Skip to main content

Posts

Julai 2022 - 2

Sambung projek hidrojen

Aku habaq dulu, aku nak buat sendiri hydrogen generator aku sendiri, haghi ni aku sambung balik projek aku yang tebantut pasai susah nak caghi bahan bahan nak buat, aku dapat bahan bahan lepaeh dok pi jengok kena sana jengok kedai sini, belek sana belek tang ni. Ni laa hasil hydrogen generator yang dah siap di pasang, tapi tak test lagi.. ha hahaha. Ni baghu phase pertama, phase kedua nak kena modify MAP sensor dan onboard computer . Part ni teknikal sikit laa. Phase ketiga nak kena buat PVC enhancer . Canggih jugak bunyi tu yopp (oghang Perak punya stail ). Macam kawan kawan selalu dok buat lawak kat mekanik.. hang buat apa pun ..janji jangan telebih skrew sudahh!!. :))

Pindah bilik sewa lagi ..

Haghi aku pindah bilik sewa lagi.. bilik yang aku sewa dulu tak baguih sgt pasai tak dak internet. Aku dok tengok tengok iklan di craigslist ada mak cik tu nak sewa bilik, so email dia, dia kata bilik tu ada lagi. Sewa bilik termasuk katil 'king-size bed', dresser,meja tepi, peti ais, meja , tv dan yang penting internet pun termasuk dlm sewa. Ini laa ghumah tempat bilik yang aku sewa.

Selamat Hari Guru dan Selamat Hari Ibu

Maaooh laa pasai lambat ucap Selamat Hari Guru pada semua cikgu cikgu tak kegha dok tang mana. Aku ingat lagi masa mola mola aku pi sekolah, SK Lahar Budi. Masa tuu sekolah start samada bulan 12 atau pun bulan 1 (Januari) aku pun tak beghapa ingat, tapi aku ingat masa tu memang kena musim kemaghauu.. it was in 1965.. longggg time ago. Aku ingat masa mola mola pi sekolah memang suspense laa.. maklum laa mana peghnah pi sekolah before this.. mana ada kelas tadika, mana ada kelas Kemas macam laa ni. Tau tau pi sekolah masuk darjah I. Ada sorang cikgu nii.. memang cenge ( garang). Depa kata cikgu tu tak gaghang cuma sogha dia saja yang deghaehh (kuat).. ada oghang kampong kata dia ni ghempangg .. ha ha ha ha.. anyway. He was one good cikgu. Nak tau nama dia dak ??.. Nama dia Cikgu Mat 'Cerut'. pasai dia hisap cerut cap ikan. Ada banyak lagi cikgu cikgu yang aku masih ingat .. tapi tak cukup laa blog nii kalau nak habaq semua. Cikgu Kamis ( guru besar masa tuu), oghang pekan bebbbb ...

Loghat Kedah

Teghema kaseh dekat ghost_mar komen pasai loghat kedah yang pekat sgt. Sebenaqnya aku cuba nak kekal kan loghat asai kedah sebanyak mungkin. Maklumlaa kita nii 'oghang-lama'. Tak beghapa selesa dengan perkataan moden. Kalau nak ikut, loghat aku pun dah banyak yang tak ' original ' pasai dah lama dok idup merempat di tempat oghang. Tadi aku ada terjumpa satu blog habaq pasai oghang kedah http://www.kamuskedah.blogspot.com/ . Kalau sapa sapa nak tau asai usui oghang kedah boleh pi tang tuu. Till next time .... Wasallam

Nostalgia

Nostalgia ..kalau nak ikut makna dari Wikipedia " Nostalgia describes a longing for the past, often in idealized form. Nostalgia may or may not also be known as homesickness ." Aku ada gambaq gambaq yang dok selalu putaq putaq dalam kepala aku.. The pictures tell thousand words

Cherry Blossoms - Bunga Sakura

Laa ni baghu lepaeh musim winter dan baghu masuk musim spring. Masa nii masa bunga bunga baghu nak jengoi keluar, musim bunga musim oghang tanam bunga nak hias kawasan ghumah depa bagi elok. Dekat dengan ghumah aku dok sewa nii ada public park, ada pokok bunga sakura dah mula keluaq.

Convert water to hydrogen

Dulu aku ada janji nak habaq pasai alat yang aku guna untuk covert ayaq jadi hydrogen. Pasai benda yang aku guna tuu dah rosak, jadi aku dah tak boleh nak guna.. Laa ni aku ada plan lain pulak.. Aku nak buat sendiri alat tuu dan pasang di kereta aku. Aku tengah dok cari bahan bahan nak convert ayaq ke hydrogen ni. Aku dah ada dah list benda benda yang aku nak kena ada dan juga rajah rajah macam mana buat buat dan pasang benda tuu di kereta. Ada benda yang dah order on-line dari internet, ada yang dah sampai dan ada lagi yang belum sampai. Ada lagi benda yang aku nak kena cari di kedai kedai dekat sini. Aku ingat sebelum hujung bulan May nii aku akan dapat himpun semua benda benda tuu dan mula projek aku ni. Kalau berjaya benda nii..aku rasa boleh juae dekat orang orang yang nak jimat minyak. Laa ni Isuzu Trooper aku dok minum dalam 20 batu segelen. Sorii laa Din .. kalau lambat sikit nak bagi feedback pasai benda ni.