Skip to main content

Posts

Julai 2022 - 2

Lagi pasal jimat minyak

nampaknya aku dapat banyak komen komen pasai benda yang aku buat ni.. ada yang takut kereta meletup, ada yang kata nampak mcm buat sendiri, ada yang kata itu.. ada yang kata ini.. pendek kata semua nya tak kena dihati depa. tapi tak kesah laa ..aku dah lali dah pasai komen komen nii.. dah jadi adat manusia susah nak accept benda baghu. mcm oghang puteh kata " resistance to changes". Tapi bagi aku yang selalu tak kesah sangat pasai komen orang aku selalu ambek sikap " aku peduli apa !!... ". Anyway, bagueh jugak kalau aku guna komen komen tu.. jadi aku tengah dok selongkaq dekat internet cari bahan bahan lain yang boleh improve sikit reka bentuk benda nii . till next time..chiow Tapi kalau nak jimat lagi ..cuba laa idea yang di sebelah nii ... sure jimat

Power outage, power surge

Laa ni di US tengah dok beraleh musim, nak tukar dari musim bunga nak ke musim panaeh. Seluloi kalau bila masa nak tukaq musim, cuaca jadi kelam kabut sikit, sat ujan sat panaeh. Laa ni dalam 2, 3 hari nii selalu kena kilat dan angin deghaeh. depa sini kata thunder-storm. Tornado pun banyak jugak tahun ni. Bila jadi mcam tuu seluloi jadi power-failure and power-surge. PC aku pun dah ghosak sebiji pasai power-surge. dah hantaq pi kedai sebab dok ada gerenti lagi. Aku beli computer tu pun dah 3 tahun dahh.. tapi ada gerenti lagi kedai tu kata. Apa lagii kita pun hantaq kedai laa ..lagi pun free. Aku dok ingat nak kena kena pasang ups , sat ni kalau power failure pun aku selamat.

Water -> Hydrogen + petrol = power + saving

Ini lah benda yang aku dah pasang di kereta aku. Hidrojen generator. Dengan alat ni, aku boleh dapat dalam 33 batu segelen. Kira boleh laa untuk kereta yang dah pun berumur 18 tahun. Tapi ini baru peringkat I, untuk peringkat II aku cadang nak buat PVC enhancer, bolih tambah lagi penjimatan. Laa nii tengah panas.. jadi tak dapat nak taip lama lama.. Sampai di lain kali.. wasallam.

Sambung projek hidrojen

Aku habaq dulu, aku nak buat sendiri hydrogen generator aku sendiri, haghi ni aku sambung balik projek aku yang tebantut pasai susah nak caghi bahan bahan nak buat, aku dapat bahan bahan lepaeh dok pi jengok kena sana jengok kedai sini, belek sana belek tang ni. Ni laa hasil hydrogen generator yang dah siap di pasang, tapi tak test lagi.. ha hahaha. Ni baghu phase pertama, phase kedua nak kena modify MAP sensor dan onboard computer . Part ni teknikal sikit laa. Phase ketiga nak kena buat PVC enhancer . Canggih jugak bunyi tu yopp (oghang Perak punya stail ). Macam kawan kawan selalu dok buat lawak kat mekanik.. hang buat apa pun ..janji jangan telebih skrew sudahh!!. :))

Pindah bilik sewa lagi ..

Haghi aku pindah bilik sewa lagi.. bilik yang aku sewa dulu tak baguih sgt pasai tak dak internet. Aku dok tengok tengok iklan di craigslist ada mak cik tu nak sewa bilik, so email dia, dia kata bilik tu ada lagi. Sewa bilik termasuk katil 'king-size bed', dresser,meja tepi, peti ais, meja , tv dan yang penting internet pun termasuk dlm sewa. Ini laa ghumah tempat bilik yang aku sewa.

Selamat Hari Guru dan Selamat Hari Ibu

Maaooh laa pasai lambat ucap Selamat Hari Guru pada semua cikgu cikgu tak kegha dok tang mana. Aku ingat lagi masa mola mola aku pi sekolah, SK Lahar Budi. Masa tuu sekolah start samada bulan 12 atau pun bulan 1 (Januari) aku pun tak beghapa ingat, tapi aku ingat masa tu memang kena musim kemaghauu.. it was in 1965.. longggg time ago. Aku ingat masa mola mola pi sekolah memang suspense laa.. maklum laa mana peghnah pi sekolah before this.. mana ada kelas tadika, mana ada kelas Kemas macam laa ni. Tau tau pi sekolah masuk darjah I. Ada sorang cikgu nii.. memang cenge ( garang). Depa kata cikgu tu tak gaghang cuma sogha dia saja yang deghaehh (kuat).. ada oghang kampong kata dia ni ghempangg .. ha ha ha ha.. anyway. He was one good cikgu. Nak tau nama dia dak ??.. Nama dia Cikgu Mat 'Cerut'. pasai dia hisap cerut cap ikan. Ada banyak lagi cikgu cikgu yang aku masih ingat .. tapi tak cukup laa blog nii kalau nak habaq semua. Cikgu Kamis ( guru besar masa tuu), oghang pekan bebbbb ...

Loghat Kedah

Teghema kaseh dekat ghost_mar komen pasai loghat kedah yang pekat sgt. Sebenaqnya aku cuba nak kekal kan loghat asai kedah sebanyak mungkin. Maklumlaa kita nii 'oghang-lama'. Tak beghapa selesa dengan perkataan moden. Kalau nak ikut, loghat aku pun dah banyak yang tak ' original ' pasai dah lama dok idup merempat di tempat oghang. Tadi aku ada terjumpa satu blog habaq pasai oghang kedah http://www.kamuskedah.blogspot.com/ . Kalau sapa sapa nak tau asai usui oghang kedah boleh pi tang tuu. Till next time .... Wasallam