Skip to main content

Julai 2022 - 2

Jadi Host


macam tahun tahun yang sudah sudah, bila sampai musim ghaya , ghamai pelajar pelajar yang akan datang beghaya di rumah rumah pegawai MSD disini (Chicago) dan kebiasaan nya pelajar pelajar ni akan juga datang beghaya ke ghumah kami, walau pun kami tak kerja di MSD. tapi kami tak ambik kisah pasai tu, kami anggap depa ni semua macam anak anak kami jugak. Kesian jugak dekat depa, ada setengah dah lama tak makan masakan mak depa. jadi masa mai ke rumah kami , kami jamu laa depa semua. tak kisah laa sangat pasai duit kupang. Tu pasai ada pelajar pelajar yang dah biasa mai ghumah kami depa tak ghasa segan bila nak makan.

Comments

the3malaysian said…
haah...lebih2 lagi yg pakai baju mamat rashid ngan imran..dan x jge lupa aku..yg pakai baju TEXAS tu...nama jer demam...belasah lauk mcm org puasa seminggu...
xan said…
yang baju Texas tu mmg mcm tuu ,... demam cupak namanya tuu.. demam tapi makan sampai satu cupak .. !!!
hamdi said…
beserimalysia
aku pun seronok gak tengok hang pa dok beghaya sakan..ingat jugak masa aku dok dengan hang pa dulu..
hamdi said…
k la tuh ,,masa kami pun budak beraya sakan gak
the3malaysian said…
pergi ke jamban pasal nak berak
manggkuk jamban berwarna perak
kalo dah nama makan percuma pak
kite belasah berlambak lambak

hahahhahahahhahah
xan said…
mangkuk jamban warna perak
makan macam nak rak ..

mangkuk jamban berseri seri..
nama pun makan freeee....
the3malaysian said…
masak hati masak hempedu,
dimakan dgn gulai kari,
i lupa nak cakap kat U..
selamat hari raya aidilfitri.
xan said…
ustazHamdi,
laa ni budak budak tak ramai mcm dulu dulu..dah kurang dah.kalau dulu yang mai laa ni tak ramai budak melayu .
the3malaysian said…
di pagi raya hatinya sayu
sanyu krn x der baju melayu
mmg skrg x ramai melayu
pasal kite suka "tgk dulu"

Popular posts from this blog

Grab Uber

Laa ni ghamai dok buat part time bawak grab dan uber untuk duit tambahan belanja rumah Kawan kawan yang dok buat depa habaq boleh laa dapat dua ratus ke tiga ratus sehari , tuu pun kira bawak dari pagi sampai petang .

Pemecah Batu Karang - Kidney & Gall Stone Breaker

Kali ini , aku nak bagi tau tentang satu ubat tradisional untuk mereka yang mengidap 'batu karang'. Ubat ini, ada lah buatan dirumah, bukan nya dibuat dikilang , bermakna barang ini menerima penghayatan dan tumpuan yang sepenuh dari pembuat. Khasiat dan kesan boleh dilihat dalam 24 jam selepas diminum derita sakit batu karang akan hilang, dengan izin Allah. Menakjubkan !! Macam tak percaya, !!, tapi alhamdulillah dengan izin Allah, inilah hakikat yang berjaya dialami oleh ramai pesakit setelah mengambil ramuan ini. Ramun ini dihasilak daripada beberapa herba dan rempah ratus terpilih dengan campuran sedikit cuka, garam dan air sebagai asas. Ia diadun daripada petua tradisional amalan turun temurun yang sekian lama dilupakan dan kini Home Formula menemuinya kembali dan menyediakannya dalam bentuk lebih mudah dan ringkas untuk diambil. Alhamdulillah, ia cukup berkesan kerana ramai yang mengambilanya. Pada kebiasaannya, dengan hanya sekali minum sahaja sakit yang dideritai...

Khasiat Buah Delima

Buah Delima seperti yang kita tahu, seperti yang diberitahu oleh orang orang tua kita dan juga tok guru kita mempunyai bahan penawar untuk penyakit penyakit di dunia ini. Aku masih ingat lagi masa aku kecik kecik dulu, lebih kurang 50 tahun yang lalu, aku cuma dapat merasakan buah delima bila ada orang balik dari menunaikan fardhu haji di Mekah. Masa dulu dulu kalau orang pergi ke Mekah akan bawak barang barang bermacam macam sebab dia orang pergi ke Mekah dengan menaiki kapal laut, bukan seperti sekarang , orang pergi dengan kapal terbang. Mak aku selalu pesan, kita kena makan setiap ulas isi delima tersebut, kerana salah satu daripada biji delima tersebut ada 'delima' yang boleh jadi ubat, tapi kita tak tau yang mana satu. Itu ada ilmu yang terdapat dimasa itu. Sekarang ini dengan kemajuan teknoloji, ilmu pengetahuan sudah boleh disebarkan dengan lebih mudah. Menurut kata ustaz, sebenarnya yang menjadi bahan ubat pada buah delima tersebut ialah sarang tempat ulas deli...