Semasa aku sampai di terengganu, masa tu jam dah pokoi 12 malam. Cadang nak cari tempat tepi pantai nak pacak kemah. Mula mula pi ke pantai Air Tawar. Dah pusing pusing, kawasan pun gelap ya amat sangat, nak cari tempat pun tak tau kat mana, aku cuba ke tempat lain ke Pantai Bukit Kluang. Keadaan pun sama. Tak dengaq pun bunyi laut. Keadaan memang gelap sungguh. Masa tu, jam dah pulul 1:30 pagi. Aku pun tak rasa mengantuk lagi. Aku ingat elok laa aku jalan jalan cari rumah sahabat aku, Aziz, riki riki dulu area rumah dia, eaok senang aku nak pi.
Dah jumpa rumah dia, patah balik ke arah bandar tu. aku ambik keputusan, untuk stop tidor kat station minyak petronas saja. Kebetulan masa aku stop utk parking kereta, ada jugak lori yang sudah puan landing tidor kat situ. Aku park laa sbelah lori tu. Sampai waktu subuh aku dengar mengaji dari masjid yang dekat situ. Aku pun google untuk cari masjid area situ. Kebetulan keluar dalam list tu Masjid Lapan Kubah tak jauh dari situ. Ok laa, aku tala kemasjid tu untuk semayang subuh. Aku sampai dimasjid tu dalam pokoi 6 lebih sikit. Orang pun baru selesai solat suboh. Sementara gelap lagi, aku selfie dulu laa..
dah selesai semayang
Comments