Skip to main content

Posts

Julai 2022 - 2

Perjalanan Ke Arah Barat Bhg II - Minnesota , South Dakota

inilah sebahagian baghang baghang kami, tak celuih nak bubuh dalam, kami bubuh ataeh bumbung, saperti kemah dan barang barang lain. macam ni laa kemudahan yang disediakan untuk pengguna jalan raya yang berjalan jauh untuk berehat dan juga makan bekai yang depa bawak. aku tak tau kalau kemudahan macam ni disediakan dinegara kita. Lepas makan kita buang semua sisa sisa di tempat buang sampah, nanti orang lain pulak boleh guna tempat ni... Lepas makan, sambung lagii .. Dalam perjalanan, kami tukar plan, kami bercadang untuk singgah di Mount Rushmore, South Dakota, disini terdapat ukiran 3 kepala presiden di puncak bukit. ini lah diantara pemandangan yang terdapat disepanjang perjalanan ke South Dakota. Kami terpaksa berhenti rehat sekali lagi.. semua orang dah merungut penat duduk lama lama... sudah lebih kurang 700 batu memandu .. bersambung ...

Perjalanan Ke Arah Barat Bhg I

kali ni aku nak cerita pasai 'summer vacation' yang kami baru saja pi baghu baghu ni. Kami bertolak daghi ghumah agak awai sikit, waktu suboh pun belum masuk lagi, kami angkut baghang naik van. baghang baghang kami agak banyak jugak, maklumlaa semuanya 7 oghang punya baghang dan kami nak plan akan masa dalam 3 minggu. Jadi biasa laa kalau dah plan nak pi lama, macam macam laa benda dok pi perosok bubuh. antara barang barang yang kami bawak ialah kemah, sleeping-bag, alas tempat tidoq, tong gas, dapoq-gas..mcm mcm lagi pendek kata memang sarat laa van kami. Kami bertolak dari Chicago melalui lebuhraya interstate I-90, melalui pekan Rockford, Madison, dan terus mengikut I-90 West. Bila sampai ke sempadan Wisconsin/Minnesota, matahari pun nak mula naik, jadi kami pun beghenti di kawasan rehat untk rehat dan juga sembahyang suboh disitu. Disini dah kira kira 250 batu dari Chicago. Lepas semayang kami sambung lagi.. tak boleh buang masa lama lama pasai jauh lagi nak cover. Lebih ku...

Summer Vacation 2010

tahun ni 2010, musim summer serentak pulak dengan bulan puasa. Tapi kami sekeluarga dan jugak Keith + Mass sekeluarga sudah plan nak pi summer vacation. Tapi pasai Keith+Mass pun dah plan nak mai visit kami disini sebelum kami balik ke Malaysia, jadi kami pun tak boleh nak kata apa laa, ikut jugak laa. Kami punya plan, akan memandu van kami dari chicago ke beberapa tempat disebelah barat termasuk jugak berkemah di Yellowstones dan Lake Tahoe, kemudian kami akan pi singgah di hotel di Anaheim, California untuk 2 minggu sambil berjalan jalan dikawasan berdekatan situ. Aku akan ceghita sikit sebanyak tempat tempat yang kami pi di blog blog yang akan datang. gambaq gambaq kami ada jugak anak aku ( Aimi Hazwan ) yang dok pi bubuh di facebook. Laa nii semua oghang dok pi pelekat macam macam gambaq di facebook.

pasai pokok pokok buah yang dah hilang dari mata

haghi minggu lepas , kami tak tau nak buat apa apa, kami pi dok sembang sembang dengan abang mood dan kak sara, pasai depa pun oghang utagha, jadi sembang pun laju sikit. Haghi tu kami dok sembang pasai pokok pokok dan buah yang dulu ada , tapi laa ni dah hilang megheyop, tak tau pi tang mana. Antara nya : buah kegheyang dot buah setoi buah setay ubi kemili buah mertajam bunga keghak nasik buah jentek daun palas ada macam macam jenis lagi buah dan pokok yang kami sendiri pun tak tau nak sebut. kalau ada usaha jabatan perhutanan buat satu green-house utk preserve pokok pokok lama ni, elok jugak utk pengetahuan jenerasi yang akan datang.

perkataan 'jeghet'

hari ujung minggu yang baghu lepaeh, kami dok sembang sembang dengan kawan kawan yang dok sini, sambey makan makan. kawan kawan ni pun ada yang daghi kedah, dari penang 'tanjong', ada yang daghi selatan , singapo. Jadi sudah baysa laa, bila sembang, oghang utagha akan tetap cakap loghat utagha laa. Dalam dok sembang sembang ada laa sorang tersebut " ... jeghet laa sikit". kalau bahasa kedah "jeghet" tu macam ' ghasa sikit', ... contoh jeghet laa ayaq tu sikit, mungkin penggunaan jeghet di'confuse'kan dengan 'jerit' . lagi pun minggu lepaeh ialah hari bapa, 'Selamat Hari Bapa'. utk semua bapak bapak.

Dual boot mac OS X and Window

kita semua tau yang apple computer dan jugak PC ( yang guna MS windows) tu memang tak sama semenjak dari dulu lagi. Pasai depa dua dua ni guna teknoloji yang berlainan. Tapi semenjak computer apple ( mac ) dah guna chip intel, jadi peluang untuk berckp antara dua dua jenis pc ni agak cerah. Minggu lepas, aku cuba buat dual-boot mac OS X and jugak Windows pada pc aku, jadi laa ni aku boleh guna dua dua operating system ni secara berganti ganti tanpa perlu beli apple computer mac. Untung jgak dengan adanya kemajuan internet, kita boleh mendapat pengajaran secara percuma tanpa perlu pergi ke kelas atau pun tanpa perlu membayar duit untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Disini lah kegunaan kemudahan internet untuk memajukan dirikan sendiri dibidang ilmu pengetahuan. sekian dulu untuk kali ni ...

Sumber Tenaga Baru - Angin

minggu lepaeh, aku pi drive ke sebelah barat illinois hala ke Iowa, masa tengah jalan tu, dah nampak usaha usaha untuk mencari sumber tenaga lain ,selain dari bergantung pada tenaga minyak. Aku nampak dekat satu kawasan tu penuh dengan kipas angin besaq, yang depa dok guna untuk jadi tenaga elektrik. mungkin pasai, minyak pun dah nak habeh dalam peghut bumi, jadi laa ni kena dok pikiaq cari sumber yang lain pulak. Tapi bila dok drive tempat kampung kampung mcm ni, aku ghasa macam aku dok drive dekat aloq belat jgak, tepi bendang .. sekali sekala tu ghasa sayu jgak .. dok ingat masa dulu aku dok pi bendang mengeghat padi, cabut semai, sua semai, minum kopi di batas bendang.