Minggu ni cuti agak panjang, pasai 4th July holiday. Dok ghumah pun dah mati akai, aku saja pi jalan jalan dengan bini aku ke sebelah utara Chicago, ke Wisconsin. Macam seluloi, aku selalu sedia dah camera dalam kereta, ambik laa apa apa gambaq sambil sambik dok bawak kereta tu, laa ni pulak ambik gambaq pun tak payah nak pikiaq pikiaq dah pasai bukan nak kena cuci filem macam dulu dulu. Kamera digital senang saja, tak suka gambaq tuu, delete saja. Ni salah satu gambaq yang aku tangkap masa nak potong lori angkut kereta. Dok pikiaq pikiaq , pandai pulak orang tu dok susun kereta macam ni. Ni laa oghang dok kata, kepakaran dan pengetahuan tu penting untuk buat satu satu kerja. Walau pun nampak mudah , tapi tak mudah kalau bukan bidang keja kita.
Kali ini , aku nak bagi tau tentang satu ubat tradisional untuk mereka yang mengidap 'batu karang'. Ubat ini, ada lah buatan dirumah, bukan nya dibuat dikilang , bermakna barang ini menerima penghayatan dan tumpuan yang sepenuh dari pembuat. Khasiat dan kesan boleh dilihat dalam 24 jam selepas diminum derita sakit batu karang akan hilang, dengan izin Allah. Menakjubkan !! Macam tak percaya, !!, tapi alhamdulillah dengan izin Allah, inilah hakikat yang berjaya dialami oleh ramai pesakit setelah mengambil ramuan ini. Ramun ini dihasilak daripada beberapa herba dan rempah ratus terpilih dengan campuran sedikit cuka, garam dan air sebagai asas. Ia diadun daripada petua tradisional amalan turun temurun yang sekian lama dilupakan dan kini Home Formula menemuinya kembali dan menyediakannya dalam bentuk lebih mudah dan ringkas untuk diambil. Alhamdulillah, ia cukup berkesan kerana ramai yang mengambilanya. Pada kebiasaannya, dengan hanya sekali minum sahaja sakit yang dideritai...
Comments
Pasai kepakaran tu memang betul. Kalau kita perhati orang kita dulu, memang banyak kepakaran. Ada yang pandai ukir kayu. Ada yang pandai buat alat tangkap ikan, bubu, tuak, jerat burung, sangkar burung dan macam-macam lagi. Tapi kepakaran depa takat boleh habaq kat orang. Tak langsung dikomersilkan.
Aku perasan kalau ada ilmu, depa buat bagi cantik-cantik, bagi banyak, boleh jual kat pelancong.
Betul dak?