan yang sepenuh dari pembuat. Khasiat dan kesan boleh dilihat dalam 24 jam selepas diminum derita sakit batu karang akan hilang, dengan izin Allah. Menakjubkan !! Macam tak percaya, !!, tapi alhamdulillah dengan izin Allah, inilah hakikat yang berjaya dialami oleh ramai pesakit setelah mengambil ramuan ini. Ramun ini dihasilak daripada beberapa herba dan rempah ratus terpilih dengan campuran sedikit cuka, garam dan air sebagai asas. Ia diadun daripada petua tradisional amalan turun temurun yang sekian lama dilupakan dan kini Home Formula menemuinya kembali dan menyediakannya dalam bentuk lebih mudah dan ringkas untuk diambil. Alhamdulillah, ia cukup berkesan kerana ramai yang mengambilanya. Pada kebiasaannya, dengan hanya sekali minum sahaja sakit yang dideritai

Tanah Paling Hujung Selatan Tanah Besar Asia

Minggu lepas, aku dengan keluarga aku pi jalan makan angin sambil berehat bersama keluarga , bini, anak anak , cucu dan juga beberapa saudara , ke Johor Bharu. Selepas aku mem bye-bye keluarga naik bas ( untuk ke Spore), aku memang tidak mengikut depa pi Singapore, aku sudah ada plan aku sendiri. Aku memandu kereta dari JBharu terus ke satu tempat bernama Tanjung Piai , disitu terdapat Tanjung Piai National Park. Tanjung Piai , adalah tempat paling penghujung selatan Tanah Besar Asia yang bermula dari China. Seperti kebiasaan, aku suka ambik gambaq gambaq bila aku pi jalan jalan ke tempat yang aku ghasa menarik. Pasai gambaq gambaq tu banyak sangat aku tak boleh nak upload ke blog ni, jadi aku link kan saja ke facebook album. gambaq gambaq tu aku pun post di facebook , jadi aku rasa , aku post kan URL dia saja disini. http://www.facebook.com/media/set/?set=a.4846897890284.2192610.1232031815&type=3 http://www.facebook.com/media/set/?set=a.4846897890284.2192610.1232031