Skip to main content

Julai 2022 - 2

Green Engine



minggu ni sebok sgt dgn kerja, tak dan nak tuleh apa apa. Saja dok dekat komputer dok 'browse' internet. Laa ni semua negara dok sebok nak kurangkan guna minyak petrol. Mcm di Amerika ni kereta, lori semuanya kuat makan minyak. Apa tak nya, enjin kereta mana ada yang kecik kecik. Ada yang V8 ada yang V6, c.c pulak tuu mmg besaq, jadi makan minyak mcm unta lapaq. semenjak dua menjak ni harga minyak naik mahai ..baru laa kalut nak cari jalan nak jimat minyak. Aku pun dok jgak surf tengok tengok. Ada banyak orang dekat US nii yang dok reka kereta guna tenaga alternatif mcm magnet, cahaya suria.. mcm lagi. Satu yang menarik pasai rakyat US nii ialah depa suka mencipta/reka pasai depa tu creative. Tak macam orang orang kita yang lebih suka dok sembang sembang kosong yang tak dak hasil. Orang US nii depa pun ada jugak masa dia dok sembang sembang di tempat tempat mabuk. Tapi banyak jgak yang creative. Gambaq di atas tuu nama enjin tu 'stirling engine'. aku rasa, enjin ni boleh kita reka utk guna cahya matahari .. mcm mana ?. tu kena buat research laaaa. kena perah otak sikiiiittt.

Comments

Unknown said…
Apa cerita ni.
Enjin apa hijau.
Unknown said…
05.11.2007 dan 04.12.2005 adalah hari-hari patut dikenang. Yang pertama tu hari Isnin pukul 4.20 petang dan yang kedua tu hari Sabtu pukul 10.30 malam. Semoga Allah mengampunkan segala dosa dan kesalahan mak dan pak serta menerima setiap amal ibadat mereka sebagai amalan yang sempurna. Amin !!!!
xan said…
05.11.2007 dapat berita 1 minggu selepas,
04.14.2005 dapat berita lepas 3 hari.

Popular posts from this blog

Grab Uber

Laa ni ghamai dok buat part time bawak grab dan uber untuk duit tambahan belanja rumah Kawan kawan yang dok buat depa habaq boleh laa dapat dua ratus ke tiga ratus sehari , tuu pun kira bawak dari pagi sampai petang .

Pemecah Batu Karang - Kidney & Gall Stone Breaker

Kali ini , aku nak bagi tau tentang satu ubat tradisional untuk mereka yang mengidap 'batu karang'. Ubat ini, ada lah buatan dirumah, bukan nya dibuat dikilang , bermakna barang ini menerima penghayatan dan tumpuan yang sepenuh dari pembuat. Khasiat dan kesan boleh dilihat dalam 24 jam selepas diminum derita sakit batu karang akan hilang, dengan izin Allah. Menakjubkan !! Macam tak percaya, !!, tapi alhamdulillah dengan izin Allah, inilah hakikat yang berjaya dialami oleh ramai pesakit setelah mengambil ramuan ini. Ramun ini dihasilak daripada beberapa herba dan rempah ratus terpilih dengan campuran sedikit cuka, garam dan air sebagai asas. Ia diadun daripada petua tradisional amalan turun temurun yang sekian lama dilupakan dan kini Home Formula menemuinya kembali dan menyediakannya dalam bentuk lebih mudah dan ringkas untuk diambil. Alhamdulillah, ia cukup berkesan kerana ramai yang mengambilanya. Pada kebiasaannya, dengan hanya sekali minum sahaja sakit yang dideritai...

Khasiat Buah Delima

Buah Delima seperti yang kita tahu, seperti yang diberitahu oleh orang orang tua kita dan juga tok guru kita mempunyai bahan penawar untuk penyakit penyakit di dunia ini. Aku masih ingat lagi masa aku kecik kecik dulu, lebih kurang 50 tahun yang lalu, aku cuma dapat merasakan buah delima bila ada orang balik dari menunaikan fardhu haji di Mekah. Masa dulu dulu kalau orang pergi ke Mekah akan bawak barang barang bermacam macam sebab dia orang pergi ke Mekah dengan menaiki kapal laut, bukan seperti sekarang , orang pergi dengan kapal terbang. Mak aku selalu pesan, kita kena makan setiap ulas isi delima tersebut, kerana salah satu daripada biji delima tersebut ada 'delima' yang boleh jadi ubat, tapi kita tak tau yang mana satu. Itu ada ilmu yang terdapat dimasa itu. Sekarang ini dengan kemajuan teknoloji, ilmu pengetahuan sudah boleh disebarkan dengan lebih mudah. Menurut kata ustaz, sebenarnya yang menjadi bahan ubat pada buah delima tersebut ialah sarang tempat ulas deli...