Lama jugak tak pi camping, minggu ni cuba pi camping sorang sorang dekat campsite kawan aku, Ujud, dekat Kuala Pilah N9. Kebetulan dia pum baru saja nak mula bisnes campsite ni, jadi aku pun pi join sempena pembukaan dan juga promosi. Masa aku sampai situ, menggagau jugak aku nak cari tempat tu. main ikut google map saja. Dia kata cari laa ‘wujudi resort’ dekat map tu.. masa aku lalu kawasan tu aku dah nampak signboard Campsite tu, tapi google map kata belah kanan, tapi campsite dok belah kiri.. jadi terlajak laa aku ni.. patah balik. Baru aku tau kemudiannya, yang tu marker utk rumah dia, bukan utk campsite. Masa aku sampai dalam tengahari, campsite masih kosong, menurut kata kawan aku ti, mungkin ada 3 atau 4 family yang nak mai camping malam tu. Aku ambik keputusan utk setup khemah aku kat sini, dekat dengan bilik air.