Skip to main content

Julai 2022 - 2

My Previous business







aku, sejak dok meghempat tang ni, aku dah buat mcm mcm jenis bisnes utk tambah $$$, salah satunya ialah 'shipping'. Tapi laa tak buat dah, pasai tambang kapai pun dah mahai.
Nii antara kenangan ..
ni saja laa nak cegheta bagi pasai trailer di belakang tu, UHAUL. disini kalau kita nak angkut baghang baghang mcm nak pindah kaa .. kita boleh sewa trailer tu. ada mcm mcm jenis jgak trailer tu pun, ikut size kereta kita pulak. bila kita nak sewa kita kena habaq kereta apa yang nak tarek trailer tu.. kalau kereta tu kecik dia tak bagi tarik trailer yang besaq mcm dlm gambaq tu. Contoh kalau masa booking tu kita habaq kereta perodua kancil ..nanti dia tanya pulak,, nak bubuh dalam trailer tu kaa ?? h ah aha ah. sori laa perodua, bukan nak perli. Mcm van aku tu enjin 8 selinder 5,800 c.c.

Comments

baguih ... timba pengalaman ... insyallah berjaya jika berani cuba ...
Lang,
Ni pinjam email abah. Sendiri x dak email. Abah kata keriben tu kalu hantaq balik Alor Belat boleh buat tarik padi kot ban sungai wak pi BERNAS.
xan said…
buat apa nak bawak balik,, pi kedai beli alat welding.. lepas tu pi tempat kereta buruk ..ambik tayar ..buat sendiri laa... beli besi .. haaa jadi dah ..
jelikweyh said…
Mr xan ... sungguh b'tuah dpt family member yg kere aktif ... hohoh
xan said…
ghost_mar, kita kena ikut nilai-idup aktif supaya kita 'lambat-tua' atau pun lambat rasa-tua .. walau pun kita mmg tua. :)
Lang,
Pinjam email abah lagi. Nak buat emel malaih. La ni susah juga nak komen blog ni pasai banyak dok kena tahan. Tapi depa komen blog politaik la. Tadi saya Kakngah baca cerita pak pandiaq. Satu dia jalan2 dan terjumpa najis. Dia loncat tak pijak najis tu. Dia tes. Warna .... macam najis. Bentuk ........ macam najis. Bau ..... macam najis. Rasa ..... (Dia jilat dulu dan kata "Sah dah yang ni najis. Eih ... eih .... Nasib baik aku tak TERPIJAK tadi. kalu tidak, naya....."
Selamat sambut ramadhan al mubarak lang ..........

Popular posts from this blog

Grab Uber

Laa ni ghamai dok buat part time bawak grab dan uber untuk duit tambahan belanja rumah Kawan kawan yang dok buat depa habaq boleh laa dapat dua ratus ke tiga ratus sehari , tuu pun kira bawak dari pagi sampai petang .

Pemecah Batu Karang - Kidney & Gall Stone Breaker

Kali ini , aku nak bagi tau tentang satu ubat tradisional untuk mereka yang mengidap 'batu karang'. Ubat ini, ada lah buatan dirumah, bukan nya dibuat dikilang , bermakna barang ini menerima penghayatan dan tumpuan yang sepenuh dari pembuat. Khasiat dan kesan boleh dilihat dalam 24 jam selepas diminum derita sakit batu karang akan hilang, dengan izin Allah. Menakjubkan !! Macam tak percaya, !!, tapi alhamdulillah dengan izin Allah, inilah hakikat yang berjaya dialami oleh ramai pesakit setelah mengambil ramuan ini. Ramun ini dihasilak daripada beberapa herba dan rempah ratus terpilih dengan campuran sedikit cuka, garam dan air sebagai asas. Ia diadun daripada petua tradisional amalan turun temurun yang sekian lama dilupakan dan kini Home Formula menemuinya kembali dan menyediakannya dalam bentuk lebih mudah dan ringkas untuk diambil. Alhamdulillah, ia cukup berkesan kerana ramai yang mengambilanya. Pada kebiasaannya, dengan hanya sekali minum sahaja sakit yang dideritai...

Khasiat Buah Delima

Buah Delima seperti yang kita tahu, seperti yang diberitahu oleh orang orang tua kita dan juga tok guru kita mempunyai bahan penawar untuk penyakit penyakit di dunia ini. Aku masih ingat lagi masa aku kecik kecik dulu, lebih kurang 50 tahun yang lalu, aku cuma dapat merasakan buah delima bila ada orang balik dari menunaikan fardhu haji di Mekah. Masa dulu dulu kalau orang pergi ke Mekah akan bawak barang barang bermacam macam sebab dia orang pergi ke Mekah dengan menaiki kapal laut, bukan seperti sekarang , orang pergi dengan kapal terbang. Mak aku selalu pesan, kita kena makan setiap ulas isi delima tersebut, kerana salah satu daripada biji delima tersebut ada 'delima' yang boleh jadi ubat, tapi kita tak tau yang mana satu. Itu ada ilmu yang terdapat dimasa itu. Sekarang ini dengan kemajuan teknoloji, ilmu pengetahuan sudah boleh disebarkan dengan lebih mudah. Menurut kata ustaz, sebenarnya yang menjadi bahan ubat pada buah delima tersebut ialah sarang tempat ulas deli...